Kosmo Online - Negara |
- Bos sindiket palsu dokumen ditahan
- Koperal sembunyi maklumat pengganas dijel 7 tahun
- Peniaga ayam maut digilis penyamun
Bos sindiket palsu dokumen ditahan Posted: Bos sindiket palsu dokumen ditahanOleh ATIKAH DALI
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki Iran yang merupakan ketua sindiket pemalsuan dokumen terbesar bagi tujuan penyeludupan rakyat Iran ke Asia Tenggara dan negara-negara Eropah ditahan pihak berkuasa negara ini pada Sabtu lalu. Seyed Ramin Miraziz Paknejad, 45, ditahan pada pukul 4.45 petang di hadapan bangunan Perkeso, Jalan Ampang di sini pada 3 Ogos lalu. Turut ditahan ialah isteri Seyed, seorang wanita berusia 41 tahun. Pasangan itu sudah setahun bersembunyi di negara ini. Ketika ditahan, pasangan yang menaiki kereta BMW itu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan. Pengarah Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi) Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, pasangan itu disyaki terlibat dalam membuat dan menjual dokumen palsu kepada sindiket penyeludupan manusia termasuk kepada pengganas. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Koperal sembunyi maklumat pengganas dijel 7 tahun Posted: Koperal sembunyi maklumat pengganas dijel 7 tahunOleh MUSTAPA LAKAWA
KOTA KINABALU – Seorang anggota polis dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam atas kesalahan menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan pengganas di Sabah pada Februari lalu. Hakim P. Ravinthran menjatuhkan hukuman itu ke atas Koperal Hassan Ali Basari selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Dalam prosiding semalam, mahkamah turut memerintahkan tertuduh yang berusia 61 tahun menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditahan iaitu pada 3 Mac lalu. Mengikut pertuduhan, Hassan yang bertugas di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan berasal dari Semporna, Sabah didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Ketua Cawangan Khas IPD berkenaan antara Januari hingga 3 Mac 2013. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Peniaga ayam maut digilis penyamun Posted: Peniaga ayam maut digilis penyamunOleh NUR AISHAH AMIN PASAR MALAM, lokasi Rohani berniaga ayam sebelum dia maut digilis penjenayah di Taman Serdang Raya, Selangor kelmarin. SERDANG – Seorang peniaga ayam menemui ajal dalam keadaan menyayat hati apabila dia digilis oleh sekumpulan lelaki yang melarikan lorinya di Jalan Serdang Raya 6/3, Taman Serdang Raya di sini kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 10 malam, dua hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, Rohani Harun, 50, meninggal dunia akibat cedera parah di dada selepas lebih sejam menerima rawatan di Hospital Serdang di sini. Kejadian malang itu berlaku selepas Rohani yang merupakan ibu kepada enam anak baru sahaja selesai berniaga di pasar malam Jalan Serdang Raya, kira-kira 500 meter dari tempat kejadian. Ketika kejadian, mangsa memandu lori seorang diri manakala suaminya, Yahaya Ishak, (gambar kecil) 62, dan anak lelaki mereka, Mohd. Haikal Hafiz, 8, menaiki kereta berasingan untuk pulang ke rumah di Taman Serdang Jaya di sini. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata, mangsa memberhentikan kenderaannya selepas tiga lelaki berparang memintas lori itu sebelum menarik mangsa keluar. "Mangsa cuba menahan lorinya yang dirampas suspek namun penjenayah itu bertindak kejam merempuh dan menyeret wanita tersebut sebelum meninggalnya beberapa meter dari lokasi kejadian. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan