Jumaat, 9 Ogos 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Polis buru penganggur lacur kanak-kanak

Posted:

Polis buru penganggur lacur kanak-kanak

Polis buru penganggur lacur kanak-kanak

09/08/2013 10:05pm

MELAKA - Polis sedang memburu seorang penganggur bagi membantu siasatan berhubung kes merogol dan kemudian melacur seorang kanak-kanak berusia 13 tahun di beberapa buah rumah dan hotel di sekitar negeri ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Negeri, Superitendan P.R. Gunarajan berkata, Mohd Khairul Azli Isohod, 26, dikehendaki kerana melacurkan kanak-kanak tersebut kepada sembilan lelaki sejak Jun tahun lepas hingga 19 Julai lepas.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek beralamat terakhir di 2961-1 Jalan Sidang Hassan, Bukit Katil dan dipercayai seorang penagih dadah.

"Dia bertindak melacurkan kanak-kanak itu yang merupakan teman wanitanya bagi mendapatkan wang untuk membeli dadah.

"Dia melacurkan kanak-kanak tersebut dengan mengenakan bayaran RM100 tetapi hanya memberi mangsa RM20 untuk belanja.

Suspek dipercayai melarikan diri dan bersembunyi di Kuala Lumpur.

Kanak-kanak terbabit kini ditempatkan di Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh di sini dan polis sedang menjalankan siasatan bagi menjejaki suspek.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat ASP R.Kumares di talian 019-6215585 atau 06-2842222. - Bernama

9 buah kereta di Taman Dato Harun kena pecah

Posted:

9 buah kereta di Taman Dato Harun kena pecah

9 buah kereta di Taman Dato Harun kena pecah

09/08/2013 2:50pm

KUALA LUMPUR - Sembilan buah kereta yang diparkir di kawasan perumahan Taman Dato Harun berhadapan Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dekat sini dipecah masuk dan barangan berharga di dalamnya dilarikan dalam kejadianawal hari ini.

Kejadian disedari orang ramai pada pukul 6 pagi selepas mendapati cermin tingkap kereta terbabit dipecahkan.

Seorang mangsa Subra Maniam, 33, berkata dia kerugian hampir RM4,000 selepas sistem stereo keretanya dilarikan termasuk satu Smart Tag bernilai RM280.

"Biasanya kami letak kereta di depan rumah tetapi disebabkan saudara-mara jiran datang beraya semalam, parkir penuh jadi kami letak kereta jauh sedikit,"katanya ketika ditemui Bernama, di lokasi kejadian.

Menurut pemandu peribadi itu kejadian berkenaan bukan kali pertama berlaku di situ.

Kejadian disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed. - Bernama

Anggota Exco Wanita UMNO meninggal dunia

Posted:

Anggota Exco Wanita UMNO meninggal dunia

Anggota Exco Wanita UMNO meninggal dunia

09/08/2013 3:08pm

SHAH ALAM - Anggota Exco Wanita Umno Norliza Ahmad meninggal dunia di Hospital Selayang akibat kanser hati kira-kira 10 malam tadi.

Ketua Umno Bahagian Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, jenazah Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Meru, Klang hari ini.

Norliza, 47, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kapar kali pertama

bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Selat Kelang pada pilihan raya umum ke-11 dan menewaskan Ali Abdullah dari PAS dengan majoriti 6,085 undi.

Beliau bagaimanapun gagal mempertahankan kerusinya apabila tewas kepada Dr. Halimah Ali dari PAS pada pilihan raya umum ke-12 dengan majoriti 1,459 undi. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved