Sabtu, 6 Julai 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


SKMM perlu wujud mekanisme terbaik tangani tentera siber - Wan Junaidi

Posted:

SKMM perlu wujud mekanisme terbaik tangani tentera siber - Wan Junaidi

SKMM perlu wujud mekanisme terbaik tangani tentera siber - Wan Junaidi

06/07/2013 8:48pm

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) perlu merangka mekanisme terbaik untuk memantau serta menangani pelbagai isu yang dicetuskan di alam siber bagi memastikan ia tidak menggugat kestabilan negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, SKMM perlu lebih proaktif dalam tindakan mereka, terutama dalam menangani propaganda 'tentera siber' yang dikaitkan dengan pembangkang.

Ini bagi memastikan agenda yang cuba diketengah tidak menjurus kepada timbulnya ketegangan dalam masyarakat.

"Memang daripada sudut yang kita lihat, ada tindakan pihak tertentu cuba mempromosi kempen politik mereka sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara, jadi dalam hal ini, SKMM perlu bertindak mengawal perkara itu.

"Sekiranya ini sudah tidak boleh dikawal sehingga menjejaskan keselamatan dalam negeri, maka pihak polis akan bertindak," katanya.

Wan Junaidi berkata, segala tohmahan keterlaluan yang dilempar di media sosial, jika tidak dibendung, boleh menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat. - Bernama

Kapal APMM selamatkan tiga nelayan Indonesia di perairan Lumut

Posted:

Kapal APMM selamatkan tiga nelayan Indonesia di perairan Lumut

Kapal APMM selamatkan tiga nelayan Indonesia di perairan Lumut

06/07/2013 8:46pm

LUMUT - Sebuah kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia di perairan Lumut - kira-kira 32.5 batu nautika dari barat laut Pangkor di sini petang semalam, selepas hanyut apabila bot mereka kerosakan enjin.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 3 Lumut, Kapten (M) Abdul Razak Johan berkata, ketiga-tiga nelayan itu diselamatkan oleh kapal APMM berpangkalan di sini yang sedang dalam perjalanan untuk operasi dan menyelamat seorang pemancing tempatan yang hilang di laut.

"Kapal APMM menemui bot mereka yang terapung-apung serta terdapat awak-awak dalam keadaan yang tidak bermaya. Pemeriksaan mendapati enjin bot mereka rosak dan ketiga-tiga nelayan telah hanyut di laut selama tiga hari tanpa bekalan makanan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, bot tersebut berpangkalan di Aceh Tamiang, Acheh manakala ketiga-tiga nelayan itu dikenali sebagai Bransyah, 34; Maad Kurniaan, 23; dan Tengku Darma, 17 tahun.

Kapal APMM kemudiannya menunda bot terbabit ke jeti perikanan Kampung Acheh di sini bagi tujuan penyerahan kepada Kedutaan Indonesia dan pembaikan enjin bot, katanya. - Bernama

Pelancong Vietnam maut ditikam

Posted:

Pelancong Vietnam maut ditikam

Pelancong Vietnam maut ditikam

06/07/2013 7:36pm

KUALA LUMPUR - Seorang pelancong lelaki Vietnam mati dipercayai akibat ditikam pemandu pelancong rakyat tempatan di sebuah hotel di Cheras di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata, dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, suspek yang berumur 44 tahun itu dipercayai menikam mangsa berusia 23 tahun susulan pergaduhan antara mereka.

"Mereka pada mulanya bergaduh di sebuah bilik di tingkat empat hotel itu dan ini berlarutan ke tingkat satu. Mayat mangsa ditemui dalam keadaan bogel di bawah tangga tingkat satu," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, polis menjumpai sebilah pisau di tempat kejadian dan suspek diberkas bersama sebilah lagi pisau di bilik tingkat empat itu.

"Ketika ditahan, suspek hanya berseluar dalam dengan beberapa kecederaan di bahagian badan," katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved