Khamis, 28 Mac 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Kapal tentera AS dipotong di Laut Sulu

Posted:

Kapal tentera AS dipotong di Laut Sulu

Kapal tentera AS dipotong di Laut Sulu

BAHAGIAN depan kapal itu diangkat dengan menggunakan sebuah kren selepas ia dipotong di Terumbu Tubbataha, Laut Sulu kelmarin.- AP


MANILA - Badan depan sebuah kapal pembersih periuk api milik tentera Amerika Syarikat (AS), USS Guardian dipotong selepas ia terperangkap di Terumbu Tubbataha di Laut Sulu, lapor akhbar Philippine Daily Inquirer semalam.

Jurucakap Pasukan Pengawal Pantai Filipina, Leftenan Komander Armand Balilo berkata, sebuah pasukan berjaya melakukan operasi tersebut.

Badan kapal yang dipotong itu diletakkan di dalam sebuah tongkang kelmarin.

Menurutnya, pasukan penyelamat akan melakukan operasi memotong baki bahagian badan kapal itu.

Operasi memotong bahagian kapal sepanjang 68 meter itu bermula sejak 22 Februari lalu.

Bagaimanapun, operasi memotong itu terpaksa ditangguhkan kerana cuaca buruk.

Operasi memotong kapal itu dilakukan dengan menggunakan sebuah kren di atas sebuah kapal lain.

Kapal itu terkandas pada 17 Januari lalu selepas ia tersilap memasuki kawasan terumbu karang. - Agensi

Gempa bumi kuat di Taiwan

Posted:

Gempa bumi kuat di Taiwan

Gempa bumi kuat di Taiwan

REKAHAN juga terdapat di dalam sebuah bangunan di daerah Dali, Taichung selepas gempa bumi berlaku.- REUTERS


TAIPEI - Satu gempa bumi kuat melanda sebuah kawasan di luar bandar Taiwan menyebabkan beberapa buah bangunan mengalami rekahan dan bergoyang semalam, kata beberapa pegawai.

Menurut mereka, gempa bumi itu menyebabkan kanak-kanak sekolah mencari tempat berlindung dan mencederakan seorang pekerja pejabat.

Biro Pusat Kaji Cuaca berkata, gempa bumi yang berukuran 6.1 magnitud itu dapat dirasai di keseluruhan kepulauan Taiwan.

Pusat gempa bumi itu terletak pada kedalaman 15 kilometer (km) dan 48km ke timur Nantou.

Ia turut menggegarkan bangunan-bangunan di Taipei.

Nantou terletak 250 kilometer ke selatan Taipei.

Seorang wanita berusia 72 tahun mati dekat pusat bandar apabila sebuah dinding runtuh menghempapnya.

Menurut Agensi Bomba Kebangsaan, gempa bumi itu turut menyebabkan 19 orang cedera.

Beberapa pegawai berkata, beberapa landasan kereta api berkelajuan tinggi akan diperiksa selepas perkhidmatan pengangkutan itu dihentikan buat sementara.

Menurut mereka, satu bahagian siling sebuah pejabat pentadbiran di Nantou County terjatuh dan menyebabkan seorang pekerja di pejabat itu tercedera.

Gempa bumi itu juga menyebabkan kebakaran berlaku di sebuah rumah di Nantou yang menyebabkan seorang penduduk mati tetapi api berjaya dipadamkan.

Seramai lima orang terperangkap di dalam lif semasa gempa bumi itu berlaku.

Bagaimanapun, mereka kemudian dapat diselamatkan. - Agensi

Walrus jantan jadi tumpuan di zoo Jerman

Posted:

Walrus jantan jadi tumpuan di zoo Jerman

Walrus jantan jadi tumpuan di zoo Jerman


HERING-HAGENBECK (kiri) berdiri dekat walrus jantan
bernama Odin di Zoo Hagenbeck, Hamburg kelmarin.- AFP


HAMBURG - Seekor walrus jantan yang bernama Odin menjadi tumpuan di Zoo Hagenback di sini kerana beratnya dianggarkan mencecah 1,678 kilogram (kg), lapor akhbar dalam talian MailOnline semalam.

Haiwan itu dihantar ke sini dari sebuah zoo di Moscow, Rusia baru-baru ini.

Dua orang penjaga haiwan tersebut turut dibawa bersama bagi membantu walrus itu menghadapi persekitaran yang baharu.

Pengarah Zoo Hagenbeck, Stephen Hering-Hagenbeck turut belajar tentang makanan yang perlu diberikan kepada haiwan tersebut daripada dua penjaga Rusia itu.

Ikan merupakan makanan haiwan itu.

Walrus merupakan haiwan yang hidup di wilayah Artik.

Haiwan jantan walrus boleh mencecah berat lebih 1,700kg.

Bilangan haiwan itu jatuh dengan mendadak pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 kerana ia diburu oleh manusia untuk mendapatkan lemak dan gadingnya. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved