Isnin, 10 Disember 2012

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Hikmah selepas kemelut

Posted:

Hikmah selepas kemelut

Hikmah selepas kemelut

PERTAMA kali bersua, Betty sudah dapat merasakan Bruce merupakan lelaki yang ditunggu-tunggu selama ini untuk bergelar suaminya.


SEBELUM melayari bahtera perkahwinannya pelakon dan penyanyi berdarah kacukan Melayu-Arab, Betty Banafe pernah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan umum.

Dia antara lain meluahkan hasrat untuk membatalkan pernikahannya dengan jejaka Inggeris-Lebanon, Bruce Darghous yang ketika itu hanya tinggal kurang sebulan daripada tarikh perkahwinannya itu.

Puncanya cuma satu iaitu perbezaan budaya antara mereka berdua.

Namun begitu menurut wanita bermata galak itu, sebelum mengikat tali pertunangan, hari-hari yang dilalui mereka cukup sempurna. Bagaimanapun selepas itu, ada sahaja yang tidak kena.

"Ya, kami berdua amat tertekan ketika itu kerana masing-masing berselisih faham mengenai majlis pernikahan kami. Namun, itu cerita dahulu, tetapi Alhamdullillah, pada hari yang perkahwinan saya ini, hati kami bersatu menjadi satu.

"Saya percaya segala yang berlaku ada hikmah dan kemelut itu saya sifatkan sebagai satu momen untuk kami saling kenal-mengenali dengan lebih rapat lagi," luahnya.

Pada Sabtu 6 Disember lalu, Betty atau nama sebenarnya Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe, 33, mengikat tali perkahwinannya dengan Darghous, 31, di rumah keluarganya di Kempas Baru, Johor.

Dengan mas kahwin berupa sebentuk cincin dan gelang emas, pasangan secocok itu selamat diijabkabulkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Johor, Ahmad Faisal Mohamed tepat pukul 2.30 petang.

Hanya dengan sekali lafaz, perunding teknologi di salah sebuah syarikat komunikasi maklumat di ibu kota Kuala Lumpur itu sah bergelar suami kepada pelakon filem Buai Laju-Laju dan Haru-Biru itu.

Selain ahli keluarga dan sanak saudara Betty, hadir sama menyaksikan penyatuan dua jiwa itu ialah keluarga mempelai lelaki yang terdiri daripada ibu bapanya, Nabil Darghous dan Linda Darghous serta adik perempuannya.


TEGAS dan berdisiplin merupakan antara ciri diri Bruce yang berjaya memikat hati Betty.


Pada majlis yang bertemakan konsep Arab sepenuhnya itu, mempelai bertukar-tukar hantaran iaitu tujuh dulang daripada Darghous yang merangkumi sehelai telekung, set wangian Nina Richi dan Ralph Lauren, Apple TV, telefon pintar Samsung S111, komputer riba Apple serta sirih junjung.

Sementara Betty membalas lapan dulang hantaran iaitu set wangian Dolce & Gabbana, set mandian, al-Quran digital, sejadah, buah-buahan, kek dan sirih junjung.

Bagaimanapun ketika ditanya jumlah wang hantaran perkahwinan, Betty dan keluarga lebih senang untuk merahsiakannya.

Cinta unik

Ternyata kisah percintaan antara Betty dan Darghous cukup menarik untuk disingkap.

Cerita Betty yang anggun mengenakan busana rekaan pereka dari Singapura dan menerima sentuhan mekap daripada Rina Delina, pada malam pertama mereka dipertemukan, hatinya sudah terdetik bahawa lelaki berbadan tegap dan berkepala botak itu ialah 'Mr. Rightnya'.

"Saya masih teringat lagi bibit-bibit pertemuan kami berdua. Ketika itu iaitu pada 5 November tahun lalu, sejurus selepas tamat Anugerah Industri Muzik (AIM), kami diperkenalkan oleh rakan masing-masing.

"Pertuturan antara kami bersahaja tetapi setelah beberapa jam bersembang, saya melihat arwah bapa saya, ada dalam diri dia. Darghous seorang yang berterus terang juga kelakar dan ciri-ciri itulah yang ada pada bapa saya," imbasnya yang mengaku dirinya sangat rapat dengan arwah bapanya, Abu Bakar Banafe.


PASANGAN yang baru melayari bahtera perkahwinan ini merancang untuk memiliki sekurang-kurangnya tiga orang anak.


Kasih antara mereka semakin bertaut apabila karakter Bruce yang merupakan anak sulung daripada dua beradik itu kelihatan nyata tegas, cukup berdisiplin, berterus terang dan menepati masa.

"Selain itu, kepakaran Bruce dalam menggunakan teknologi juga begitu mengagumkan saya dan lebih menjadikan hubungan kami tambah istimewa kerana kami meminati muzik yang sama iaitu irama Arab," katanya tertawa manja.

Tambah Betty: "Ya, sememangnya jodoh itu merupakan kuasa Allah Yang Maha Esa dan tiada manusia dapat menyangkalnya."

Ujar Betty, meskipun mengakui dirinya sukar untuk kembali bercinta dan terlalu berhati-hati dalam soal jodoh, akhirnya, pintu hatinya berjaya diketuk oleh si jejaka bernama Bruce Darghous ini.

"Bruce memberitahu saya secara romantis betapa dirinya mencintai saya dan merasa serasi untuk mengharungi onak dan duri bersama-sama.

"Waktu itu, saya masih berfikir lagi tetapi keyakinan saya terhadapnya semakin bercambah apabila dia sanggup melamar saya di depan ahli keluarga saya pada 14 Jun lalu iaitu semasa hari jadi ahli keluarga saya," luahnya.

Jessica, Justin berbogel

Posted:

Jessica, Justin berbogel

Jessica, Justin berbogel

AKTRES terkenal, Jessica Biel mendedahkan perkara yang paling menarik sejak dia bergelar isteri kepada penyanyi dan pelakon Justin Timberlake adalah berenang tanpa seurat benang bersama suaminya.

Menurut bintang filem Playing For Keeps yang berkahwin pada Oktober lalu, dia cukup bahagia apabila kini boleh berkongsi apa sahaja dengan lelaki yang dicintainya itu.

"Maksud saya, ada seseorang yang sentiasa membantu dan bersama saya dalam apa jua keadaan termasuk menghadapi cabaran bersama. Kami juga selalu melakukan banyak perkara gila dan unik bersama. Contohnya, selepas kami berkahwin, saya bebas berenang tanpa seurat benang bersamanya," katanya.

Jessica yang berusia 30 tahun itu turut mendedahkan selain berbakat dalam bidang seni, suaminya itu juga berbakat dalam bidang masakan.

Katanya kepada majalah Elle: "Suami saya berasal dari selatan Amerika Syarikat dan pengaruh masakan diperoleh daripada neneknya. Dia pernah membakar pai tiga lapis yang berperisa blueberry, sangat sedap dan saya tidak percaya suami saya yang masak. Walaupun dia boleh memasak tetapi sangat jarang untuknya ke dapur."

Dazrin menyampah tengok Johan

Posted:

Dazrin menyampah tengok Johan

Dazrin menyampah tengok Johan

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA


DAZRIN mengakui namanya kini dikenali ramai gara-gara membintangi drama bersiri Adam dan Hawa.


NAMA Dazrin Kamarudin, 24, sudah tentunya kurang dikenali lagi dalam industri tanah air walaupun dia sudah berlakon dalam beberapa buah filem, telemovie dan drama.

Bagaimanapun disebabkan penangan drama bersiri Adam dan Hawa yang kini sedang ditayangkan menerusi Astro Mustika HD, Dazrin yang memegang watak Johan mula dikenali ramai dan disebut-sebut.

Dazrin yang merupakan pemegang ijazah berganda Filem, Video dan Media dan Ijazah Perhubungan Antarabangsa dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat sebenarnya telah berlakon filem Seru dan Apokalips X sebelum ini.

Selain itu, drama rantaian Bicara Hati, Memberku Hawa dan telefilem Mencintaimu, Setahun Setengah Mencari Cinta dan Geisha Melayu Terakhir juga merupakan lakonannya sebelum ini tetapi belum cukup membukti kemunculannya dalam industri ini.

Watak Johan dalam drama yang diminati Adam dan Hawa sebagai lelaki yang menagih kasih dengan isteri orang telah membuka ruang seluas mungkin kepada Dazrin untuk bertapak kukuh dalam industri ini.

Ketika ditemui di majlis sidang akhbar program Astro Ria, Fear Factor Selebriti Malaysia baru-baru, Dazrin berkongsi pengalamannya selepas membawa watak Johan dalam drama Adam dan Hawa itu.

Kosmo!: Adakah ada perbezaan selepas anda dikenali menerusi watak Johan itu?

DAZRIN: Ya sudah tentu, sekarang jika keluar ramai peminat memanggil saya dengan nama Johan bukan Dazrin.

Adakah anda selesa dengan nama berkenaan atau mahu dipanggil Dazrin?

Saya tidak kisah sebenarnya, cuma pada awal-awal saya tidak biasa sebab nama saya Dazrin bukan Johan, tetapi lama-lama saya sudah dapat membiasakan diri dengan panggilan berkenaan.

Apakah yang membuatkan anda tidak selesa dengan panggilan nama Johan itu?

Ketika keluar bersiar-siar ada peminat panggil saya dengan nama Johan, saya tidak berpaling sebab tidak tahu mereka (peminat) panggil saya, sebab sudah biasa orang panggil Dazrin, sekarang saya sudah tahu peminat luar sana kenal saya dengan nama Johan.

Ada atau tidak peminat yang menyampah dengan watak anda dalam drama berkenaan?

Sudah tentu ada, ramai peminat tulis dalam laman Twitter dalam nada bergurau nak pukul saya. Saya sendiri bila tengok watak sendiri naik menyampah pun ada dengan Johan tidak sudah-sudah menagih simpati Ain (lakonan Nadiya Nissa).

Adakah selepas drama Adam dan Hawa, anda rasa mula dikenali dan mendapat banyak tawaran berlakon?

Memang saya sudah rasa penangan berlakon drama itu, sehingga aoabila habis menjalani penggambaran Fear Factor Selebriti Malaysia di Afrika Selatan baru-baru ini. saya terus kena pergi mesyuarat untuk beberapa produksi yang hendak ambil saya berlakon.

Adakah tawaran itu untuk berlakon filem atau drama?

Kedua-duanya ada dan kali ini saya ditawarkan watak utama, sebelum ini hanya watak sambilan, di situ saya sudah nampak kepercayaan yang diberikan kepada saya.

Apakah perkembangan anda selepas ini?

Saya akan muncul dalam program Fear Factor Selebriti Malaysia pada 29 Disember nanti dan akan bergandingan dengan pelakon Hairul Azreen. Selain itu saya juga bakal memulakan penggambaran sebuah filem bulan ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved