Jumaat, 22 Mac 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Dekatkan anak istimewa dengan sukan

Posted:

Dekatkan anak istimewa dengan sukan

Dekatkan anak istimewa dengan sukan

Oleh ZULHILMI JALIL

WALAUPUN diklasifikasikan sebagai orang kelainan upaya, Zaim Abu Hirzan Zaidan (tiga dari kiri) sentiasa bersemangat untuk bersukan.


FIZIKAL Zaim Abu Hirzan Zaidan, 17, sama seperti remaja lain yang seusia dengannya. Walaupun pada zahirnya, dia nampak sempurna, namun hakikatnya ada kekurangan yang tersembunyi pada diri anak muda itu.

Biarpun mempunyai masalah intelektual (terencat akal ringan), pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur itu cukup bijak berkata-kata ketika ditemubual wartawan.

Dia yang lebih mesra disapa dengan panggilan Zaim ketika ditemui di Bengkel Pendidikan Media - The Power of Sports yang dianjurkan oleh Procter & Gamble Malaysia (P&G) dan Sukan Olimpik Istimewa Malaysia (SOM) itu langsung tidak menunjukkan sebarang kekurangan yang ada pada dirinya.

Zaim antara insan yang tergolong sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) intelektual di bawah program SOM.

Siapa sangka, dua tahun lalu, Zaim pernah mengharumkan nama negara dengan membawa pulang satu pingat perak dan sebutir gangsa menerusi acara boling individu lelaki dan berpasukan pada kejohanan Sukan Istimewa Olimpik Dunia 2011 sempena musim panas di Athens, Greece.

Kejayaan Zaim jelas mencerminkan bahawa golongan kurang intelektual sepertinya mampu mengorak langkah kehadapan seperti insan normal yang lain.

Pencapaian membanggakan Zaim dalam hidupnya itu sesuai dijadikan contoh kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang senasib seperti Zaim.

Tingkatkan kualiti hidup

Bengkel yang diadakan di Pusat Gymnasium, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor baru-baru itu, khas untuk pengamal media yang bertujuan untuk membuka mata orang ramai selain mendidik rakyat Malaysia mengenai kepentingan sukan dalam kehidupan insan yang mengalami masalah intelektual.

"Ia sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat P&G di bawah kempen, Open Minds. Melalui Open Minds, kita telah berjaya mengubah dan meningkatkan mutu kehidupan lebih daripada 10,000 kanak-kanak istimewa.

"Mereka termasuklah daripada kategori kanak-kanak autistik, disleksia, palsi serebrum dan sindrom down," ujar Ketua Komunikasi P&G, Zulhaimi Abdul Hamid.


SALAH seorang peserta menunjukkan gerakan senaman ringkas menggunakan peralatan di gimnasium.


Tambahnya, pihak P&G sentiasa komited dalam memberi sokongan dan bantuan dalam bentuk dana kewangan kepada pihak SOM untuk mengetengahkan bakat golongan OKU.

Bengkel yang diadakan selama empat jam itu turut diisi dengan slot perkongsian ilmu oleh dua individu yang banyak terlibat dalam mencorak perubahan kanak-kanak istimewa dalam bidang sukan.

"Kanak-kanak istimewa yang melibatkan diri dengan sukan dapat meningkatkan keupayaan fizikal, memupuk sifat keyakinan diri yang tinggi selain membentuk imej kendiri yang lebih positif.

"Mereka akhirnya bukan sahaja mampu mengembangkan bakat, tetapi sekali gus suara mereka akan mula didengar umum," ujar penceramah jemputan, Nagoor Meera Abdullah yang merupakan Ketua Unit Bahagian Sukan Kurang Upaya, Institut Sukan Negara.

Menurut Nagoor lagi, menerusi sukan, ia mampu menjana perkembangan daripada segi mental, sosial dan spiritual kanak-kanak istimewa itu.

Sementara itu, jurulatih SOM, Shukry Hussain berkata, ibu bapa yang mempunyai anak-anak kurang intelektual perlu diberi pendedahan mengenai sukan.

Jelasnya, tidak ramai yang tahu bahawa sukan boleh membantu perkembangan kemahiran motor neurologi kanak-kanak.

"Jika kita ditakdirkan mempunyai anak OKU intelektual, tidak perlu mengurung mereka di dalam rumah.

"Sebaliknya, berilah mereka pendidikan khas dan galakan," ujar Shukry yang juga guru pendidikan khas di SMK Alam Damai.

Menurutnya, kanak-kanak itu perlu diberi peluang mencuba pelbagai jenis sukan sebelum bakat sebenar mereka dikenal pasti.

Sehingga kini, terdapat 100 atlet daripada golongan kurang intelektual di bawah SOM.

Pertemuan semula bekas penghuni RC 2

Posted:

Pertemuan semula bekas penghuni RC 2

Pertemuan semula bekas penghuni RC 2

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periaswamy@kosmo.com.my

SEBAHAGIAN bekas pelajar India RC 2 UM yang bertemu semula selepas hampir 10 tahun berpisah.


WALAUPUN program perjumpaan semula diadakan hanya selepas 10 tahun, Ramesh Subramaniam, 35, tidak menyangka majlis yang diadakan tahun ini disambut baik oleh rakan-rakannya.

Berbanding sekitar 100 orang yang menyertai acara perjumpaan semula pelajar kaum India Kolej Penginapan Kedua atau dikenali RC 2, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 10 tahun lalu, sambutan tahun ini berjaya mengumpulkan lebih 200 orang bekas pelajar.

Inisiatif yang diusahakan semula oleh Ramesh, yang bekerja di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, adalah sebagai memenuhi permintaan seorang senior beliau di kolej yang sama.

"Senior saya meminta untuk mengumpul semua bekas pelajar RC 2 kerana beliau berada dalam keadaan tenat akibat kanser kolekterol. Kini beliau berada dalam tahap ketiga dan agak tenat. Jadi, tidak mahu berlengah, saya dan beberapa orang rakan lain dari kolej yang sama mula mengumpul bekas pelajar untuk pertemuan semula yang diadakan selepas sedekad," kata Ramesh yang meminta nama senior itu tidak disiarkan sebagai menghormati beliau.

Hasil kerja yang berterusan selama empat bulan, Ramesh bersama 24 orang ahli jawatankuasa berjaya mengumpul dan menjayakan acara perjumpaan semula yang diadakan pada 9 Mac lalu.

"Kebanyakan daripada bekas pelajar dihubungi melalui laman sosial Facebook dan selebihnya melalui telefon serta e-mel. Kami mengenakan bayaran supaya ia dapat disambut meriah danbaki wangdikumpul untuk didermakan kepada senior kami yang sedang tenat itu," ujar Ramesh.

Tambah beliau, bekas pelajar RC 2 telah mengumpul kira-kira RM3,000 untuk senior mereka dan menghantar beliau ke India untuk mendapatkan rawatan. Ramesh juga memberitahu, dia dan rakan-rakannya tidak akan teragak-agak untuk menambah amaun derma jika diperlukan untuk rawatan lanjut.

Dalam pada itu, seorang pekerja kantin di RC 2 yang dikenali Arumugam turut diraikan sebagai membalas jasa beliau berkhidmat di kantin itu sejak tahun 1970-an hingga sekarang.

Ramesh yang berasa berpuas hati dengan perjalanan majlis mengakui akan terus menganjur perjumpaan semula secara konsisten dan merancang untuk mengadakan acara yang sama pada 17 Mac 2018 iaitu dalam masa lima tahun lagi.

Rata-rata bekas pelajar yang ditemui, semuanya sudah mempunyai kerjaya yang profesional seperti majistret, akauntan, peguam, jurutera, guru, eksekutif bank, kakitangan kerajaan dan ahli perniagaan.

Tisu dengan ekstrak timun

Posted:

Tisu dengan ekstrak timun

Tisu dengan ekstrak timun


KLEENEX menganjurkan pertandingan berkongsi kelembutan dengan tisu Kleenex khas untuk penggunanya.


SETIAP individu memerlukan belaian mesra seperti sentuhan lembut daripada si manja, kemesraan pasangan tersayang atau kata-kata perangsang seorang sahabat setelah penat bekerja seharian di pejabat.

Jenama tisu, Kleenex merealisasikannya kerana sentuhan lembut dan menyegarkan mampu memberi kesan positif kepada kualiti kehidupan seseorang.

Kleenex tampil memperkenalkan inovasi terkini tisu Kleenex Natural tiga lapisan yang direndam dengan pati timun untuk meningkatkan kualiti tisu muka bagi menjaga aspek kelembutan.

Pengarah Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia, Soo Woon Yee berkata, kulit manusia mudah terjejas dengan udara kering dan kotor.

"Kerosakan kulit juga berpunca daripada tabiat kerap mengesat dan membersih muka walhal kulit harus diberi penjagaan yang selembutnya," katanya.

Menurut Woon Yee, perbuatan mengesat kotoran atau solekan akan memberikan rasa kelembutan, segar dan semula jadi dengan menggunakan ekstrak timun yang sudah dikenali sebagai salah satu rahsia kecantikan kulit sejak turun-temurun.

Produk terbaharu tersebut diyakini dapat mengembalikan kesegaran kulit dan boleh digunakan untuk pembersihan yang halus dan semula jadi.

Sempena pelancaran produk baharu itu, Kleenex menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai program Share The Softness with Kleenex yang berlangsung sepanjang Mac hingga April ini.

Peminat laman Facebook Kleenex hanya perlu menghantar beberapa siri nota ikhlas bersama ahli keluarga dan kawan-kawan untuk berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai hampir RM24,000.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved