Selasa, 8 Oktober 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Barisan pinggan bersih terpanjang di dunia

Posted:

Barisan pinggan bersih terpanjang di dunia

Barisan pinggan bersih terpanjang di dunia

FITZWILLIAM (kanan sekali) memerhatikan proses mengukur panjang jarak pinggan yang dicuci.


SEKUMPULAN kakitangan syarikat pengeluar cecair pencuci pinggan mangkuk terulung di 31 buah negara, Joy, mencipta sejarah apabila memecahkan Guinness World Records bagi barisan pinggan bersih terpanjang di dunia.

Sebanyak 26,213 pinggan berjaya dicuci menggunakan Joy disusun mengelilingi trek olahraga Stadium Nasional Bukit Jalil, dengan jarak sejauh 6.8 kilometer pada 14 September lalu.

Rekod dunia terbaharu itu dicapai dengan hanya sebotol Joy 800 mililiter. Setelah selesai, masih ada cecair Joy di dalam botol!

Procter & Gamble, syarikat pencuci pinggan mangkuk itu turut menyatukan rakyat Malaysia menerusi hidangan nasi lemak percuma yang diberikan kepada mereka yang hadir di stadium tersebut.

Sebelum itu, pinggan-pinggan turut dikumpul daripada beberapa buah universiti di sekitar Lembah Klang.

Ia kemudiannya, dicuci oleh 16 orang staf Joy menggunakan sebotol Joy sebelum diatur oleh 200 sukarelawan di sepanjang trek olahraga itu.

Masa mencuci kesemua pinggan itu mengambil masa selama sembilan jam bermula 7 pagi hingga 4 petang.

"Saya sungguh gembira kerana Joy berjaya memecahkan Guinness World Records untuk barisan pinggan bersih terpanjang di dunia.

"Ini membuktikan bahawa Joy mampu mencuci jumlah pinggan yang banyak iaitu lima kali lebih berkesan berbanding cecair pencuci pinggan mangkuk biasa. Botol Joy bersaiz kecil tetapi berkuasa ini telah membanggakan Malaysia," kata Ketua Pegawai Eksekutif Negara, P&G Malaysia dan Singapura, Nicolas de La Giroday.

Kejayaan itu disahkan oleh Pegawai Guinness World Records, Blythe Fitzwilliam.

Tambahnya, kejayaan pecah rekod Joy adalah hasil gabungan usaha rakyat Malaysia yang hadir pada majlis tersebut.

"Acara ini merupakan laluan terbaik untuk melancarkan Joy ke pasaran Malaysia.

"Saya berharap selepas ini, Joy akan menjadi cecair pencuci pinggan mangkuk yang wajib ada di dalam setiap dapur di Malaysia," ujarnya.


PROSES mencuci pinggan menggunakan cecair pencuci pinggan, Joy.


Bangga

Usaha memecahkan rekod dunia tersebut menjadi lebih bermakna dengan kehadiran tetamu kehormat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup, yang mengetuai Jabatan Perpaduan dan Integrasi Kebangsaan.

"Acara ini secara tidak langsung mempamerkan kerjasama antara rakyat dalam mencipta sejarah dunia. Semua yang hadir hari ini boleh menyatakan dengan bangga bahawa mereka telah membantu menempatkan nama Malaysia di peta dunia.

"Ribuan tahniah saya ucapkan kepada pihak penganjur kerana berjaya menyempurnakan usaha ini bersempena Hari Malaysia," kata Joseph.

Rahsia di sebalik kejayaan produk inovatif Joy terkandung di dalam setiap titis cecairnya.

Kuasa penanggalan minyak lima kali lebih hebat berbanding jenama-jenama lain, Joy mampu menghapuskan 100 peratus minyak degil sekali gus menjadikan tugas mencuci pinggan jauh lebih mudah.

Duta-duta jenama Joy, pelakon Sharifah Shahirah dan pengacara, Chui Ling turut mengumpulkan rakan-rakan selebriti mereka untuk menyertai cabaran mencuci pinggan dan menghiburkan para hadirin.

"Kepada wanita-wanita di luar sana, usah risau pasal tugas membasuh kerana Joy menjadikannya sungguh mudah.

"Kami yakin selepas sekali mencuba pasti anda terpesona! Buihnya yang tahan lama membuatkan kerja mencuci amat memuaskan. Walaupun produk ini berkuasa, ia mesra pada tangan," ujar Sharifah Shahirah dan Chui Ling.

Dalam pada itu, seorang suri rumah, Chong Poh Yen tidak sabar untuk mendapatkan sebotol Joy.

"Apa yang saya saksikan hari ini sungguh menakjubkan dan Joy telah membuktikan ia merupakan satu produk yang hebat," katanya.

Joy boleh didapati dalam tiga jenis iaitu Refreshing Lemon, Sparkling Lime dan AntiBac pada harga cadangan runcit RM4.95 untuk botol 250 mililiter (ml), RM13.95 untuk botol 800ml dan pek isian semula pada harga RM3.50 untuk 200ml dan RM9.95 untuk 600ml.

Gigi putih senyuman menawan

Posted:

Gigi putih senyuman menawan

Gigi putih senyuman menawan


CHAN (dua dari kanan) bersama selebriti dan wakil-wakil farmasi serta Ketua Pegawai Eksekutif World Vision Malaysia, Liew Tong Ngan pada majlis pelancaran penggilap gigi Pearl Drops di Kuala Lumpur baru-baru ini.


GIGI putih bak mutiara sememangnya menjadi idaman semua orang. Ia bukan sahaja membuatkan senyuman menawan, malah merupakan penanda bahawa gigi anda sihat.

Malangnya, pelbagai jenis makanan serta minuman seperti kopi dan teh yang diambil setiap hari boleh menyebabkan kesan kotoran pada gigi.

Merokok dan meminum wain juga boleh menyebabkan perubahan pada warna gigi.

Bukan mudah untuk menghilangkan kesan tersebut walaupun memberus dan menggunakan flos setiap hari.

Kini, anda tidak perlu gusar lagi kerana Pearl Drops dari Church & Dwight Co. Inc., yang merupakan pakar terkemuka pemutihan gigi menawarkan pelbagai produk penjagaan pemutihan gigi yang menjadikan gigi licin dan bersih serta kelihatan lebih putih dan cerah.

Penggilap gigi Pearl Drops Professional Intensive White baharu berfungsi melalui sistem pemutihan 4D iaitu membersihkan, memutihkan, melindungi dan menceriakan.

Ia boleh digunakan dengan selamat setiap hari, menggilap noda dan plak serta memulihkan keputihan gigi.

Ia mengandungi Perlite, bahan pemutih yang sama digunakan oleh doktor gigi untuk membantu menanggalkan dan mencegah kesan yang disebabkan oleh kopi, teh, rokok dan wain.

DKSH Healthcare baru-baru ini telah menandatangani perjanjian kerjasama lanjutan selama tiga tahun bersama Church & Dwight di Malaysia.

Kerjasama

Di bawah perjanjian itu, DKSH akan menyediakan perkhidmatan jualan dan pemasaran untuk produk Church & Dwight iaitu penggilap gigi Pearl Drops Professional Intensive White.

DKSH Healthcare telah menyediakan khidmat untuk Church & Dwight di Malaysia sejak tahun 2002.

"Kami gembira kerana selain melanjutkan kerjasama dengan Church & Dwight untuk tiga tahun lagi, kami turut melancarkan penggilap gigi Pearl Drops Professional Intensive White di Malaysia.


CHAN (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Tong Ngan untuk membiayai projek amal di Indonesia.


"Kepakaran kami dalam mengukuhkan sesuatu jenama kesihatan dan mempunyai pengetahuan dalam pasaran tempatan membolehkan Church & Dwight mengembangkan perniagaan mereka di Malaysia," kata Pengurus Besar, Kumpulan Kesihatan dan Pengkhususan, DKSH Malaysia, Irene Chan pada majlis pelancaran produk tersebut di Kompleks Beli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Penggilap gigi Pearl Drops Professional Intensive White dijual pada harga pengenalan RM39.90 sehingga November ini di semua farmasi terkemuka di Malaysia. Harga biasa ialah RM49.90.

Pada majlis tersebut, Pearl Drops membuat sumbangan sebanyak RM8,000 kepada World Vision untuk membiayai projek amal di Indonesia.

Projek di Parimo di Sulawesi Tengah, Indonesia itu bertemakan Sanitasi melalui Keupayaan Komuniti.

Sumbangan tersebut bagi membiayai pembinaan kemudahan kebersihan dan memperkasakan masyarakat dengan meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup mereka.

World Vision adalah sebuah organisasi kemanusiaan mengfokuskan kepada kanak-kanak, keluarga dan masyarakat di seluruh dunia.

Ia bertujuan mencapai potensi penuh mereka dengan mengatasi kemiskinan dan ketidakadilan.

Cabaran bergelar finalis

Posted:

Cabaran bergelar finalis

Cabaran bergelar finalis


PESERTA di setiap lokasi perlu melalui ujian fotografi, peragaan dan soal jawab sebelum tiga finalis dipilih ke peringkat akhir.


SELEPAS kesemua borang permohonan bagi menyertai Pencarian Model Fareeda musim ke-4 diterima, proses pemilihan peserta untuk ke peringkat saringan mengikut lokasi bakal menyusul.

Mereka yang terpilih akan dihubungi dan diminta menghadiri pusingan pemilihan finalis di lokasi berhampiran masing-masing.

Terdapat empat lokasi yang akan menjadi medan percaturan para peserta bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Setakat ini, empat lokasi tersebut dipecahkan mengikut zon iaitu utara, timur, selatan dan tengah.

Di setiap lokasi, keterampilan dan karisma para peserta akan diuji berdasarkan tiga cabaran.

Ia merangkumi sesi fotografi yang akan menyaksikan kelincahan peserta beraksi di depan lensa kamera, slot peragaan bagi menguji keyakinan dan sisi natural peserta sebagai model. Ujian paling utama ialah sesi soal jawab yang akan memperlihatkan kebijaksanaan para peserta menjawab rangkaian soalan yang diajukan.

Bakat kesemua peserta akan dinilai juri-juri yang dilantik berdasarkan tiga ujian tersebut.

"Tiga finalis akan dipilih di setiap lokasi sekali gus melayakkan mereka bertanding pada peringkat akhir. Peserta-peserta akhir juga berpeluang muncul dalam rancangan berkonsep Islamik moden, Safiyya yang bersiaran di saluran TV9," jelas Pengurus Pemasaran dan Jualan Fareeda , Mawar Abdul Karim.

Penyertaan Pencarian Model Fareeda musim ke-4 dibuka sejak 15 September lalu sehingga 16 November depan.

Mereka yang berminat perlu mematuhi syarat penyertaan sebelum menghantar borang ke alamat yang tertera seperti di dalam borang penyertaan.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved