Kosmo Online |
- Umat Islam sambut Aidilfitri esok
- Lori peniaga ayam yang maut dilanggar ditemui semula
- Manfaat sambutan perayaan untuk perkukuh semangat 1Malaysia - Lee Lam Thye
Umat Islam sambut Aidilfitri esok Posted: Umat Islam sambut Aidilfitri esok07/08/2013 8:29pm KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad. Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). "Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 8 Ogos 2013," katanya. - Bernama |
Lori peniaga ayam yang maut dilanggar ditemui semula Posted: Lori peniaga ayam yang maut dilanggar ditemui semula07/08/2013 7:31pm KUALA LUMPUR - Lori milik seorang peniaga ayam yang maut ketika cuba menghalang penyamun daripada melarikan lorinya di Taman Serdang Raya dekat sini Isnin lalu ditemui semula bersama kesemua barangan niaganya. Ketua Daerah Polis Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata, lori itu ditemui kira-kira pukul 4.30 petang semalam di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dekat Selayang. "Lori itu berada dalam keadaan baik. Barang niaga seperti ayam dan daging tidak diusik. Namun suami mangsa melaporkan jumlah kerugian adalah sebanyak RM15,000 termasuk hasil perniagaan. "Motif utama penjenayah adalah untuk mencuri duit," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Beliau berkata hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak berhampiran lokasi tidak menunjukkan wajah suspek, hanya lori berkenaan. - Bernama |
Manfaat sambutan perayaan untuk perkukuh semangat 1Malaysia - Lee Lam Thye Posted: Manfaat sambutan perayaan untuk perkukuh semangat 1Malaysia - Lee Lam Thye07/08/2013 1:27pm KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama perlu memanfaatkan sambutan perayaan untuk memperkukuhkan lagi ikatan setiakawan, keharmonian antara kaum dan agama menerusi semangat sebenar 1Malaysia. Anggota Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, Malaysia adalah unik kerana perayaan bagi sesuatu kaum turut diraikan oleh kaum etnik lain dan ini adalah ciri sebenar masyarakat majmuk di negara ini. "Membina persefahaman dan sikap hormat menghormati antara penganut pelbagai agama sepertimana ketetapan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara adalah kunci kepada keamanan dan keharmonian dalam sebuah negara yang rakyatnya terdiri pelbagai kaum dan agama seperti Malaysia," katanya dalam perutusan di sini hari ini sempena sambutan Aidilfitri. Menghormati pegangan agama seseorang telah menjadi ciri penting dalam masyarakat pelbagai kaum dan adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk mempertahankannya, katanya. "Perpaduan negara adalah kunci kejayaan negara kita. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia perlu memanfaatkan setiap peluang untuk meningkatkan semangat perpaduan menerusi lebih banyak tindakan bersama dalam semua aspek aktiviti kemasyarakatan," katanya. Sehubungan itu, beliau berkata setiap orang perlu melakukan usaha berterusan untuk menggalakkan budaya aman, harmoni dan perpaduan. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan