Sabtu, 16 Februari 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pelakon Kuswadinata meninggal dunia

Posted:

Pelakon Kuswadinata meninggal dunia

Pelakon Kuswadinata meninggal dunia

16/02/2013 7:47pm

KUALA LUMPUR — Pelakon veteran, Kuswadinata atau nama sebenar Kuswadi Bujang, 74, meninggal dunia di Hospital Ampang di sini hari ini akibat kanser usus dan sakit buah pinggang.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi berkata, Kuswadinata meninggal dunia kira-kira 5 petang dan jenazah akan dibawa pulang ke alamat No.7, Jalan Rasmi 1, Taman Rasmi Jaya, Ampang, Selangor.

Jenazah dijangka dimandi sebelum disembahyangkan di Masjid Bukit Indah, Ampang pada 8 pagi esok, katanya ketika dihubungi.

Allahyarham meninggalkan balu Kamariah Mohd. Said, 57, serta empat anak iaitu Jasmine, 27, Hafsham, 26, Irwan, 25, dan Rizal, 23.

Anak kelahiran Singapura itu memulakan kerjaya sebagai pelakon pada 1957 menerusi syarikat perfileman Cathay Keris.

Antara filem lakonannya ialah Ibu Mertuaku, Antara Dua Darjat, Lang Buana dan Gerak Khas 3.— BERNAMA

Jenazah pendaki berjaya dibawa keluar

Posted:

Jenazah pendaki berjaya dibawa keluar

Jenazah pendaki berjaya dibawa keluar

16/02/2013 7:23pm

KUANTAN — Jenazah pendaki Gunung Tahan yang meninggal dunia akibat sesak nafas pada Rabu lepas dibawa keluar dari kawasan hutan berkenaan hari ini.

Jenazah Allahyarham Amir Kamaruzaman Ab. Wahab, 35, yang berada di Kem Belumut akhirnya dikeluarkan pada 11 pagi tadi menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Ketua Polis Daearah Lipis, Supt. Abdul Razak Hassan berkata, helikopter yang membawa jenazah itu selamat mendarat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis.

"Mayat arwah kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Arwah Amir Kamaruzaman bersama-sama 23 orang rakan pendaki yang lain dari Lembah Klang memulakan pendakian Gunung Tahan bermula di Taman Negara Relau, Merapoh dekat sini pada 11 Februari lepas.

Mangsa dipercayai mengalami sesak nafas serta sakit dada sebelum meninggal dunia dalam perjalanan ke puncak antara Kem Kor dengan Kem Belemut pada aras ketinggian 1,406 meter pada 9.30 malam Rabu lepas.

Katanya, operasi membawa keluar mangsa menggunakan helikopter berkenaan bermula pada Khamis, tetapi gagal kerana keadaan cuaca buruk.— BERNAMA

Penceroboh warga Filipina dalam proses dihantar pulang

Posted:

Penceroboh warga Filipina dalam proses dihantar pulang

Penceroboh warga Filipina dalam proses dihantar pulang

16/02/2013 7:17pm

KOTA KINABALU — Polis kini sedang dalam proses mengusir pulang ke negara asal kumpulan penceroboh dari selatan Filipina yang dikepung di Kampung Tanduo, Lahad Datu, sejak Selasa lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, polis sudah menamatkan rundingan dengan kumpulan itu dan kini memberi tumpuan untuk mengusir mereka pulang ke negara asal mereka.

"Kita sudah beritahu mereka bahawa kita tidak boleh melayan apa-apa tuntutan mereka kerana ini bukan platform yang betul untuk menyuarakan apa-apa yang mereka mahu.

"Jadi, sekarang kita hanya boleh melaksanakan proses untuk menghantar mereka balik supaya mereka boleh mencari saluran yang sesuai untuk menyuarakan tuntutan mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan Ops Selamat sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Jesseltion Point, di sini, hari ini.

Ketika ditanya bila kumpulan tersebut akan dihantar pulang, Hamza berkata, secepat mungkin.

Sebelum ini, kumpulan penceroboh menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu di Sabah dihantar pulang ke negara asal.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved