Jumaat, 9 Ogos 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Hantaran kahwin tinggi punca ramai membujang

Posted:

Hantaran kahwin tinggi punca ramai membujang

Hantaran kahwin tinggi punca ramai membujang

Oleh WARTAWAN KOSMO!
berita@kosmo.com.my


WANG hantaran tinggi menyebabkan banyak pasangan muda di negara ini terpaksa menangguhkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Bebanan kos perkahwinan yang tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit ketika ini telah mendorong banyak pihak terutamanya golongan muda terpaksa menangguhkan hasrat untuk menempuh gerbang perkahwinan pada usia muda.

Kadar hantaran tinggi yang ditetapkan oleh pihak perempuan mengikut status keluarga, taraf pendidikan dan kecantikan menjadikan ramai anak muda yang baru menempuh alam pekerjaan terpaksa menabung untuk tempoh yang lama demi mengumpul wang.

Sidang Dewan Negara pada tahun lalu diberitahu, satu kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 2010 mendapati faktor utama ramai lelaki tidak berkahwin ialah kerana masalah kewangan (44.7 peratus) diikuti tiada calon sesuai (19.3 peratus).

Menurut seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Kamil, 31, wang hantaran RM11,000 serta kos perbelanjaan kenduri mencecah RM20,000 menyebabkan dia terpaksa menangguhkan hasrat berkahwin dengan buah hatinya yang dikenali tiga tahun lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Hantaran tinggi haram

Posted:

Hantaran tinggi haram

Hantaran tinggi haram

HARRUSSANI


KUALA LUMPUR - Sesebuah perkahwinan itu akan menjadi haram sekiranya nilai wang hantaran yang ditetapkan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk hingga menimbulkan perasaan riak.

Mufti Perak, Tan Sri Harrussani Zakaria berkata, tidak salah untuk meletakkan nilai hantaran yang tinggi jika pasangan itu mampu, namun jika tujuan sebenarnya adalah untuk menunjuk-nunjuk, perbuatan itu adalah haram.

Menurut beliau, perasaan riak adalah salah satu daripada dosa besar dan ia merupakan satu perbuatan yang dianggap syirik kecil dalam Islam.

NOOH


"Perkahwinan adalah satu ibadah dan akan mendapat ganjaran pahala dalam Islam tetapi jika kita melaksanakannya dengan perkara-perkara yang dimurkai Allah, maka hukumnya adalah haram," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Menurut Harrussani, budaya meletakkan wang hantaran yang tinggi sebenarnya tidak digalakkan dalam Islam kerana ia mendorong kepada pembaziran.

Katanya, selain daripada membazir yang merupakan amalan syaitan, ia juga akan membebankan sebelah pihak yang terpaksa menyediakan wang hantaran yang tinggi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

14 keluarga beraya dalam duka

Posted:

14 keluarga beraya dalam duka

14 keluarga beraya dalam duka


BEBERAPA penduduk mencari barangan yang masih boleh digunakan selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Sentul Pasar kelmarin.


KUALA LUMPUR - Kemeriahan 1 Syawal yang diraikan umat Islam di seluruh negara kelmarin seperti tidak bermakna kepada 14 keluarga apabila rumah mereka di Kampung Chubadak, Sentul Pasar di sini musnah dalam kebakaran.

Kejadian pada pukul 9.50 malam itu memusnahkan 11 buah rumah yang dihuni 14 keluarga.

Namun tiada kecederaan dilaporkan kerana kejadian berlaku ketika para penghuni pulang beraya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Zahari Mohamad berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 9.52 malam dengan menghantar lima jentera dan anggota untuk memadam serta mengawal kebakaran.

"Kedudukan rumah yang terletak berdekatan antara satu sama lain menyebabkan kemusnahan besar dalam masa yang singkat.

"Kita terpaksa menggunakan 'tanker' untuk mengangkut air ke tempat kejadian kerana sumber air agak jauh," katanya yang masih menyiasat punca dan jumlah kerugian.

Sementara itu, Endra Yusman, 30, bersyukur kerana ibu bapanya tiada di rumah ketika kejadian kerana pulang beraya di kampung di Bandar Baharu, Kedah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved