Selasa, 8 Oktober 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


KAFA tidak mahu kemuka aduan

Posted:

KAFA tidak mahu kemuka aduan

KAFA tidak mahu kemuka aduan

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my

NUNEZ menimbulkan kontroversi apabila menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong Kelantan, Sabtu lalu.


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak akan mengemukakan laporan berhubung insiden penyerang import Johor Darul Takzim (Johor DT) Leonel Nunez yang menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong Kelantan dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Sabtu lalu.

Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim berkata, pihaknya tidak akan mengemukakan sebarang aduan kepada FAM memandangkan Nunez tidak lagi menyarung jersi Johor DT musim depan.

"Kita tidak akan kemukakan laporan berhubung insiden tersebut, lagipun kontrak pemain berkenaan (Nunez) bersama Johor DT sudah tamat.

"Jika laporan berhubung insiden berkenaan dibuat, ia tidak mempunyai kesan," katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menunggu aduan rasmi daripada KAFA berhubung insiden tersebut.

Kosmo! semalam melaporkan FAM kini hanya menunggu aduan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhubung insiden panas yang berlaku pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Razak berkata, KAFA boleh mengemukakan laporan terhadap insiden yang berlaku pada pertembungan penuh dramatik itu.

Satu lagi insiden melibatkan seorang lagi penyerang Harimau Selatan, Norshahrul Idlan Talaha atau dikenali sebagai Mat Yo yang mengalami kecederaan apabila hidungnya berdarah selepas disiku oleh tonggak Kelantan, Indra Putra Mahayuddin.

Tambah Azman, tindakan Nunez itu dianggap cukup biadap memandangkan pemain kelahiran Argentina itu mencari rezeki di negara ini.

"Biarpun tidak membuat laporan tetapi tindakan Nunez itu adalah satu penghinaan kepada rakyat Malaysia. Ia tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Mengulas mengenai tindakan pemain The Red Warriors, Indra Putra yang didakwa menyiku penyerang Johor DT, Mat Yo, Azman memberitahu, KAFA tidak akan mengemukan laporan berhubung insiden tersebut.

Sementara itu, Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (kelate.net), Mohd. Khairi Yazib berkata, tindakan Nunez menunjukkan isyarat tersebut sebagai tidak bermoral.

Menurutnya, selaku pemain bola sepak profesional dia tidak sepatutnya bertindak demikian yang boleh menimbulkan kemaharan penyokong.

"Saya puji tindakan penyokong yang tidak mudah melatah dengan provokasi murahan pemain berkenaan," ujarnya.

'Jangan sekadar jadi penumpang'

Posted:

'Jangan sekadar jadi penumpang'

'Jangan sekadar jadi penumpang'


SKUAD senior negara akan beraksi pada kempen Piala Dunia di The Hague, Belanda dari 31 Mei hingga 15 Jun tahun depan.


PRESIDEN Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menuntut skuad remaja dan senior negara mempamerkan aksi cemerlang pada Kejohanan Dunia nanti.

Kejohanan Piala Dunia Remaja dijadualkan berlangsung di New Delhi, India dari 6 hingga 15 Disember depan manakala Piala Dunia akan diadakan di The Hague, Belanda dari 31 Mei hingga 15 Jun tahun depan.

"Saya tidak mahu Malaysia sekadar menjadi penumpang (dalam dua kejohanan itu)... jadi pasukan belasahan, saya mahu pasukan kita tewaskan setiap lawan yang dihadapi nanti.

"Sebab itu, kita perlu tingkatkan persiapan kita dengan lebih teratur dan rapi," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pentadbiran MHC di Shahzan House di Kuala Lumpur semalam.

Sehubungan itu, Tengku Abdullah meminta barisan kejurulatihan remaja dan senior negara iaitu Muhammad Dhaarma Raj Abdullah dan Paul Revington supaya tidak membangkitkan segala permasalahan mengenai pasukan masing-masing kepada pengetahuan media, terlebih dahulu.

"Bukannya kita mahu memperkecilkan mana-mana pihak tetapi untuk kebaikan pasukan supaya lebih fokus untuk menghadapi dua kejohanan itu.

"Masalah pentadbiran atau kecil-kecilan akan diuruskan atau diselesaikan secara dalaman," katanya.

Tengku Abdullah turut mengulangi pendiriannya bahawa sasaran lima pasukan terbaik mampu dicapai oleh skuad remaja negara.

Pada masa sama, Tengku Abdullah meletakkan sasaran kelompok 10 pasukan terbaik untuk skuad senior negara pada kempen Piala Dunia tahun depan.

Sementara itu, Dhaarma Raj berkata, beliau akan berusaha untuk memastikan sasaran berkenaan tercapai walaupun sedar laluan berliku yang bakal dihadapi oleh anak-anak didiknya.

"Kami akan mengadakan lawatan seminggu ke India mulai Selasa depan untuk tiga perlawanan persahabatan dengan skuad remaja India," katanya.

Pada saingan Piala Dunia remaja kali ini, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan D bersama Pakistan, England dan Afrika Selatan.

Kumpulan A dihuni oleh Jerman, Korea Selatan, Belgium dan Mesir manakala Australia, Sepanyol, Argentina dan Perancis berada dalam Kumpulan B.

Kumpulan C pula terdiri daripada Belanda, New Zealand, India dan Kanada.

Indra diugut bunuh dalam Facebook

Posted:

Indra diugut bunuh dalam Facebook

Indra diugut bunuh dalam Facebook

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


AKSI Indra (tengah) ketika menentang Johor DT pada saingan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Sabtu lalu.


TONGGAK Kelantan, Indra Putra Mahayuddin tidak tahu dia diancam bunuh selepas aksi suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Indra memberitahu, dia tidak mengambil serius terhadap ugutan itu yang disifatkannya gurauan semata-mata.

"Saya tidak apa-apa. Sejujurnya, saya bersama ahli keluarga masih selamat buat masa ini.

"Saya tidak tahu jika ada ugutan bunuh daripada mana-mana pihak tetapi saya percaya ia lebih kepada gurauan sahaja. Ia tidak begitu serius," kata Indra ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tinjauan Kosmo! dalam laman sosial Facebook semalam mendapati ada pihak tidak berpuas hati dengan Indra yang didakwa sengaja menyiku penyerang Johor DT, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo.

Pertembungan antara Indra dan Mat Yo itu menyebabkan bekas penyerang Kelantan itu ditimpa kecederaan hidung berdarah.

Ditanya mengenai insiden itu, Indra berkata: "Saya tidak mahu komen mengenai hal itu buat masa ini. Saya akan tunggu masa yang lebih sesuai."

Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Razak berkata, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) boleh mengemukakan aduan terhadap insiden itu yang dikatakan 'terlepas pandang' oleh pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri.

Jika PBNJ mengemukakan aduan, FAM sedia mengambil tindakan terhadap Indra jika bekas pemain kebangsaan itu benar-benar didapati bersalah sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Mat Yo.

Selain insiden itu, satu lagi 'babak' yang mencuri tumpuan pada pertemuan di Kota Bharu Sabtu lalu ialah tindakan penyerang import Johor DT, Leonel Nunez menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong Kelantan.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved