Khamis, 26 September 2013

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Nadiya jadi mangsa Kilafairy, Intan

Posted:

Nadiya jadi mangsa Kilafairy, Intan

Nadiya jadi mangsa Kilafairy, Intan

SESI fotografi khas yang diaturkan bersama Kosmo! pada minggu lalu agak istimewa kerana menggandingkan tiga pelakon wanita yang begitu dikenali ramai iaitu Nadiya Nisaa, Kilafairy dan Intan Ladyana.

Semasa fotografi berlangsung, terpancar kemesraan ketiga-tiga pelakon itu, meskipun baru kali pertama berlakon bersama-sama dengan memegang watak utama dalam telemovie Pengancam Perkahwinan.

Telemovie terbitan Mediaglo Production Sdn. Bhd. itu menceritakan tentang Melissa (Kilafairy) dan Arianna (Intan Ladyana) bersahabat baik ketika zaman persekolahan tetapi hubungan kedua-duanya mula dingin apabila masing-masing mempunyai sikap cemburu dan iri hati ketika mahu merebut jawatan sebagai ketua pelajar.

Permusuhan yang berlaku terus berlanjutan selama 15 tahun sehingga mereka mempunyai kerjaya sendiri. Melissa menjadi seorang perancang perkahwinan manakala Arianna pula bergelar jurugambar.

Kemudian, rakan kolej Melissa iaitu Maya (Nadiya Nisaa) bakal mendirikan rumah tangga dan dia dipilih untuk menjadi perancang perkahwinan Maya tetapi secara kebetulan Arianna pula menjadi jurugambar rasmi untuk majlis perkahwinan Maya.

Pertemuan semula antara Melissa dan Arianna yang bermusuh sejak sekian lama telah menjejaskan segala persiapan perkahwinan Maya. Akibat tertekan dengan kerenah kedua-duanya itu, Maya yang menjadi mangsa mengambil keputusan untuk membatalkan majlis perkahwinannya.

Kisah selanjutnya dapat diikuti oleh penonton menerusi telemovie arahan Syahir Ismail dan Tam Suhaimi itu yang akan disiarkan menerusi saluran Astro Ria 104 dan Astro Maya HD 135 pada pukul 9.30 malam ini.

Kongsi pengalaman

Pertama kali digandingkan dalam sebuah telefilem, ternyata banyak cerita yang ingin dikongsi oleh ketiga-tiga pelakon utamanya iaitu Nadiya Nisaa, Kilafairy dan Intan Ladyana.

Nadiya memberitahu, antara faktor utama dia menerima tawaran berlakon dalam telemovie Pengancam Perkahwinan kerana jalan cerita yang ringan dan menarik.

"Apabila saya mendapat skrip telemovie ini, pertama sekali yang saya lihat adalah jalan cerita dan karakter yang perlu dibawa. Ternyata peranan membawakan watak sebagai Maya berbeza dengan karakter yang pernah saya lakonkan sebelum ini.

"Sebenarnya ia bukankah sebuah telemovie komedi, sebaliknya situasi yang berlaku dalam kebanyakan babak yang dipaparkan mampu mencuit hati penonton," ujarnya.

NADIYA NISAA bersetuju terbabit dengan telemovie ini kerana jalan cerita yang ringan dan menarik.


Berkongsi cerita tentang pengalamannya bergandingan dengan Kilafairy dan Intan, pelakon yang mula dikenali menerusi filem Cun itu berkata, ia banyak memberi peluang kepada dirinya mengenali kedua-dua pelakon itu lebih dekat.

Jelas Nadiya, sepanjang berada di lokasi penggambaran, mereka banyak berkongsi pengalaman masing-masing berkenaan kerjaya dalam lapangan seni tempatan.

"Biasanya kalau kami bercerita, itu bukanlah sekadar berbual-bual kosong sahaja. Dengan cara sedemikian kami saling dapat mengenali diri masing-masing lebih rapat dan ia banyak membantu dari segi lakonan untuk telemovie ini," ujarnya.

Semakin akrab

Memegang watak sebagai seorang perancang perkahwinan bernama Melissa, pelakon Kilafairy mengakui dapat bergandingan dengan pelakon-pelakon hebat seperti Nadia Nisaa dan Intan Ladyana memang sudah lama dinantikan.

Jelas pemilik nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan itu, ketika Tam menyerahkan skrip dan membaca keseluruhan jalan ceritanya, dia mengakui amat teruja apabila diberitahu Nadiya dan Intan turut berlakon bersama-sama.

"Dalam telemovie ini, Melissa dan Arianna memang bermusuh kerana masing-masing merasakan diri sebagai seorang individu yang hebat sehingga Maya pula menjadi mangsa.

"Bagaimanapun, secara realitinya hubungan saya, Nadiya dan Intan semakin akrab apabila berlakon dalam telemovie ini. Pengalaman kali pertama dapat berlakon bersama mereka memang menarik," ujarnya.

Menjelaskan mengenai perkembangan kerjayanya pula, Kilafairy memberitahu, sekarang ini dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran telemovie Beranak Dalam Kubur dan kini sibuk memberi tumpuan butik pakaian Rack yang diusahakan bersama kakaknya.

INTAN LADYANA bukan sekadar berlakon, namun terbabit sebagai penerbit bersama Tam Suhaimi, Farish dan Sari Yanti untuk menerbitkan telemovie bercorak santai ini.


Projek sulung

Pelakon Intan Ladyana yang turut menyertai sesi fotografi berkenaan meluahkan rasa gembiranya kerana projek sulungnya bersama tiga orang rakannya itu akhirnya direalisasikan.

Ujar Intan, meskipun kini sudah bergelar seorang penerbit, namun tanggungjawab sebagai artis yang bernaung di bawah Metrowealth tetap diteruskan kerana kontraknya masih lagi belum berakhir.

"Ketika ini memang ramai yang melihat saya agak kurang berlakon Metrowealth tetapi saya masih lagi bersama mereka. Cuma, saya lebih banyak berlakon dengan produksi luar sekarang.

"Mengenai perkara ini, pihak Metrowealth memang menggalakkan saya berbuat demikian dan tidak terlalu terikat dengan mereka. Lagipun dengan cara ini akan membuka lebih banyak peluang kepada bakat-bakat lain yang bernaung di bawah Metrowealth," ujarnya yang memegang watak Arianna dalam telemovie tersebut.

Berkenaan dengan usaha terbaharunya itu sebagai penerbit, pelakon yang mula menjadi sebutan ramai ketika membintangi filem Adnan Sempit itu menyatakan ia merupakan lembaran baharu buat dirinya untuk melangkah lebih jauh dalam dunia hiburan tempatan.

"Saya sudah berkecimpung dalam dunia lakonan selama tujuh tahun dan berlakon dalam banyak drama, telemovie dan filem. Kini, saya perlu meluaskan lagi cabang seni dan peluang untuk menjadi salah seorang penerbit bersama rakan-rakan rapat sesuatu yang tidak harus dilepaskan," ungkapnya.

Keintiman Nadeem, Nora sehingga ke Myanmar

Posted:

Keintiman Nadeem, Nora sehingga ke Myanmar

Keintiman Nadeem, Nora sehingga ke Myanmar

Oleh HARYATI KARIM

NORA DANISH tidak mahu menyalahkan peminat jika mendakwa dia dan Nadeem bercinta kerana dia begitu terbuka berkongsi gambar dan aktiviti mereka menerusi Instagram masing-masing.


RAMAI yang tahu, pelakon Nora Danish membawa pulang 'kekasihnya' yang dikenali dengan nama Nadeem atau nama sebenarnya Nadim Mohamed Nazri ke kampung sebelah ibunya di Myanmar baru-baru ini.

Pemergian mereka turut diiringi ibu serta kakak Nora. Bagaimanapun, apabila Nadeem menemani Nora balik ke kampung, ramai yang membuat spekulasi mungkin hubungan mereka sudah berada pada tahap yang lebih serius.

Nora yang ditemui pada majlis tayangan perdana filem lakonannya bersama Farid Kamil, Bencinta di TGV, Sunway Piramid pada Isnin lalu tidak menyembunyikan perkara tersebut.

Secara terang-terangan, Nora mengakui membawa kekasihnya itu yang juga anak kepada Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ikut serta untuk menjaga keselamatan mereka semua memandangkan keadaan bergolak yang berlaku di negara tersebut.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Nora.

Kosmo!: Apakah tujuan Nora membawa Nadeem ke Myanmar?

NORA: Nadeem menemani saya ke Myanmar lebih kepada menjaga keselamatan kami memandangkan semua yang pergi adalah wanita. Myanmar sedang bergolak dengan isu masyarakat Islam Rohing- ya, jadi Nadeem dan rakannya menemani kami dan saya berbesar hati kerana rasa lebih selamat dengan kehadirannya.

Kenapakah anda ke Myanmar?

Saya ke Myanmar kerana moyang saya yang berusia 96 tahun telah meninggal dunia pada minggu lalu. Ibu saya memang teringin sangat untuk berjumpa dengannya tetapi asyik tertangguh sehingga dia meninggal dunia. Sekarang, ibu dalam proses untuk memujuk nenek saya di Myanmar untuk tinggal bersama kami di Malaysia. Selain itu, saya juga melawat kilang produk bedak Tanaka keluaran saya.

Bagaimanakah dengan penerimaan keluarga anda di sana terhadap Nadeem?

Sebenarnya kami ada masalah bahasa, hanya ibu saya yang faham dan fasih bahasa Myanmar. Mereka tidaklah berbual banyak sangat sebab lebih guna bahasa isyarat. Setakat apa yang saya lihat semuanya okey dan dapat menerimanya dengan baik.

Tidakkah anda rasa kalian terlalu terbuka dengan hubungan cinta kerana kerap berkongsi gambar bersama peminat?

Saya tidak salahkan sesiapa apabila orang bercakap tentang kami sebab semuanya salah saya sendiri yang gatal tangan memuat naik gambar kami berdua di Instagram. Sebenarnya, saya sendiri terkejut apabila Nadeem turut membuka akaun khas kami berdua untuk tatapan peminat.

Nampaknya Nadeem seperti sudah serasi dengan dunia glamor anda?

Alhamdulillah, memang dia boleh masuk dengan dunia saya, bahkan dia sekarang sudah ada peminatnya sendiri dan cukup rajin melayan mereka di Instagram (ketawa).

Jika sudah begitu, nampaknya kalian memang tidak menyembunyikan langsung percintaan kalian. Mungkinkah itu satu tanda kalian akan berkahwin tidak lama lagi?

Buat masa ini, kami tidak terfikir ke arah itu lagi kerana masing-masing sudah ada pengalaman dengan kegagalan perkahwinan sebelum ini. Jadi, banyak perkara yang harus kami ambil kira dan fikir sebelum ambil langkah seterusnya. Siapa yang tidak mahu berkahwin, doakan yang terbaik untuk saya.

Awie, Erra kembali bersatu

Posted:

Awie, Erra kembali bersatu

Awie, Erra kembali bersatu

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

AWIE dan Erra bakal berkongsi pentas untuk membangkitkan zaman kegemilangan mereka sewaktu terbabit dalam filem Sembilu.


PERTEMUAN semula Awie dan Erra Fazira dalam program bual bicara Tunggu Sekejap sekitar bulan Mac lalu bukan terhenti di situ sahaja.

Hero filem Sembilu itu kemudian telah menyunting Erra untuk sama-sama terlibat dalam sebuah konsert berskala besar yang dijangka berlangsung pada bulan Mac tahun depan di Istana Budaya.

Akui Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, dia sengaja menyunting Erra bagi mengembalikan sejarah silam mereka.

Bagaimanapun, sejarah silam yang dimaksudkan bukanlah ketika mereka bercinta dan bertunang dahulu, sebaliknya semasa sama-sama berlakon dalam filem pecah panggung, Sembilu.

Sejenak mengenai Awie dan Erra, mereka pernah bertunang pada tahun 1997 selepas bercinta selama empat tahun, namun pertunangan mereka putus pada tahun 1998.

Selain Erra, Awie turut menyunting penyanyi Ziana Zain untuk konsert yang berjudul Suara Kita itu.

"Selepas Erra hadir pada program Tunggu Sekejap, saya mula terfikir untuk mengajaknya dan juga Ziana mengadakan konsert. Saya teringin untuk kembalikan sejarah silam kami. Ketika suara dan lakonan kami berada di mana-mana sahaja iaitu di radio dan juga di panggung-panggung," tuturnya ketika ditemui pada majlis pelancaran buku Cinta Rimau hasil penulisan pertama kakak iparnya, Haliza Misbun di R.A Fine Arts The Gallery di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Bukan sekadar konsert, Awie turut merancang untuk menghasilkan filem bersama Erra dan Ziana bagi kesinambungan konsert tersebut.

AWIE berharap agar tiada pihak yang membangkitkan isu lama antaranya dengan Erra Fazira kerana perlu menghormati keluarga masing-masing.


Jangan kait soal cinta

Bagaimanapun, pinta Awie, agar perancangannya untuk mengadakan konsert dan projek lakonan bersama Erra itu tidak dikaitkan dengan soal cinta.

"Kalau boleh saya tidak mahu projek bersama Erra ini, orang kaitkan kami ingin kembali bercinta atau sebagainya. Kami masing-masing sudah ada tanggungjawab terhadap keluarga. Dia ada anak yang ingin dibesarkan, begitu juga saya yang sudah memiliki lima orang anak," tegasnya.

Bicara Awie lagi, perkara itu (menyanyi dan berlakon bersama Erra) juga sudah disuarakan dahulu kepada isterinya, Ruzana Misbun dan ia mendapat sokongan.

"Sebelum buat apa-apa program atau projek bersama Erra, saya terlebih dahulu bertanya pada dia (isteri). Dia cakap buatlah tapi jangan lebih-lebih," ungkap Awie sambil ketawa.

Mengulas lanjut mengenai konsert tersebut, ujar Awie, konsert yang bertemakan Italian Elegan itu bakal memuatkan lagu-lagu dalam filem lakonan mereka sebelum ini.

Selain itu, Awie turut memberitahu, akan menyelitkan susunan muzik Itali dalam konsert berkenaan untuk memberi muzik yang lebih segar kepada penonton.

Korban

Biarpun sibuk dengan pelbagai projek di bawah syarikatnya, namun, ketika diminta oleh Hans Isaac untuk berlakon dalam teaternya yang berjudul Supermokh The Musical, Awie tidak mampu menolaknya.

Bagi Awie, peluang untuk membawakan watak legenda bola sepak negara iaitu Datuk Mokhtar Dahari dalam teater yang bakal dipentaskan pada bulan November di Istana Budaya itu tidak harus dilepaskan.

Awie juga mengakui sanggup mengorbankan jambang yang disimpan sekian lama untuk menyerupai dirinya dengan legenda tersebut.

"Saya perlu menguruskan badan dan membuang jambang untuk menjadi seperti dia (Mohktar Dahari). Saya juga perlu memakai pakaian tahun 70-an seperti berseluar ketat untuk mengimbau tahun yang mengangkat legenda itu. Namun, bagi saya itu suatu pengorbanan untuk menjayakan watak terbabit," jelasnya kini sedang mendalami mengenai legenda itu.

Mengenali Mokhtar menerusi buku secara tidak langsung, ujar Awie lagi, dia merupakan seorang yang berwajah garang tetapi mempunyai hati yang baik.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved