Kosmo Online |
- Dua beradik maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Timur-Barat
- Revington masih cari pengganti mendiang Chua Boon Huat
- Penduduk Kuala Penyu, Menumbok bakal nikmati bekalan air lebih baik
Dua beradik maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Timur-Barat Posted: Dua beradik maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Timur-Barat06/08/2013 10:18pm GERIK - Kegembiraan dua beradik menyambut kehadiran Syawal bersama keluarga tidak kesampaian apabila mereka maut dalam tragedi kemalangan di KM 17, Lebuh Raya Timur-Barat, berhampiran Sungai Lebey, dekat sini hari ini. Dalam kejadian pukul 9.15 pagi itu, Maala Munira Abdullah, 26, dan adiknya Taqwa Munira, 20, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala serta anggota badan. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Manab Bahrum berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Perodua Kelisa yang dipandu Maala Munira gagal dikawal sebelum terbabas ke laluan bertentangan. "Kenderaan yang dipandu Maala Munira kemudian bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota Prius yang dipandu Mohd. Farizol Asraf, 25 tahun. "Akibat rempuhan tersebut, kedua-dua wanita itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Toyota Prius hanya mengalami kecederaan ringan," katanya ketika dihubungi di sini. Tambah beliau, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat manakala Mohd. Farizol mendapat rawatan di hospital sama. - Bernama |
Revington masih cari pengganti mendiang Chua Boon Huat Posted: Revington masih cari pengganti mendiang Chua Boon Huat06/08/2013 10:16pm KUALA LUMPUR - Jurulatih hoki kebangsaan, Paul Revington berkata, beliau masih mencari pemain pertahanan setanding dengan kaliber mendiang Chua Boon Huat bagi menghadapi Kejohanan Piala Asia dari 24 Ogos hingga 1 Sept di Ipoh, Perak. Beliau berkata, ketangkasan dan semangat perjuangan mendiang adalah tiada tandingan. Boon Huat, 33, maut dalam kemalangan jalan raya di KM 10.4, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), dekat Petaling Jaya, Khamis lepas. "Tetapi saya yakin dengan skuad yang sedia ada. Mereka mempunyai kualiti yang unik dan akan memberi komitmen sepenuh pada kejohanan itu nanti," katanya pada sidang media bagi mengumumkan senarai 16 pemain untuk kejohanan itu di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini. Revington berkata beliau mahu skuad itu memberi tumpuan sepenuh pada kejohanan itu serta mengharumkan nama negara. Tambahnya, dua lagi pemain akan diumumkan pada 16 Ogos ini. - Bernama |
Penduduk Kuala Penyu, Menumbok bakal nikmati bekalan air lebih baik Posted: Penduduk Kuala Penyu, Menumbok bakal nikmati bekalan air lebih baik06/08/2013 9:06pm KUALA PENYU - Sambutan Aidilfitri penduduk di kawasan Kuala Penyu dan Menumbok kini lebih bermakna apabila bekalan air dapat disalurkan ke seluruh kawasan berkenaan, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, Tan Sri Pairin Kitingan. Beliau berkata, kerajaan melalui jabatan air sentiasa berusaha untuk membaiki dan menaik taraf bekalan air bersih ke kawasan yang memerlukan khususnya di luar bandar. "Sejumlah RM47.7 juta telah diperuntukkan kerajaan bagi menampung projek bekalan air ini ke seluruh kawasan yang meliputi sepanjang 26.6km," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran pengepaman air ke daerah kecil Menumbok di sini. Katanya, melalui sistem paip transmisi dari Limbawang ke stesen pam penggalak Tamu Kayul itu, ia mampu membekalkan air dan mengatasi masalah bekalan air terutamanya pada musim kemarau kepada penduduk di kawasan itu. "Sejumlah sembilan juta liter air sehari mampu dibekalkan kepada 90 peratus penduduk setempat yang meliputi 3,600 buah rumah berbanding enam juta liter sehari sebelum ini," katanya. Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap anggota Parlimen, Datuk Azizah Mohd. Dun dan anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu, Limus Juri. Menurut Pairin, projek tersebut akan menggantikan sistem paip lama yang tidak mampu menampung jumlah bekalan air ke setiap kawasan sehingga berlakunya saluran paip pecah. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan