Isnin, 10 Disember 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Suspek pengedar dadah lontar bom ditembak mati

Posted:

Suspek pengedar dadah lontar bom ditembak mati

Suspek pengedar dadah lontar bom ditembak mati

10/12/2012 10:03pm

IPOH — Seorang lelaki dipercayai pengedar dadah mati selepas melontarkan sebutir bom tangan dan berbalas tembakan dengan anggota polis berhampiran persimpangan Taman Tema Air Bukit Merah Laketown Resort, di Bagan Serai, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, dalam kejadian 10.30 pagi itu, suspek yang berusia 42 tahun itu bertindak melarikan diri dari rumahnya di Kampung Dew di Simpang Empat, Semanggol dengan menaiki sebuah kereta jenis Honda Accord, selepas menyedari kehadiran sepasukan polis dari Bahagian Narkotik Taiping.

"Ekoran itu, polis bertindak mengejar suspek sejauh 25 kilometer sebelum berjaya memintasnya di persimpangan itu dan meminta suspek agar menyerahkan diri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun, Mat Fauzi berkata, suspek bertindak agresif lalu melepaskan beberapa das tembakan dan melontarkan sebutir bom tangan ke arah kereta peronda lebuh raya polis yang turut memburu suspek. Namun, bom itu gagal berfungsi.

Katanya, suspek mati di tempat kejadian semasa berbalas tembakan dengan pasukan polis.

Hasil siasatan ke atas kereta suspek, polis menemui dua pucuk pistol, peluru, pisau serta sejumlah dadah di dalam keretanya, kata Mat Fauzi.

Beliau berkata, bom tangan yang gagal meletup itu telah dimusnahkan pada 2 petang oleh Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak selepas kawasan kejadian dikosongkan.

Mayat suspek dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat, katanya. — BERNAMA

40 pemandu didenda memandu melebihi had laju

Posted:

40 pemandu didenda memandu melebihi had laju

40 pemandu didenda memandu melebihi had laju

10/12/2012 7:22pm

KAJANG — Seramai 40 pemandu didenda antara RM300 hingga RM350 oleh Mahkamah Majistret di sini, setelah mengaku bersalah memandu melebihi had laju ditetapkan yang dipantau kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Majistret Abdul Jalil Salam Muhamad turut memerintahkan kesemua mereka menjalani hukuman penjara sepuluh hari jika gagal membayar denda itu.

Kesemua mereka yang terdiri daripada pekerja awam dan swasta membayar jumlah denda berkenaan di kaunter mahkamah.

Sementara itu, lapan pemandu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan sama dan kes mereka akan disebut semula pada 9 dan 14 Januari depan.

Kesemua mereka didakwa sebagai pemandu kenderaan di lebuh raya memandu melebihi had laju ditetapkan iaitu 90 kilometer sejam di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) pada 28 September lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 membawa hukuman denda minimum RM300 dan maksimum RM2,000 atau denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Saharudin Safirol, manakala lapan individu yang tidak mengaku bersalah diwakili peguam Mohd. Fikah Sanusi.— BERNAMA

Remaja pemandu lori hadapi tuduhan merompak

Posted:

Remaja pemandu lori hadapi tuduhan merompak

Remaja pemandu lori hadapi tuduhan merompak

10/12/2012 6:37pm

PETALING JAYA — Seorang remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan merompak seorang lelaki dengan bersenjatakan parang tiga tahun lepas.

Remaja berkenaan, yang kini berusia 18 tahun dan bekerja sebagai pemandu lori, dituduh bersama tiga yang lain, yang masih bebas, merompak kereta Perodua MyVi daripada Ahmad Fendi Riaszuan Awang, 25, di sebuah rumah di Jalan Kampung Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh, pada pukul 4 petang 29 Nov, 2009.

Dia dituduh mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved