Selasa, 5 Mac 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Pendirian FAM cetus polemik

Posted:

Pendirian FAM cetus polemik

Pendirian FAM cetus polemik

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah


SEJAUH mana kesediaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meminda Artikel 88 yang selama ini seolah-olah dijadikan 'perisai' badan induk itu daripada dikritik masih menjadi persoalan banyak pihak.

Biarpun Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar) memberi 'lampu hijau' kepada ahli gabungan untuk mengemukakan usul pindaan tersebut baru-baru ini, ramai yang tidak menolak kemungkinan ia sekadar 'melepaskan batuk di tangga'.

Apa tidaknya, usul sedemikian sebenarnya bukan sesuatu yang baharu apabila telah lama dicadangkan sejak setahun lalu.

Sumber memberitahu Kosmo!, episod cadangan meminda Artikel 88 sudah dimulakan pada Kongres Tahunan FAM ke-48 yang diadakan di Kuala Lumpur pada 7 Julai 2012.

Menurutnya, ketika kongres tersebut berlangsung, terdapat usul untuk mengkaji semula dan meminda artikel berkenaan selain usul supaya jawatan Setiausaha Agung tidak dilantik secara terus oleh presiden, sebaliknya perlu menerima sokongan daripada ahli gabungan.

"Usul tersebut dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Perak dan disokong oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan dan Persatuan Bola Sepak Perlis, namun ketika kongres berlangsung, usul tersebut langsung tidak disebut dan dibincangkan.

"Apa yang saya dimaklumkan, syor tersebut diusulkan dengan mengikut semua prosedur yang ditetapkan dan FAM sepatutnya tidak mempunyai alasan untuk menolak usul berkenaan kecuali mereka tidak serius untuk memindanya," katanya ketika dihubungi semalam.

Untuk rekod, artikel berkenaan didakwa menyekat kebebasan bersuara ahli-ahli gabungan dan exco menyaksikan beberapa individu telah pun dikenakan tindakan termasuk satu-satunya Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa digantung selama dua tahun enam bulan dan terbaharu melibatkan Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Baru-baru ini, Tengku Abdullah memberitahu, kesediaan FAM untuk meminda artikel berkenaan selepas ia melibatkan kritikan dan teguran yang dikeluarkan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail yang mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia.

Mengulas lanjut, sumber itu memberitahu, FAM seharusnya perlu lebih peka dan prihatin dengan permintaan atau usul yang diajukan oleh ahli gabungan kerana ia melibatkan kepentingan bersama dan artikel berkenaan juga jelas menyekat kebebasan bersuara biarpun ia suatu yang positif.

Menurutnya, keghairahan FAM ketika ini untuk mengubah dan meminda Artikel 88 sepatutnya bukan lagi omong kosong ataupun merasionalkan alasan supaya tindakan tidak diambil terhadap Tunku Ismail yang jelas mengkritik FAM melalui isu mutu pengadilan.

"Kita tidak mahu pindaan ini dibuat semata-mata untuk menyelamatkan individu tertentu kerana selepas perkara tersebut berlaku, baru FAM dilihat serius untuk mengubahnya.

"Bagaimanapun, sekiranya pindaan tersebut menjadi kenyataan, ia merupakan lembaran baharu dalam usaha menambah baik FAM.

"FAM perlu menjadi sebuah intitusi yang berjiwa besar, mendengar dan mengambil kira pandangan ahli gabungan selain melakukan yang terbaik untuk kemajuan dan kelangsungan masa depan bola sepak tempatan," ujarnya.

Juventus waspada kejutan Celtic

Posted:

Juventus waspada kejutan Celtic

Juventus waspada kejutan Celtic


BARISAN pemain Juventus meraikan kejayaan membenam Celtic 3-0 di Glasgow bulan lalu.


MILAN - Juventus enggan memandang mudah pertemuan menentang Celtic apabila kedua-dua pasukan itu berentap dalam aksi kedua pusingan kalah mati kempen Liga Juara-Juara di Turin awal pagi esok.

Skuad kendalian Antonio Conte kini seolah-olah berada 'sebelah kaki' di peringkat suku akhir apabila memiliki kelebihan gol di tempat lawan hasil kemenangan selesa 3-0 di Glasgow bulan lalu.

Jika layak, ia merupakan kali pertama Juventus mara ke suku akhir selepas kali terakhir ditewaskan Arsenal di peringkat sama pada edisi 2006.

Justeru, skuad The Old Lady pastinya mahu memastikan pasukan pelawat gagal memburu gol awal bagi mengelak bencana tersingkir lebih awal kali ini.

"Perlawanan belum berakhir. Masih banyak yang perlu kami lakukan jika enggan berputih mata.

"Kami perlu mengharungi perlawanan ini dengan serius kerana peluang masih sama rata buat kedua-dua pasukan," kata tonggak pertahanan Juventus, Giorgio Chiellini.

Awal pagi esok, Conte dijangka merehatkan beberapa pemain utama seperti Stephan Lichsteiner, Claudio Marchisio dan Arturo Vidal.

Ia ekoran kesemua pemain itu telah mengutip satu kad kuning dan berkemungkinan terlepas aksi suku akhir jika tetap diturunkan awal pagi esok.

Dengan ketiadaan mereka, Conte dijangka mempertaruhkan sentuhan Kwadwo Asamoah dan penyerang muda, Paul Pogba.

Dalam pada itu, pengendali Celtic, Neil Lennon mengakui anak-anak buahnya kini menerima suntikan moral selepas menewaskan St. Mirren dalam saingan suku akhir Piala Scotland minggu lalu.

"Kami berada di sini untuk memberikan tentangan dan memenangi perlawanan.

"Kami perlu buktikan bahawa kemenangan selesa Juventus di tempat kami tempoh hari semata-mata kerana nasib.

"Jika kami berjaya menunjukkan jalan keluar buat Juventus, ia satu kejayaan yang sukar dilupakan sampai bila-bila," kata Lennon. - AFP

Harimau Malaya tagih bisa Piya

Posted:

Harimau Malaya tagih bisa Piya

Harimau Malaya tagih bisa Piya

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

SELEPAS sekian lama diselubungi kontroversi, kapten Kelantan, Mohd. Badhri Mohd. Radzi akhirnya dipanggil memperkuat Harimau Malaya bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015 berdepan Yemen di Stadium Shah Alam pada 23 Mac ini.

Badhri yang mesra dengan panggilan Piya, bakal menyertai 27 pelatih Harimau Malaya yang akan berkumpul di latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 11 Mac ini.

Sebelum berdepan Yemen, Harimau Malaya bakal diuji Arab Saudi dalam satu aksi persahabatan (17 Mac) selain turut dijadualkan berdepan Palestin dalam satu perlawanan amal di Kuantan, Pahang pada 26 Mac.

Sebelum ini, nama Piya sering menimbulkan perdebatan dalam kalangan penyokong tempatan kerana tidak berada dalam perancangan Rajagobal mengharungi beberapa perlawanan utama biarpun beraksi cemerlang bersama The Red Warriors.

Selain Piya, antara nama yang kembali tersenarai kali ini termasuklah Abdul Manaf Mamat dan juga Safiq Rahim yang sebelum ini terlepas aksi berdepan Qatar gara-gara menjalani hukuman penggantungan perlawanan.

Begitupun, pengurus Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal menangkis dakwaan bahawa Piya dipanggil semata-mata bagi memenuhi kehendak penyokong.

Sebaliknya, beliau memberitahu, kredibiliti Piya tidak wajar disangkal dan telah lama berada dalam perancangan Rajagobal.

"Jika diikutkan, nama Piya ada sebelum berdepan Qatar, namun Amri Yahyah yang lebih versatil dilihat lebih sesuai bagi menampung ketiadaan beberapa pemain utama yang tercedera ketika itu.

"Kewibawaan Piya tidak wajar dipersoalkan mana-mana pihak. Kami bukan mengamalkan dasar pilih kasih dalam mengenal pasti pemain terbaik. Piya layak kerana dia layak, bukannya kerana desakan mana-mana pihak," katanya kepada Kosmo! semalam.

Ketika ditanya mengapa sekarang Piya dipilih dan bukannya ketika misi mempertahankan Piala Suzuki AFF tahun lalu, jelas Subahan: "Masa itu, Piya baru sahaja membantu Kelantan menjuarai Piala Malaysia.

"Sepatutnya, perkara ini tidak lagi disensasikan. Yang penting, Piya harus membuktikan kredibilitinya bersama skuad kebangsaan."

Untuk rekod, kali terakhir Piya menyarung jersi kebangsaan ialah ketika berdepan Chelsea dalam satu aksi persahabatan di bawah kendalian Ong Kim Swee pada Julai 2011.

Dia merupakan antara 'arkitek' terbaik negara apabila membantu skuad kendalian Bojan Hodak menjulang gelaran trebel musim lalu.

Dalam pada itu, Subahan mahu pemain negara menganggap pertemuan dengan Yemen sebagai misi 'hidup mati' Harimau Malaya bagi menghidupkan peluang menyambar slot pusingan akhir Piala Asia 2015 yang bakal berlangsung di Australia.

"Saya percaya kekalahan 0-2 kepada Qatar tempoh hari mematangkan pemain supaya lebih berwaspada ketika berdepan Yemen nanti.

"Jadi, kami wajib memenangi perlawanan itu," kata- nya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved