Selasa, 8 Oktober 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Mayat ditemui dalam bangkai kapal Costa Concordia

Posted:

Mayat ditemui dalam bangkai kapal Costa Concordia

Mayat ditemui dalam bangkai kapal Costa Concordia

08/10/2013 9:36pm

ROME - Pasukan penyelamat Itali telah menjumpai satu mayat manusia dalam bangkai kapal Costa Concordia, yang dipercayai salah seorang daripada dua mangsa yang masih hilang, kata agensi perlindungan awam negara itu hari ini.

Menurut jurucakap agensi, mayat itu berkemungkinan merupakan salah seorang pelayan warga India ditemui di dek ketiga kapal yang karam di Pulau Giglio pada Januari lalu. - AFP

Buruh warga Bangladesh mati ditikam, rakan parah

Posted:

Buruh warga Bangladesh mati ditikam, rakan parah

Buruh warga Bangladesh mati ditikam, rakan parah

08/10/2013 9:10pm

KUANTAN - Seorang buruh lelaki warga Bangladesh maut ditikam manakala rakannya cedera parah selepas terbabit dalam satu pergaduhan dengan empat lelaki warga Myanmar di tapak pembinaan Hospital Bentong.

Dalam kejadian 11.30 pagi tadi, mangsa dikenali sebagai Aktarul, 30, dan rakannya, Alomgir, 30, cedera selepas dipercayai ditikam dengan pisau ketika terbabit dalam pergaduhan itu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Bentong namun Aktarul disahkan mati pada 2.45 petang ketika menerima rawatan.

Beliau memberitahu Bernama bedah siasat mendapati mangsa mati akibat pendarahan dalaman sementara rakannya masih dirawat di hospital berkenaan.

Katanya, polis berjaya memberkas seorang warga Myanmar yang disyaki terbabit dalam kejadian itu dan tiga lagi masih diburu.

"Punca pergaduhan itu masih dalam siasatan, dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. - Bernama

Pelajar tingkatan satu lemas ketika mandi di Sungai Tembeling

Posted:

Pelajar tingkatan satu lemas ketika mandi di Sungai Tembeling

Pelajar tingkatan satu lemas ketika mandi di Sungai Tembeling

08/10/2013 8:58pm

JERANTUT - Seorang pelajar lelaki tingkatan satu lemas semasa mandi bersama 10 rakannya di Sungai Tembeling hari ini.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azid Ismail berkata, mayat Mohd Firdaus Sabarudin, 13, ditemui kira-kira 100 meter dari tempat mangsa dilaporkan lemas pada 5.45 petang.

"Mayat mangsa ditemui pasukan penyelamat yang terdiri daripada anggota bomba dan penyelamat Jerantut, Jabatan Pertahanan Awam, polis Marin dan penduduk kampung.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat dan keluarga mangsa juga sudah dimaklumkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, sebelum itu, mangsa yang tinggal di Padang Piol menaiki motosikal bersama rakannya yang berusia lingkungan 13 hingga 15 tahun ke tempat kejadian untuk mandi.

Katanya, semasa mandi tiba-tiba lima daripada mereka, termasuk mangsa lemas, bagaimanapun empat lagi berjaya diselamatkan rakan lain. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved