Khamis, 26 September 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Polis berkas empat keldai dadah didalangi warga Nigeria

Posted:

Polis berkas empat keldai dadah didalangi warga Nigeria

Polis berkas empat keldai dadah didalangi warga Nigeria

26/09/2013 10:15pm

KUALA LUMPUR - Polis memberkas empat individu dan merampas dadah jenis syabu serta kokain bernilai RM1.5 juta menerusi operasi berasingan di Sepang dalam tempoh empat hari sejak Isnin lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, semua suspek yang berusia antara 20 dan 31 tahun itu dipercayai keldai dadah untuk satu sindiket yang didalangi warga Nigeria di negara ini.

Mereka yang ditahan ialah seorang lelaki dan wanita tempatan, seorang lelaki warga Nigeria dan seorang wanita rakyat Thailand, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

"Mereka ditahan dalam tiga tangkapan masing-masing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan di sebuah hotel di Sepang, susulan maklumat awam," katanya.

Katanya, polis percaya mereka direkrut oleh sindiket itu untuk membawa masuk dadah dari luar negara dan dipasarkan di negara ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

Ibu pelumba reda pemergian anak selepas 5 hari koma

Posted:

Ibu pelumba reda pemergian anak selepas 5 hari koma

Ibu pelumba reda pemergian anak selepas 5 hari koma

26/09/2013 8:58pm

KUALA TERENGGANU - "Saya reda dan menerima kehendak Allah ini sebagai yang terbaik untuknya," kata Norhaida Mohd Noor, ibu kepada Muhammad Izzat Mohd Abdul Hakim, pelumba muda yang meninggal dunia selepas lima hari kemalangan di Litar Antarabangsa Sepang.

Norhaida, 44, yang ditemui pemberita ketika pengkebumian jenazah anak keduanya itu di sini hari ini, berkata beliau dimaklumkan arwah memanggil "ibu"

sebelum tidak sedarkan diri ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya pada hari kejadian.

Muhammad Izzat, 17, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pukul 1.30 petang semalam.

Dalam insiden Sabtu lepas, Muhammad Izzat yang beraksi dalam kelas 250cc Kejuaraan Motosikal Super Siri (MSS), dipercayai gagal mengawal jenteranya di laluan lurus sebelum terbabas dan melanggar marsyal perlumbaan S. Satish, 44, pada pukul 12.30 tengah hari sebelum berakhirnya sesi latihan.

Akibat kemalangan itu, Satish meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada hari yang sama. - Bernama

KPDNKK kesan terdapat lebih 100 jenama rokok tiruan

Posted:

KPDNKK kesan terdapat lebih 100 jenama rokok tiruan

KPDNKK kesan terdapat lebih 100 jenama rokok tiruan

26/09/2013 8:54pm

KUALA TERENGGANU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesan terdapat lebih 100 jenama rokok tidak sah atau rokok tiruan menggunakan nama dan alamat pengilang atau pengimport yang palsu di negara ini.

Pengarah Penguatkuasaan, Bahagian Penguatkuasaan, Unit Perihal Dagangan KPDNKK Roslan Mahayudin berkata, pemeriksaan mendapati alamat tertera pada kotak rokok tidak sah itu merupakan tempat letak kereta dan tanah kosong bagi mengaburi pihak berkuasa.

"Rokok tidak sah ini menjadi tarikan kepada orang ramai kerana harga jauh lebih murah. Lazimnya rokok tiruan ini dijual dengan harga RM3 sekotak berbanding rokok asli sekitar RM7 sekotak.

"Selain itu permintaan tinggi daripada pekerja asing di negara ini juga faktor limpahan rokok tiruan ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Bengkel Rokok Tidak Sah anjuran KPDNKK di sini, hari ini.

Katanya, penjualan rokok tiruan juga dikesan berleluasa di sebelah pantai barat dan harga rokok yang mahal antara punca lambakan dan penyeludupan rokok tiruan pelbagai jenama di pasaran negara. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved