Selasa, 8 Oktober 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Angka korban di Mesir meningkat 53 orang

Posted:

Angka korban di Mesir meningkat 53 orang

Angka korban di Mesir meningkat 53 orang

PARA penyokong setia Mohamed Morsi lari menyelamatkan diri selepas polis melepaskan gas pemedih mata di Jalan Ramsis, tengah Kaherah kelmarin.


KAHERAH - Angka korban akibat rusuhan terbaharu di Mesir meningkat kepada 53 orang semalam apabila pertempuran meletus antara kumpulan Islam dengan polis dan penyokong tentera kelmarin.

Pertempuran meletus ketika sambutan ulang tahun perang Arab-Israel pada tahun 1973 kelmarin.

Ia merupakan antara keganasan paling buruk sejak siri pertempuran selepas tentera menggulingkan bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi pada 3 Julai lalu.

Kementerian Kesihatan negara itu memberitahu, seramai 271 orang cedera dalam pertembungan terbabit.

Menurut beberapa sumber keselamatan, kebanyakan mangsa yang cedera adalah penyokong Morsi.

Keadaan di beberapa jalan di tengah Kaherah kembali tenang, malah aliran trafik juga kembali normal.

Bagaimanapun, rusuhan di Mesir dilaporkan akan meletus semula pada minggu ini selepas satu gabungan yang diterajui pergerakan Islam terbesar Mesir, Ikhwanul Muslimin menyeru rakyat mengadakan lebih banyak protes pada hari ini dan Jumaat depan di dataran Tahrir. - Agensi

Taufan Fitow landa pantai timur China semalam

Posted:

Taufan Fitow landa pantai timur China semalam

Taufan Fitow landa pantai timur China semalam


SEJUMLAH orang berlindung ketika ribut melanda pantai di bawah pengaruh taufan Fitow di Wenling, Zhejiang kelmarin.


BEIJING - Taufan Fitow membadai pantai timur China pagi semalam dengan membawa hujan lebat dan angin yang berkelajuan 200 kilometer sejam, lapor media negara ini.

Bencana itu menyebabkan bekalan kuasa terputus dan perkhidmatan penerbangan dan kereta api tergendala.

Sekurang-kurangnya tiga orang maut di bandar Wenzhou, Zhejiang dan lebih 1,200 rumah musnah.

Lebih setengah juta penduduk dipindahkan ke kawasan berhampiran dan amaran berjaga-jaga tertinggi turut dikeluarkan kelmarin selepas taufan Fitow menghampiri daratan.

Agensi berita Xinhua melaporkan, pihak berkuasa di wilayah Zhejiang dan Fujian masing-masing memindahkan lebih 574,000 orang dan 177,000 orang setakat ini.

Tambah Xinhua, dua pekerja pelabuhan di Wenzhou hilang dan mereka berkemungkinan terjatuh ke laut.

Bencana itu memaksa perkhidmatan kereta api laju digantung di bebe- rapa bandar di wilayah Zhejiang, Fujian dan Jiangxi.

Lapangan Terbang Wenzhou turut membatalkan 27 penerbangan kelmarin.

Lebih 35,000 bot nelayan kembali ke pelabuhan di Zhejiang manakala hampir 30,000 kapal nelayan di Fujian dipanggil balik.

Taufan Fitow yang dinamakan sempena sejenis bunga dari Micronesia melanda China selepas dua minggu taufan Usagi membadai dengan sekurang-kurangnya 25 dilaporkan maut di selatan China. - AFP

Putera Harry kahwini kekasih tahun depan

Posted:

Putera Harry kahwini kekasih tahun depan

Putera Harry kahwini kekasih tahun depan


TERDAPAT khabar angin Putera Harry dan kekasihnya, Cressida Bonas bakal mendirikan rumah tangga.


LONDON - Pewaris takhta diraja Britain, Putera Harry dilaporkan bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya, lapor portal hiburan, eonline. com kelmarin.

Harry dikatakan akan mengahwini kekasihnya, Cressida Bonas tahun depan berdasarkan laporan akhbar Daily Telegraph yang dipetik laman hiburan itu.

Perkara itu didedahkan kepada Daily Telegraph oleh seorang sahabat karib Cressida.

Harry sebelum ini tidak berahsia tentang keinginannya untuk berumah tangga.

"Saya meminati kanak-kanak sejak dari kecil. Saya hanya menunggu seorang wanita yang sesuai untuk saya berkeluarga," katanya dalam satu temu bual bersama stesen televisyen Amerika Syarikat, ABC pada tahun lalu.

Dalam pada itu, Harry dan Cressida dilihat keluar bersama untuk menyaksikan konsert penyanyi terkenal, James Blunt yang berlangsung di sini baru-baru ini.

Cressida yang kini menceburi dunia peragaan merupakan bekas graduan sebuah akademi seni tarian di sini. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved