Sabtu, 6 Julai 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Maut diserang ketika lari berbogel

Posted:

Maut diserang ketika lari berbogel

Maut diserang ketika lari berbogel

Oleh NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my

LOKASI seorang pelancong warga Vietnam ditemui mati dengan kesan tikaman di Cheras semalam.


KUALA LUMPUR - Pertelingkahan antara dua lelaki di dalam sebuah bilik hotel dekat Cheras di sini semalam berakhir apabila seorang daripadanya, pelancong warga Vietnam maut akibat ditikam.

Dalam kejadian pada pukul 5.38 pagi itu, suspek, warga tempatan berusia 44 tahun yang hanya memakai seluar dalam mengejar mangsa sambil memegang dua bilah pisau dari sebuah bilik di tingkat empat hotel tersebut.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, kedua-dua lelaki itu dipercayai bergaduh di dalam bilik sebelum suspek mengejar mangsa yang dalam keadaan bogel ke tingkat satu.

"Mangsa yang berusia 23 tahun diserang di kawasan tangga tingkat satu hotel berkenaan dan mati di tempat kejadian akibat cedera parah," katanya ketika ditemui di Balai Polis Alam Damai di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

'Mak, ayah tiri kita jahat'

Posted:

'Mak, ayah tiri kita jahat'

'Mak, ayah tiri kita jahat'

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my


AHMAD bersama isteri, Toh Puan Norliza Mahmud melawat tiga beradik mangsa dera ibu dan bapa tiri di HSNZ di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Budak mangsa dera, Mohd. Rafiq Haikal Yusman enggan memaafkan ibu kandung dan bapa tirinya atas perbuatan kejam pasangan itu mendera dia dan dua adik lelakinya, Mohd. Aqil Zaquan, 2, serta Mohd. Afiq Hazwan, 5, di sebuah rumah di Gong Badak di sini.

Kanak-kanak berusia tujuh tahun itu, berkata, ibu dan bapa tirinya zalim apabila sanggup melihat dua jari kaki kirinya mengalami kecacatan kekal akibat melecur apabila disimbah air panas beberapa bulan lepas.

Menurutnya, dia dan dua adiknya itu juga diperlakukan seperti binatang apabila diikat dengan tali, dicucuh puntung rokok dan kena gantung pada kipas.

Katanya, dia percaya nasib malang itu tidak akan menimpa ke atas dirinya dan dua adiknya jika bapa kandungnya masih hidup dan tinggal bersama.

"Kami tidak suka dan tidak sayang mak dan ayah (tiri) kita, sebab dia jahat, ayah (kandung) baik kita dah mati, kita tak akan maafkan mak dan ayah yang jahat itu.

"Kami kena ikat dengan tali, dicucuh (puntung) rokok, kena gantung pada kipas, kena simbah air panas dan banyak lagi," ceritanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

KPDNKK lancar Ops Harga 2013

Posted:

KPDNKK lancar Ops Harga 2013

KPDNKK lancar Ops Harga 2013

Oleh RAIS YEOP JOHARI


HASAN (tiga dari kiri) meninjau harga daging lembu selepas melancarkan Ops Harga 2013 peringkat kebangsaan di Pasar Besar Seremban semalam.


SEREMBAN – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek semalam melancarkan Ops Harga 2013 untuk menangani isu kenaikan harga barangan keperluan sempena bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut beliau, seramai 1,845 anggota penguat kuasa di seluruh negara akan digerakkan bagi menjayakan operasi tersebut.

Selain itu, katanya, seramai 1,071 pegawai pemantau harga kementerian akan melakukan pemantauan bagi mengesan kenaikan harga.

"Operasi itu juga bertujuan memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan memanipulasi harga dan mematuhi perundangan di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Ops Harga 2013 peringkat kebangsaan di Pasar Besar Seremban di sini.

Ops Harga 2013 dilancarkan serentak di seluruh negara semalam.

Hasan berkata, dalam usaha menyekat kenaikan harga yang tidak berpatutan, tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada peniaga di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatuan 2011.

Menurutnya, individu yang melakukan kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

"Bagi syarikat yang melakukan kesalahan tersebut, mereka berhadapan denda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000," katanya.

Orang ramai yang ingin membuat laporan mengenai kenaikan harga barangan, boleh hubungi KPDNKK di talian hotline 1800-886-800.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved