Kosmo Online - Negara |
- Kampung Tanduo tinggal nama
- Pengawal peribadi Datu Piah serang polis mati ditembak
- Najib jumpa pengerusi BN negeri
Posted: Kampung Tanduo tinggal namaOleh MUSTAPA LAKAWA
LAHAD DATU - Insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo di sini bukan sahaja mengorbankan banyak nyawa, malah turut melenyapkan identiti kampung nelayan itu yang telah wujud sejak 50 tahun lalu. Atas aspek keselamatan, kampung yang terletak dalam gugusan Tanjung Labian di Felda Sahabat itu bakal tinggal nama apabila 20 keluarga yang merupakan penghuni asal kampung tersebut akan dipindahkan ke Kampung Sungai Mira dekat sini. Jarak antara Kampung Sungai Mira dengan Kampung Tanduo ialah kira-kira 20 kilometer. Proses pemindahan penduduk yang kebanyakannya kini ditempatkan di pusat penempatan sementara akan dilakukan dalam masa terdekat. Pegawai Daerah Lahad Datu, Zulkifli Nasir ketika mengesahkan perkara itu memberitahu, cadangan pemindahan tersebut telah dipersetujui Majlis Keselamatan Negara dan pasukan keselamatan sebelum dikemukakan kepada kerajaan negeri. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Pengawal peribadi Datu Piah serang polis mati ditembak Posted: Pengawal peribadi Datu Piah serang polis mati ditembakBEBERAPA anggota polis mengangkat mayat Salib yang mati ditembak di sebuah rumah di Simunul, Semporna semalam. LAHAD DATU - Seorang panglima yang juga pengawal peribadi kepada Datu Piah mati selepas ditembak oleh pasukan keselamatan ketika menyerang polis di sebuah rumah atas air di Simunul, Semporna semalam. Lelaki yang dikenali sebagai Salib Sampang atau Imam Mas berusia 50-an itu dipercayai adalah orang kuat Datu Piah yang menetap di kampung tersebut. Dalam operasi pada pukul 10 pagi itu, pasukan keselamatan turut menahan enam orang termasuk dua wanita dengan salah seorang daripadanya dipercayai isteri kepada Salib serta seorang lelaki lain dikenali sebagai Totok. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kejadian berlaku apabila sepasukan anggota keselamatan pergi ke perkampungan tersebut yang majoritinya didiami warga Filipina untuk melakukan operasi pemeriksaan. Katanya, bagaimanapun, penghuni di salah sebuah rumah kayu di kampung itu enggan memberi kerjasama kepada pihak polis yang mahu memeriksa rumah tersebut. "Apabila seorang pegawai berpangkat Deputi Superintendan memecahkan pintu, seorang lelaki yang bersenjata parang bertindak agresif menyerang dan cuba menetak pegawai itu bertubi-tubi. "Ketika kejadian, pegawai polis itu bernasib baik kerana sempat mengelak manakala suspek yang enggan menyerah diri mati ditembak," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Najib jumpa pengerusi BN negeri Posted: Najib jumpa pengerusi BN negeriKENDERAAN pelbagai guna yang dinaiki Mohd. Zin meninggalkan pekarangan Kompleks Perdana Putra, Putrajaya selepas mengadakan pertemuan dengan Najib di kompleks itu semalam. PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bertemu beberapa pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri di pejabatnya di Kompleks Perdana Putra di sini, meningkatkan lagi bahang spekulasi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin hampir. Perjumpaan itu dipercayai membincangkan senarai calon BN yang akan bertanding di setiap negeri dan persiapan mutakhir mereka. Kelihatan memasuki pekarangan kompleks itu ialah Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam. Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Parlimen Sepang, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor juga dilihat hadir. Turut sama ialah Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Bagaimanapun, tiada seorang pun daripada mereka yang hadir berhenti untuk ditemu bual petugas media yang berkumpul menunggu mereka di hadapan pejabat Perdana Menteri di sini seawal pukul 9.30 pagi. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan