Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Zambry bawa 113 anak angkat beli-belah
- Pulai Desaru rai 60 anak yatim
- Maggi edar 11,000 bungkus bubur lambuk di Kota Bharu
Zambry bawa 113 anak angkat beli-belah Posted: Zambry bawa 113 anak angkat beli-belahZAMBRY dan Saripah (tengah) menyampaikan sumbangan hari raya kepada 113 orang anak angkat mereka di Ipoh baru-baru ini. BELI-BELAH. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli membawa 113 anak angkat mereka membeli pakaian raya di pasar raya besar Mydin Meru Raya, Ipoh, Perak baru-baru ini. Zambry berkata, kesemua kanak-kanak dan remaja berusia antara 11 hingga 15 tahun itu diambil menyertai Program Anak Angkat Menteri Besar Perak dikendali Yayasan Bina Upaya sejak empat tahun lalu. Beliau berkata, selain diberi peluang memilih pakaian mengikut kehendak sendiri, anak-anak angkatnya yang terdiri daripada golongan miskin tegar dari seluruh Perak tersebut turut menerima duit raya sebanyak RM100. "Semoga dengan pembelian baju raya ini, mereka sama-sama akan merasai kemeriahan Aidilfitri," katanya. |
Pulai Desaru rai 60 anak yatim Posted: Pulai Desaru rai 60 anak yatimSERAMAI 60 orang anak yatim diraikan dalam majlis berbuka puasa anjuran Pulai Desaru Beach Resort & Spa di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor baru-baru ini. BERBAKTI. Pulai Desaru Beach Resort & Spa menceriakan 60 orang anak yatim dari Sekolah Kebangsaan Sri Setia Jaya, Tanjung Sedili dan sekitar Bandar Penawar di Kota Tinggi, Johor dalam satu majlis berbuka puasa yang diadakan di resort berkenaan baru-baru ini. Mereka dihidangkan dengan pelbagai juadah tradisional dan antarabangsa menyelerakan yang disediakan khas oleh pihak hotel. Selepas menikmati juadah, majlis dimeriahkan lagi dengan aktiviti dan kuiz serta sambutan hari jadi anak-anak yatim yang lahir dari bulan Januari hingga Julai. Program kemudian diakhiri dengan pengagihan duit raya dan cenderamata oleh pihak pengurusan hotel serta Kelab Sukan dan Kebajikan Pulai Desaru Beach Resort & Spa. |
Maggi edar 11,000 bungkus bubur lambuk di Kota Bharu Posted: Maggi edar 11,000 bungkus bubur lambuk di Kota BharuMOHD. MUSLIM (empat dari kanan) bersama kakitangan Majlis Perbandaran Kota Bharu mengacau bubur lambuk sempena program amal Ramadan di Stadium Sultan Muhammad IV baru-baru ini. BERAMAL. Maggi menyediakan 11,000 bungkus bubur lambuk sempena program Amal Ramadan yang diagihkan kepada orang ramai di lapan tempat berasingan di sekitar Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini. Pengurus jualannya, Mohd. Muslim Rani berkata, program tersebut melibatkan aktiviti memasak bubur lambuk menggunakan produk baharu Maggi bersama anak-anak yatim dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di beberapa tempat yang telah dikenal pasti. "Bagi program yang pertama ini kita telah menyediakan sebanyak 5,000 bungkus bubur itu dimasak untuk diagihkan kepada orang ramai di sekitar Stadium Sultan Muhammad IV," katanya ketika ditemui baru-baru ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan