Kosmo Online - Dunia |
- Gempa bumi di Pakistan lahirkan pulau kecil
- Ibu jual rumah zaman kanak-kanak Kurt Cobain
- Bekas lelaki paling gemuk ada kekasih
Gempa bumi di Pakistan lahirkan pulau kecil Posted: Gempa bumi di Pakistan lahirkan pulau kecil
QUETTA - Angka kematian akibat gempa bumi kuat di Pakistan meningkat kepada sekurang-kurangnya 327 orang semalam selepas beratus-ratus buah rumah runtuh menimpa penghuninya di kawasan pedalaman dekat sempadan Iran, kata beberapa pegawai. Gempa itu menggegarkan wilayah Baluchistan kelmarin dan turut dirasai di seluruh rantau Asia Selatan. Bencana tersebut memusnahkan sejumlah kediaman dan menyebabkan daerah yang paling teruk terjejas, Awaran, terputus hubungan dengan dunia luar. Gempa berkenaan amat kuat sehingga menyebabkan sebuah pulau kecil muncul di perairan Laut Arab. "Kami mula menanam mangsa-mangsa yang meninggal dunia," kata Deputi Komisioner Awaran, Abdul Rasheed Gogazai semalam. "Sebanyak 285 mayat telah ditemui di daerah Awaran setakat ini manakala 42 lagi dijumpai di daerah berdekatan, Kech," tambahnya. Menurut Abdul Rasheed, lebih 373 orang turut cedera dalam bencana itu. Dalam perkembangan berkaitan, pihak tentera mengerahkan beberapa helikopter bersama beratu-ratus askar bagi membantu usaha menyelamat. Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat memberitahu, gempa bumi itu berukuran 7.8 pada skala Richter. Selepas gempa berlaku, penduduk di pesisir pantai dekat pelabuhan Gawdar berhimpun untuk melihat kemunculan pulau kecil tersebut. Pulau batu dan pasir tersebut muncul selepas gempa bumi kuat itu. - Reuters | |
Ibu jual rumah zaman kanak-kanak Kurt Cobain Posted: Ibu jual rumah zaman kanak-kanak Kurt CobainRUMAH zaman kanak-kanak penyanyi kumpulan Nirvana, Kurt Cobain yang terletak di Aberdeen, Washington, Amerika Syarikat ini akan dijual pada harga RM1.6 juta.- AP WASHINGTON - Peminat vokalis utama kumpulan Nirvana, mendiang Kurt Cobain bukan sahaja boleh membeli album 'super deluxe' Nirvana, malah mereka boleh memiliki rumah tempat Cobain membesar sempena ulang tahun Nirvana pada bulan ini. Ibunya, Wendy O'Connor sedang berusaha untuk menjual rumah dua tingkat yang terletak di barat daya Seattle pada minggu ini. Bagi membantu ia lebih mudah dijual, keluarga Cobain menawarkan kehidupan awal bintang muzik itu menerusi beberapa keping foto yang dirakam di dalam rumah berkenaan. Antaranya ialah gambar Cobain yang masih muda tersenyum sambil memegang gitar di dalam biliknya yang bersepah. Rumah tersebut yang sebelum ini bernilai AS$67,000 (RM214,982) kini ditawarkan pada harga AS$500,000 (RM1.6 juta). Keluarga mendiang juga mengalu-alukan kerjasama daripada mana-mana pihak untuk menjadikan rumah itu sebagai muzium. "Kami membuat keputusan untuk menjual rumah ini untuk mewujudkan satu legasi untuk Kurt. Ya. Perasaan kami bercampur-campur kerana kami semua sayangkan rumah ini dan ia mempunyai banyak kenangan manis," kata kakak Cobain, Kim Cobain dalam satu kenyataan menerusi e-mel. Kim juga memberitahu, keluarganya telah berpindah dari Washington. Jadi, mereka rasa sudah tiba masanya rumah itu dijual. Ibu bapa Cobain membeli rumah tersebut pada tahun 1969 ketika Kurt berusia dua tahun. Dia tinggal di situ sehingga berusia sembilan tahun dan ibu bapanya bercerai. Cobain membunuh diri pada usia 27 tahun ketika kejayaan kumpulan muzik grunge itu berada di kemuncaknya. - AP | |
Bekas lelaki paling gemuk ada kekasih Posted: Bekas lelaki paling gemuk ada kekasihPAUL MASON memegang sekeping gambar kekasihnya, Rebecca Mountain di London kelmarin.- Agensi LONDON - Bekas lelaki paling gemuk di dunia, Paul Mason yang berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 292 kilogram (kg) kini telah mempunyai seorang teman wanita, lapor akhbar Daily Mail kelmarin. Lelaki yang pernah memiliki berat badan 444 kg itu berkata, dia menemui wanita berkenaan, Rebecca Mountain selepas hilang separuh berat badannya. "Saya jauh hati pada Rebecca selepas wanita berkenaan menghubungi saya di laman sosial Facebook," kata lelaki berusia 52 tahun itu. Menurut Mason, wanita itu berminat untuk berkenalan dengannya selepas melihat dia muncul di kaca televisyen. Rebecca, 40, tinggal di Amerika Syarikat yang terletak pada jarak 5,632 kilometer dari sini. "Jarak yang jauh menyebabkan kami belum lagi bertentang mata," kata Mason yang kini mempunyai berat badan 152 kg. "Namun, saya kini dilamun cinta, perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini pada saya," tambahnya. Menurut lelaki berkenaan, dia berharap dapat menemui Rebecca suatu hari nanti. "Personaliti, semangat dan kesungguhannya serta senyumannya membuat saya jatuh cinta," katanya. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan