Sabtu, 16 Februari 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Selangor terus pamer aksi mantap

Posted:

Selangor terus pamer aksi mantap

Selangor terus pamer aksi mantap

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


FORKEY Doe (dua dari kanan) menjaringkan gol pembukaan Selangor pada aksi menentang Kelantan di Stadium Shah Alam malam kelmarin.


JURULATIH Selangor, Irfan Bakti Abu Salim menyifatkan keberkesanan bahagian tengah skuad kendaliannya merupakan antara faktor kejayaan mereka menundukkan juara bertahan Liga Super, Kelantan 2-0 di Stadium Shah Alam malam kelmarin.

Kemenangan Selangor itu hadir menerusi jaringan penyerang import, Francis Forkey Doe dan tonggak pertahanan, Ramez Jamal Dayoub pada minit ke-12 dan 26.

Irfan memberitahu, beliau kagum dengan barisan pemainnya yang telah mempamerkan komitmen yang tinggi serta mengikuti arahannya pada perlawanan menentang The Red Warriors itu.

Menurut Irfan, persembahan juara 32 kali Piala Malaysia itu semakin menonjol jika dibandingkan dengan kemenangan 3-0 ke atas Sabah pada aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Likas, Kota Kinabalu Selasa lalu.

"Pada perlawanan malam ini (kelmarin), barisan pemain Selangor telah tampil dengan gaya permainan yang sangat mengagumkan.

"Saya mahu memuji pemain-pemain saya terutama bahagian tengah (iaitu) Abdul Shukur Jusoh, S. Veenod, Solihin Kanasian dan Mohd. Raimi Md Nor yang telah memainkan peranan masing-masing untuk menutup pergerakan pemain lawan.

"Prestasi permainan nampak lebih baik kalau saya bandingkan ketika menentang Sabah walaupun kami memenangi perlawanan di Kota Kinabalu itu 3-0, tetapi permainan ketika itu kurang menarik," katanya.

Dalam perkembangan sama, jurulatih kelahiran Perak itu turut meluahkan kegembiraan selepas menyaksikan peningkatan prestasi pemain-pemain lain.

Meskipun ketiadaan tiga tonggak utama, Mohd. Amri Yahyah, Mohd. Bunyamin Umar dan S. Kunanlan, skuad Gergasi Merah masih mampu mengekalkan persembahan cemerlang dengan mengutip tiga mata berharga ke atas skuad kendalian Bojan Hodak.

"Saya rasa, ini satu persembahan yang baik daripada pemain-pemain saya dan kami juga banyak menguasai perlawanan serta mengurangkan kesilapan terutama pada separuh masa pertama.

"Saya berharap, mereka dapat mengekalkan rentak sebegini pada perlawanan-perlawanan lain selepas ini," katanya.

PKNS ketepikan cabaran Felda

Posted:

PKNS ketepikan cabaran Felda

PKNS ketepikan cabaran Felda


PENYERANG PKNS, Patrick Ronaldiho (tengah) bertindak cemerlang untuk membantu pasukannya menewaskan Felda United pada perlawanan Liga Super di Stadium MBPJ semalam.


JURULATIH Selangor PKNS, Abdul Rahman Ibrahim mendedahkan, tuah lebih memihak kepada skuad kendaliannya selepas kejayaan menewaskan Felda United 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya petang semalam.

Pengendali kelahiran Terengganu itu berkata demikian selepas menyaksikan skuad kendaliannya, PKNS menentang Felda United yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Mohd. Nizam Abu Bakar dilayangkan kad merah pada minit ke-32.

Nizam diarah keluar padang selepas mengutip kad kuning kedua dan PKNS mengambil kelebihan itu untuk memusnahkan kubu lawan.

Hasilnya, skuad kendaliannya Abdul Rahman berjaya merobek gawang Felda United menerusi jaringan Helmi Remeli pada minit ke-28, Patrick Wleh Ronaldinho (44) dan Mohd. Nazrin Syamsul Bahri (55).

Gol sagu hati Felda United dijaringkan oleh penyerang import dari Lebanon, Mohammed Ghaddar pada minit ke-33.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman mengakui gembira dengan pasukannya selepas berjaya mengutip tiga mata berharga pada aksi yang berlangsung di gelanggang lawan itu.

"Kami bertuah kerana memiliki kelebihan selepas pemain Felda dilayangkan kad merah.

"Selepas situasi itu, ia jelas memberikan kelebihan kepada kami mengatur serangan dan saya puji barisan pemain kerana semakin berani untuk terus melancarkan asakan," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan semalam.

Dalam perkembangan sama, jurulatih Felda, K. Devan mengakui bahawa kehilangan Nizam telah merencatkan strateginya dalam usaha untuk meraih sekurang-kurang satu mata pada perlawanan tersebut.

"Jika kami memiliki pemain yang cukup, saya yakin Felda mampu memberikan saingan tetapi insiden kad merah itu (yang menyebabkan kehilangan Nizam) amat dirasai.

"Namun, saya tetap berpuas hati dengan prestasi pemain saya. Walaupun ketinggalan, mereka tetap memberi saingan serta mempamerkan semangat juang yang tinggi," ujar Devan.

Johor DT meneruskan rentak cemerlang

Posted:

Johor DT meneruskan rentak cemerlang

Johor DT meneruskan rentak cemerlang

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my


GUIZA (kanan) menjaringkan gol kemenangan Johor DT pada aksi menentang T-Team malam tadi.


JOHOR DARUL TAKZIM (Johor DT) meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan Terengganu T-Team 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi.

Beraksi di hadapan kira-kira 30,000 penyokong sendiri, skuad Harimau Selatan tampil garang apabila melakukan asakan demi asakan sebaik sahaja permainan bermula.

Skuad bimbingan Fandi Ahmad hampir memperoleh gol pertama seawal minit ketiga namun cubaan Norshahrul Idlan Talaha berjaya diselamatkan penjaga gol The Titans, Mohd. Iqbal Mohd. Suhimi.

Penyerang import Johor DT, Daniel Guiza juga turut mempunyai peluang untuk merobek gawang lawan pada minit ke-17 namun dia dijatuhkan di hadapan pintu gol.

Guiza bagaimanapun berjaya memecah kebuntuan apabila menguis masuk hantaran leret Nurul Azwan Roya pada minit ke-31.

Bersambung babak kedua, permainan ternyata lebih seimbang apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Pasukan T-Team hampir menyamakan kedudukan melalui penyerang dari Ireland, Caleb Folan pada minit ke-56 dan sekali lagi pada minit ke-63 namun kedua-duanya berjaya diselamatkan penjaga gol, Mohd. Zamir Selamat.

Keriangan kira-kira 100 penyokong T-Team yang hadir apabila Mohd. Marzuki Yusof menyepak masuk gol pada minit ke-65 tidak berkekalan setelah pengadil Wan Mohd. Tarmizi Ibrahim memutuskan Mohd. Marzuki berada dalam kedudukan ofsaid.

Sementara itu, di Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi, Nor Fazly Alias muncul wira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selepas meledak gol penyamaan ketika mengikat Negeri Sembilan 1-1 pada aksi keenam Liga Super itu.

Negeri Sembilan membuka jaringan menerusi Mohd. Firdaus Azizul pada minit ke-34 namun Fazly memastikan ATM berkongsi satu mata dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-89.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved