Kosmo Online |
- Pasukan petugas bantu sektor pelancongan Sabah
- 31,000 liter diesel subsidi dirampas di sebuah stor
- Geng kongsi gelap cedera ditembak rakan
Pasukan petugas bantu sektor pelancongan Sabah Posted: Pasukan petugas bantu sektor pelancongan Sabah28/03/2013 11:04pm KUALA LUMPUR - Sebuah pasukan petugas akan ditubuhkan bagi membantu memulihkan industri pelancongan di Sabah yang terjejas akibat ancaman pengganas di Lahad Datu. Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, pasukan itu akan diwakili kementeriannya, Lembaga Pelancongan Sabah serta pengusaha industri pelancongan di Sabah. Pasukan itu berperanan memastikan promosi yang lebih agresif selain menunjukkan kepada dunia bahawa Sabah masih selamat untuk dikunjungi. "Kami sedang bekerja keras untuk menangani situasi ini. Yang pertama, kita akan undang rakan media untuk melawat Sabah terutama Sandakan, Tawau dan Semporna agar mereka dapat lihat sendiri kestabilan di situ. "Yang kedua semua acara pelancongan di Sabah seperti Regatta Lepa Lepa yang akan diadakan di Semporna pada minggu terakhir April, akan berlangsung seperti dirancang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Festival Kasut Antarabangsa Malaysia (MISF) 2013, di sini hari ini. Ng berkata berdasarkan kajian oleh kementeriannya, kadar penginapan hotel di Sabah turun 35 peratus termasuk di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau, selepas kejadian pencerobohan itu. - Bernama |
31,000 liter diesel subsidi dirampas di sebuah stor Posted: 31,000 liter diesel subsidi dirampas di sebuah stor28/03/2013 10:10pm JOHOR BAHRU – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Johor berjaya merampas 31,000 liter diesel subsidi bernilai RM55,800 di sebuah stor di Saleng, Senai di sini kelmarin. Pegawai Penguatkuasanya, Nor Azmi Lamisza (gambar) berkata, dalam serbuan pukul 5.30 petang itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 30-an yang merupakan penjaga stor berkenaan. Katanya, kesemua minyak tersebut dipercayai diperoleh daripada stesen-stesen minyak di Johor Bahru, Skudai dan Kulaijaya sebelum dijual semula kepada pihak industri. "Kami menemui 31,000 liter minyak yang disimpan di dalam sebuah tangki dan kita percaya, kegiatan ini bermula lebih sebulan lalu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - KOSMO! |
Geng kongsi gelap cedera ditembak rakan Posted: Geng kongsi gelap cedera ditembak rakan28/03/2013 10:05pm SABAK BERNAM – Akibat perselisihan faham mengenai kegiatan dadah, seorang lelaki dipercayai ahli geng kongsi gelap cedera ditembak rakan sendiri di sebuah rumah di Taman Perpaduan di sini pukul 7.30 malam kelmarin. Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 33 tahun cedera di leher selepas terkena satu daripada tiga das tembakan yang dilepaskan ke arahnya. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, kejadian terbongkar selepas polis menerima laporan daripada seorang anggota polis di Hospital Sabak Bernam mengenai seorang lelaki yang dimasukkan ke hospital itu kerana mengalami kecederaan di kaki akibat ditembak pada pukul 9 malam kelmarin. "Motif kejadian dipercayai berpunca akibat perselisihan faham berhubung penglibatan mereka berdua dalam kegiatan dadah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - KOSMO! |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan