Selasa, 5 Mac 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Polis tak umum jumpa mayat

Posted:

Polis tak umum jumpa mayat

Polis tak umum jumpa mayat

KERETA perisai Condor keluar dari Kampung Tanduo selepas melakukan serangan di kawasan yang ditawan pengganas Sultan Sulu semalam.


KUALA LUMPUR - Drama pencerobohan kumpulan pengganas Sultan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah mencapai kemuncak semalam apabila pasukan keselamatan melancarkan serangan melalui Ops Daulat secara besar-besaran di kawasan yang ditawan sejak 22 hari lalu.

Gerakan pukul 7 pagi itu bermula dengan serangan bom MK81 seberat 113 kilogram sebutir itu berlangsung hampir 30 minit membabitkan lapan jet pejuang masing-masing tiga buah F/A-18D Hornet dan lima buah Hawk 208.

Sebaik serangan udara yang dibuat dalam lingkungan empat kilometer di kampung itu tamat, pasukan infantri Rejimen Askar Melayu Diraja pula melepaskan tembakan mortar untuk melumpuhkan saki-baki musuh.

Selepas itu, anggota komando Tentera Darat dan polis bersama kenderaan perisai Condor memasuki lokasi serangan untuk operasi penggeledahan kawasan yang diserang.

Bagaimanapun, sehingga lewat malam tadi, polis mahupun pihak tentera tidak mengumumkan mengenai penemuan mayat atau senjata api puak pengganas.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Ketua pengganas cabut lari

Posted:

Ketua pengganas cabut lari

Ketua pengganas cabut lari

LAHAD DATU - Ketika pihak berkuasa melancarkan serangan besar-besaran untuk menggempur kubu pengganas Sultan Sulu di Kampung Tanduo di sini semalam, ada maklumat mengatakan ketua kumpulan pengganas dan beberapa orang kanannya telah melarikan diri dari kawasan tersebut sejak beberapa hari lalu.

Adik Sultan Jamalul Kiram III, Raja Muda Azzumuddie, 60-an, yang mengetuai operasi pencerobohan ke Sabah pada 12 Februari lalu dipercayai sedang bersembunyi di kawasan Kampung Tanjung Batu di sini yang terletak kira-kira sembilan kilometer dari Kampung Tanduo.

Kampung Tanduo merupakan kawasan pertama diceroboh Azzumuddie bersama 180 pengikutnya yang lengkap bersenjata. Mereka menyusup masuk dengan menaiki bot pancung dari kepulauan Sulu ke Sabah.

Ada maklumat mengatakan Azzumuddie telah terselamat ketika serangan menggunakan pesawat pejuang, kereta perisai dan askar berjalan kaki yang dilancarkan pihak berkuasa tepat pukul 7 pagi semalam.

Teori bagaimana mereka melarikan diri terbahagi kepada tiga. Pertama, pengganas telah membuat laluan bawah tanah dan laluan tikus ekoran mereka telah berkubu di kawasan kampung tersebut sejak lebih tiga minggu lalu.

Kedua, keluasan kawasan tersebut menyebabkan pihak berkuasa menghadapi sedikit kekangan untuk mengawal keseluruhan tempat. Jadi mereka boleh melarikan diri ke kawasan yang tidak dikawal untuk bersembunyi.

Teori terakhir pula ialah pengganas mengambil kesempatan keluar dari kampung ketika pihak berkuasa mengeluarkan arahan kepada penduduk supaya mengosongkan rumah. Mungkin mereka ikut jalan berlainan dengan penduduk untuk mengelakkan daripada dicekup.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rakyat Sulu Sabah tetap setia

Posted:

Rakyat Sulu Sabah tetap setia

Rakyat Sulu Sabah tetap setia

LAHAD DATU - Meskipun mempunyai pertalian persaudaraan dengan bangsa Sulu di selatan Filipina, nyata taat setia rakyat Sabah dalam kalangan bangsa itu terhadap Malaysia tidak goyah.

Sebaliknya, mereka mengutuk tindakan kumpulan bersenjata itu yang jelas mencabuli hak keamanan mereka yang dinikmati sejak sekian lama selain menyifatkan tindakan itu sebagai memalukan.

Bahkan ada antara mereka tidak mahu dikaitkan dengan kumpulan berkenaan dalam kemelut yang memasuki hari ke-22. Mereka berasa malu dengan perbuatan itu.

Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Azly, 45, berkata, sejak merdeka, rakyat Sabah termasuk bangsa Sulu hidup aman damai bahkan mendapat layanan baik daripada kerajaan negeri.

"Ramai bangsa Sulu menjadi nelayan dan usahawan serta kakitangan kerajaan. Ini contoh kejayaan bangsa Sulu di sini. Pada saya, sepatutnya orang di sana membiarkan bangsa mereka di sini maju dan berjaya, mereka kena reda," katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved