Sabtu, 16 Februari 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Peka hulur bantuan kemasyarakatan

Posted:

Peka hulur bantuan kemasyarakatan

Peka hulur bantuan kemasyarakatan

Dalam kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina, golongan yang kurang bernasib baik turut tidak dilupakan.


PENGHUNI Rumah Orang Tua Ampang menerima hamper barangan makanan sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina.


SETIAP kali rakyat negara ini menyambut sesebuah perayaan, bantuan dan sumbangan kepada golongan yang memerlukan pasti dijalankan oleh pihak yang berhati mulia.

Tidak melupakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat, Persatuan Kakitangan Bekalan Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (Peka) bersama 10 orang warga kerja dari Puncak Niaga Sdn. Bhd. (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menghulurkan bantuan ikhlas kepada dua rumah kebajikan iaitu Rumah Orang Tua Ampang dan Persatuan Insan Istimewa Cheras, Selangor.

Presiden Peka, Datuk Mohd. Yunus Mohd. Amin berkata, lawatan kebajikan sebegitu sering dilakukan saban tahun terutamanya ketika sambutan perayaan terbesar.

"Ia merupakan sebahagian daripada aktiviti kemasyarakatan yang telah dirancang sepanjang tahun ini di samping beberapa aktiviti khidmat masyarakat untuk membantu rakyat negeri Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya yang kurang berkemampuan.


IKHLAS. Soon Seong (kiri) menerima cek sumbangan Peka yang disampaikan oleh Mohd Yunos (kanan).


"Aktiviti Peka dijalankan dengan dana yang disumbangkan warga kerja Puncak Niaga dan Syabas secara sukarela. Kami juga mengalu-alukan sumbangan orang ramai sama ada dalam bentuk kewangan atau barangan untuk diberikan kepada golongan yang kurang bernasib baik," ujarnya ketika ditemui selepas acara penyampaian sumbangan kepada dua rumah kebajikan itu.

Lawatan yang diketuai oleh Mohd. Yunus itu telah menghulurkan sumbangan berbentuk hamper barangan makanan dan angpau kepada penghuni rumah-rumah kebajikan.

"Saya melihat aktiviti ini sangat bermanfaat kerana dapat membawa keceriaan kepada mereka dalam sambutan perayaan," tambah Mohd. Yunus.

Setiausaha Rumah Kebajikan Orang Tua Ampang, Cheah Soon Seong mengucapkan ribuan terima kasih kepada organisasi-organisasi dan individu yang sentiasa menyumbangkan bantuan kepada mereka.

Rumah Kebajikan Orang Tua Ampang yang didirikan sejak tahun 1960, hanya terhad kepada 50 orang penghuni dan menetapkan warga emas yang tidak mempunyai anak sebagai keutamaan utama. - HAFIZ AHMAD

Laman web baharu Memory Lane

Posted:

Laman web baharu Memory Lane

Laman web baharu Memory Lane


LAMAN web Memory Lane yang mempromosi pembelian kad ucapan melalui talian.


KETIBAAN perayaan Tahun Baru Cina, ulang tahun perkahwinan, hari lahir orang yang tersayang atau apa sahaja hari yang penuh bermakna menjadi lebih istimewa dengan pemberian hadiah khas.

Syarikat pembekal hadiah dan kad terkenal, Memory Lane, memudahkan orang ramai berbuat demikian melalui laman web terbaharunya, www.memorylane.com.my.

Dengan sambutan pelbagai hari istimewa sepanjang tahun, sama ada untuk ibu bapa, kekasih, anak-anak, adik-beradik dan rakan, Memory Lane memberi peluang menghargai mereka dengan pelbagai idea hadiah yang terpapar dalam laman web tersebut.

Percaya dengan kepentingan sentuhan peribadi bagi setiap hadiah, Memory Lane menyediakan pelbagai pilihan sama ada diperbuat dengan tangan atau rekaan khusus..

Laman web itu membolehkan pelanggan mereka coklat grafik dengan pengkhususan nama atau ucapan tersendiri seperti ucapan hari jadi, tahniah, I Love You dan sebagainya.

Selain itu, terdapat pen Lamy Pens dan rantai kunci bersinar yang juga boleh disertakan dengan nama dan ucapan terpilih.

Pilihan hadiah-hadiah eksklusif yang lain termasuk pemegang iPad, patung beruang dan Beanie Pets, manakala pilihan hadiah yang malar segar ialah belon-belon yang ditujukan khas dengan ucapan peribadi.

Mungkin juga anda terlupa hari-hari penting dalam hidup. Memory Lane bersedia untuk mengingatkan anda akan tarikh-tarikh itu melalui khidmat peringatan yang turut tertera dalam laman web berkenaan.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved