Jumaat, 12 Julai 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Bekas Ketua Menteri Melaka, Abu Zahar meninggal dunia

Posted:

Bekas Ketua Menteri Melaka, Abu Zahar meninggal dunia

Bekas Ketua Menteri Melaka, Abu Zahar meninggal dunia

12/07/2013 10:09pm

JASIN - Bekas Ketua Menteri Melaka yang kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Isnin, 74, meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang petang tadi.

Allahyarham meninggal dunia pada pukul 5.50 petang di kediamannya di Kampung Merlimau Pasir, Merlimau di sini.

Anak lelaki tunggal yang juga merupakan anak kelima Allahyarham, Muhd. Idi Iskandar, 34, berkata, ayahnya mula dimasukkan di Hospital Gleneagles, Ampang sejak hujung Mei lalu akibat komplikasi buah pinggang dsn kencing manis.

"Ayah kemudian dipindahkan ke Hospital Melaka pada Isnin lalu sebelum dibenarkan pulang malam semalam.

"Dia bagaimanapun meninggal dunia di hadapan seluruh ahli keluarga petang tadi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jenazah Abu Zahar dijangka dikebumikan di makam pahlawan di Masjid Al-Azim, Bukit Palah esok. - KOSMO!

TH Hotel Terengganu urus jemaah haji pantai timur tahun ini

Posted:

TH Hotel Terengganu urus jemaah haji pantai timur tahun ini

TH Hotel Terengganu urus jemaah haji pantai timur tahun ini

12/07/2013 8:48pm

KUALA TERENGGANU - Bermula tahun ini urusan jemaah haji dari pantai timur akan dilakukan di TH Hotel & Convention Centre (THHT) yang terletak satu kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini.

Pengurus Besar, THHT Malizan Zakaria berkata, segala urusan termasuk

pemeriksaan kesihatan, imigresen dan sebagainya sebelum jemaah berangkat ke tanah suci akan dibuat di hotel bernilai kira-kira RM75 juta itu.

"THHT terbahagi kepada dua bahagian iaitu sebahagian dikhaskan untuk urusan haji manakala sebahagian lagi dibuka sebagai hotel biasa," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurutnya, sebanyak enam penerbangan dijadual berlepas dari LTSM bermula 17 hingga 26 Sept membabitkan jemaah dari Kelantan, Pahang dan Terengganu.

"Bagi jemaah dari Kelantan atau Pahang yang akan berlepas ke tanah suci pada penerbangan pagi, keluarga mereka akan menginap di hotel baharu itu," katanya. - Bernama

Loket radioaktif memudaratkan kesihatan, sebabkan kancer

Posted:

Loket radioaktif memudaratkan kesihatan, sebabkan kancer

Loket radioaktif memudaratkan kesihatan, sebabkan kancer

12/07/2013 8:46pm

PUTRAJAYA - Orang ramai dinasihat agar tidak membeli dan menggunakan loket yang diperbuat daripada abu gunung berapi dan mengandungi

bahan radioaktif semulajadi (NORM) kerana ia memudaratkan kesihatan dan boleh menyebabkan kanser.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, loket itu mengandungi NORM Uranium-238 serta Thorium-232, dan pemakaian berterusan selain dos sinaran berlebihan akan memberi kesan bahaya khususnya kepada kanak-kanak, wanita hamil dan ibu menyusu.

Beliau berkata, laporan analisis pengujian ke atas sampel loket (Quantum

Pendant, Fusion Excel) yang dijalankan Makmal Standard Dosimetri Sekunder (SSDL) di Agensi Nuklear Malaysia mendapati kepekatan keaktifan bagi bahan radioaktif semulajadi Thorium-232 dan Uranium-238 adalah melebihi had yang dibenarkan.

"Saya menasihatkan orang ramai agar tidak membeli dan menggunakan loket radioaktif ini kerana penggunaannya tidak memberi sebarang faedah perubatan.

"Kajian juga mendapati ia akan memberi kesan risiko kesihatan seperti kanser atau kesan genetik kepada pemakainya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved