Rabu, 16 Januari 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Perodua panggil semua 74,000 varian baharu Myvi

Posted:

Perodua panggil semua 74,000 varian baharu Myvi

Perodua panggil semua 74,000 varian baharu Myvi

16/01/2013 6:49pm

KUALA LUMPUR - Perodua memanggil semula 74,000 varian Myvi baharu, yang dibina antara Mac 2011 dan Mac 2012, menerusi kempen langkah pencegahan lajur stereng kuasa elektronik (EPS) model berkenaan.

Pembuat kereta kompak itu berkata, ia bertujuan memastikan pemilik Myvi baharu ini menikmati prestasi optimum kenderaan masing-masing.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, kempen itu perlu memandangkan prestasi kereta mungkin tidak berada pada kedudukan terbaik dan mungkin menjejaskan sebahagian respons masa pemandu pada kelajuan rendah.

"Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Perodua, masalah itu boleh dikesan apabila penunjuk EPS menyala, dan pemandu mendapati rasa berat pada kelajuan antara 30 dan 40 kilometer sejam.

"Ini boleh dibaiki sementara dengan mematikan enjin dan menghidupkan semula kereta, namun untuk pembaikan kekal dan mengurangkan kemungkinan risiko ke atas pelanggan, kami meminta mereka membuat temu janji di mana-mana 170 pusat servis kami di seluruh negara untuk penggantian lajur EPS," katanya menerusi satu kenyataan.

Aminar berkata, syarikat kereta itu sudah menghantar surat makluman kepada pelanggan yang terlibat, dan Perodua akan menyerap semua kos penggantian lajur EPS terbabit.

Tempoh akhir kempen itu tidak ditetapkan.

Pelanggan bagaimanapun digalakkan membuat temu janji secepat mungkin memandangkan lebih baik untuk mereka memastikan penggantian dilakukan dengan lancar dan teratur. - BERNAMA

Lelaki terbabit kemalangan ditahan miliki dadah

Posted:

Lelaki terbabit kemalangan ditahan miliki dadah

Lelaki terbabit kemalangan ditahan miliki dadah

16/01/2013 6:37pm

GEORGETOWN - Seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ditahan selepas polis menemui Eramin 5 darinya yang dipercayai untuk diedarkan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Supt. S. Batumalai berkata, ekoran penahanan itu, polis berjaya merampas Syabu (Methamphetamine) seberat 816 gram, Eramin 5 sebanyak 2,240 biji dan Ketamin seberat 104 gram di sebuah premis di Jelutong di sini.

"Pihak polis bertindak berdasarkan maklumat mengenai kemalangan jalan raya tengah hari semalam di Pulau Tikus. Susulan daripada itu, polis membuat serbuan di rumah milik suspek pada hari yang sama," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, anggaran harga pasaran bagi semua dadah yang dirampas itu ialah RM200,000. - BERNAMA

Banjir: UiTM jalin kerjasama dengan pakar luar negara

Posted:

Banjir: UiTM jalin kerjasama dengan pakar luar negara

Banjir: UiTM jalin kerjasama dengan pakar luar negara

16/01/2013 6:36pm

SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjalin kerjasama dengan pakar-pakar universiti luar negara dalam menghasilkan kajian bagi membantu mengatasi masalah banjir di Malaysia.

Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, pakar-pakar itu terdiri daripada mereka yang berpengalaman luas dalam bidang air, banjir dan persekitaran.

"Kajian ini akan diketuai oleh saya dan dibantu seramai 20 orang pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM selain mendapat kerjasama n 25 orang lagi penyelidik bertauliah dari lima pusat pengajian luar negara termasuk Indian Institute Of Technology (IIT) Roorkee, India dan Colorado State University, Amerika Syarikat " katanya kepada pemberita selepas menghadiri simposium Kawalan Banjir di sini.

Simposium itu dihadiri kira-kira 200 petugas agensi berkaitan termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta penuntut dari universiti tempatan.

Beliau berkata, UiTM akan menjadi tuan rumah kepada pakar-pakar itu sebagai tempat perbincangan dan pengumpulan maklumat bagi menyiapkan kajian berkenaan. - BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved