Kosmo Online - Negara |
Aidilfitri tanpa kehadiran anak Posted: Aidilfitri tanpa kehadiran anakOleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
KUALA LUMPUR - "Perniagaannya tidak maju jika mak cik tinggal dengan dia (anak). Mak cik juga dianggap pembawa sial dan celaka menyebabkan mak cik dibuang ke sini." Demikian antara luahan sedih Seni Aishah Abdullah, 73, ketika ditemui wartawan Kosmo! di Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Kampung Pulau Meranti di Puchong dekat sini. "Sejak dicampak ke sini tujuh tahun lalu, mak cik tidak pernah dipedulikan oleh keluarga dan tiga orang anak mak cik," katanya dalam nada tersekat-sekat kerana terlalu sedih mengimbau nasib diri yang malang. Seni Aishah yang berasal dari Bandar Kinrara merupakan seorang India Muslim yang dihantar ke pusat jagaan itu oleh salah seorang anak lelakinya. "Anak saya memiliki perniagaan kedai runcit. Kami selalu bergaduh berpunca daripada hal-hal kecil dan selepas dia (anak) tidak tahan dengan mak cik dan ditambah perniagaannya kerap rugi, anak ambil keputusan hantar mak cik di sini," kata warga emas itu. Walaupun pada hakikatnya amat menyakitkan apabila dibuang darah daging sendiri, namun Seni Aishah memberitahu, dia tetap bersyukur kerana pusat jagaan itu lebih sempurna dan terjaga berbanding tinggal di rumah anak-anak sendiri. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Hargai keharmonian negaraPERTAMANYA, bersama-samalah kita dengan penuh rasa syahdu menggemakan takbir dan kalimah-kalimah tahmid bagi menyambut detik kemenangan pada Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini. 'Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahhil Hamd'. Alhamdulillah, kita rafakkan rasa syukur tidak terhingga, bersempena hari lebaran penuh syahdu dan barakah ini. Pastinya, segala ini mampu dinikmati kerana keamanan, kemakmuran serta keharmonian yang wujud. Tentunya juga, dengan izin Allah SWT, kita dalam keadaan bebas daripada peperangan, persengketaan, mahupun bencana alam melampau seperti yang melanda saudara-saudara seakidah di beberapa negara seluruh dunia. Justeru, kita perlu menginsafi betapa bukannya mudah untuk membina tapak seterusnya memastikan kelangsungan sebuah negara yang stabil seperti Malaysia hari ini. Pucuk pangkalnya, benarlah kata orang bijak pandai bahawa perpaduan bukannya barang boleh diganti, perpaduan bukannya barang yang boleh dijual beli. Jelas sekali, perpaduan nasional yang mapan adalah tunjang kepada haluan Malaysia menjadi sebuah negara maju yang dijangkakan sekitar tujuh tahun lagi. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Dua pasangan kekasih dicekupOleh NUR AISHAH AMIN KUALA LUMPUR - Kegiatan dua pasangan kekasih mencuri kenderaan dengan menggunakan alat mematikan sistem penggera kereta tidak bertahan lama apabila mereka diberkas kelmarin. Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Aida Abdul Hamid berkata, empat suspek yang berusia 31 hingga 36 tahun itu ditahan secara berasingan di sebuah kondominium di Jalan Kuchai Lama di sini pada pukul 9 pagi. "Penahanan terhadap kumpulan suspek itu dibuat selepas polis menerima satu laporan berkaitan kes curi kenderaan di kawasan Petaling di sini. "Polis yang melakukan intipan menemui kereta tersebut jenis Proton Waja yang dinaiki dua wanita di kawasan tempat letak kenderaan kondominium berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini semalam. Menurut Aida, soal siasat lanjut, polis kemudian menyerbu sebuah rumah di situ dan menahan dua lelaki di dalamnya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan