Jumaat, 22 Mac 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Ashun curi tumpuan di Kejohanan Golf Terbuka Malaysia Maybank 2013

Posted:

Ashun curi tumpuan di Kejohanan Golf Terbuka Malaysia Maybank 2013

Ashun curi tumpuan di Kejohanan Golf Terbuka Malaysia Maybank 2013

22/03/2013 10:36pm

KEBANGKITAN pemain China, Wu Ashun yang mengikat kedudukan sebagai pendahulu pusingan kedua, berjaya mencuri perhatian pada Kejohanan Golf Terbuka Malaysia Maybank (MMO) 2013.

Lima birdie yang dicatat sepanjang aksi semalam, pemain berusia 28 tahun itu nyata teruja apabila berjaya menamatkan saingan dengan sembilan pukulan bawah par 135 keseluruhan.

"Putting saya benar-benar menjadi dan itu sudah cukup menggembirakan saya," katanya selepas selesai aksi pusingan kedua di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC), Bukit Kiara semalam.

"Saya berjaya membaca keadaan lapangan dengan baik dan mengharungi permainan dengan tenang. Itu antara faktor terhadap keberkesanan prestasi saya hari ini (semalam)," tambahnya yang pernah beraksi di KLGCC pada tahun 2010.

Ashun yang mencatat empat bawah par 68 semalam, mengakui amat penting untuk bermain dengan strategi yang betul.

"Pemilihan club yang betul untuk membuat pukulan juga amat penting. Di samping itu, saya perlu berada dalam keadaan yang bertenaga," katanya yang kini berada di ranking ke-190 dunia.

Enggan berada dalam tekanan selepas berjaya menyamakan kedudukan dengan pemain tumpuan dari Afrika Selatan, Charl Schwartzel, Ashun menyatakan bahawa dia akan terus mengekalkan corak permainannya untuk mengharungi perlawanan seterusnya.

"Saya akan terus bermain dengan tenang dan menikmati permainan saya walaupun sedar, saingan selepas ini akan lebih mencabar," ulasnya. - KOSMO!

Raikkonen catat masa terpantas

Posted:

Raikkonen catat masa terpantas

Raikkonen catat masa terpantas

22/03/2013 10:33pm

BEKAS juara dunia, Kimi Raikkonen merakam masa terpantas dengan jentera Lotus F1 pada sesi latihan kedua perlumbaan kereta Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia 2013 di Litar Sepang semalam.

Dalam keadaan separuh litar basah ekoran hujan selama lima minit sebelum sesi semalam berakhir, pemandu Finland itu mencatat masa satu minit 36.569 saat pada pusingan ke-28 dalam sesi selama 90 minit itu.

Pencapaian itu sekali gus meningkatkan keyakinan pe lumba berusia 33 tahun itu untuk memburu gelaran kedua musim ini setelah mengungguli perlumbaan pembuka tirai pada Grand Prix Australia di Melbourne, minggu lepas.

Ketinggalan 0.109 saat di belakang Raikkonen, ialah pemandu pasukan Infiniti Red Bull Racing, Sebastian Vettel dari Jerman diikuti Felipe Massa (1:36.661s) dari pasukan Scuderia Ferrari.

Tempat keempat disandang oleh rakan Massa, Fernando Alonso dengan catatan 1:36.985s dan pemandu terpantas sesi pertama, Mark Webber dari Infiniti Red Bull Racing yang mencatatkan masa kelima terpantas dengan 1:37.026s.

"Saya fikir, ia agak luar biasa hari ini (semalam) apabila pada sesi kedua, sebahagian daripada trek basah dan sebahagian lagi kering, tetapi semuanya kering dengan cepat. Kami tidak dapat melakukan banyak perkara kerana cuaca.

"Pada sebelah pagi, semua nampak seperti biasa wa laupun tayar tidak tahan lama. Kami perlu mencuba beberapa perkara lagi untuk memperbaiki jentera dan melangkah setapak lagi," kata Raikkonen, juara dunia musim 2007 itu.

Dalam pada itu, Webber berkata sesi latihan itu berjalan lancar tetapi mereka perlu memperbaiki beberapa perkara lagi bagi mencari rentak.

"Tayar masih merupakan masalah utama," katanya.

Sementara itu, pemandu pasukan Caterham F1 Team, Charles Pic (Perancis) dan Giedo Van der Garde (Belanda) masing-masing mencatat masa ke-20 dan 21 terpantas dengan 1:40.757s dan 1:40.768s. - KOSMO!

Putera Mahkota Bahrain kunjungi Najib

Posted:

Putera Mahkota Bahrain kunjungi Najib

Putera Mahkota Bahrain kunjungi Najib

22/03/2013 10:30pm

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat Putera Mahkota Bahrain, Putera Salman Hamad Al-Khalifa.

Putera Salman yang juga Timbalan Perdana Menteri Pertama Bahrain berada di sini bagi melakukan lawatan kerja tiga hari ke Malaysia dan lawatan itu merupakan lawatan peringkat tinggi pertama pemimpin Bahrain ke negara ini sejak 2012.

Dalam kenyataannya, Wisma Putra melahirkan keyakinan Malaysia bahawa kunjungan Putera Salman akan mengukuhkan hubungan baik sedia ada antara Malaysia dan Bahrain.

Bahrain adalah rakan perdagangan kesembilan terbesar bagi Malaysia di Timur Tengah dengan nilai dagangan antara kedua-dua negara berjumlah RM901.27 juta. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved