Isnin, 10 Disember 2012

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Majalah wanita seksi berleluasa

Posted:

Majalah wanita seksi berleluasa

Majalah wanita seksi berleluasa

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI dan LILY YEAN
berita@kosmo.com.my

MAJALAH yang memaparkan wanita seksi dalam keadaan separuh bogel boleh didapati dengan mudah di pasaran tempatan ketika ini. Siapakah yang melepaskannya dijual secara bebas?


KUALA LUMPUR - Lambakan majalah erotik dari luar negara yang memaparkan gambar wanita berbogel tanpa seurat benang atau lebih dikenali sebagai majalah dewasa kini didapati dijual secara terbuka dan meluas di kedai-kedai buku di negara ini.

Majalah-majalah yang boleh didapati dengan harga murah serendah RM10 itu boleh dibeli oleh orang ramai termasuk golongan remaja bawah umur secara terbuka tanpa ada sebarang sekatan.

Tinjauan Kosmo! di beberapa premis menjual buku sekitar ibu negara semalam mendapati terdapat beberapa majalah yang rata-ratanya diimport dari luar negara secara terang-terangan menyiarkan gambar model dalam keadaan mengghairahkan.

Antara majalah tersebut ialah Vanity Fair edisi Disember 2012 yang secara terang-terangan menyiarkan empat keping foto model Kate Moss yang tidak memakai coli.

Majalah-majalah lain yang turut memaparkan imej seumpama itu ialah FHM, Maxim, Tattoos, Shape dan Inked.

Jualan majalah erotik itu secara berleluasa di pasaran tempatan dikhuatiri boleh menjejaskan golongan remaja kerana gambar-gambar yang tidak ditapis untuk siaran itu boleh ditatap oleh mereka dengan mudah tanpa sebarang halangan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Badan kutip royalti pelakon

Posted:

Badan kutip royalti pelakon

Badan kutip royalti pelakon


JOSEPH SALANG (kanan) beramah mesra dengan para pelakon tanah air selepas majlis dialog di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Kemelut bayaran royalti kepada penggiat seni lakonan bakal berakhir melalui syarikat Malaysian Screen Actor Guild Berhad (MSAGB) yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun depan.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang berkata, melalui syarikat itu, kadar bayaran kepada pelakon termasuk kaedah royalti dapat dikaji dan diubah suai agar selari dengan tuntutan serta keperluan semasa.

Selain menjadi landasan terbaik dalam soal tuntutan royalti pelakon, katanya, MSAGB juga memberi manfaat kepada perkembangan industri perfileman dan penerbitan rancangan televisyen secara keseluruhannya.

"Saya berharap melalui penubuhan MSAGB, ia dapat mewakili para pelakon, penulis skrip dan keseluruhan rantaian dalam penerbitan supaya mendapat manfaat imbuhan atau royalti hasil daripada karya mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis dialog Kesedaran Hak Cipta Intelek Dalam Kalangan Seniman Malaysia" di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pemuda UMNO bantu isu muflis

Posted:

Pemuda UMNO bantu isu muflis

Pemuda UMNO bantu isu muflis


SOHAIMI (empat dari kiri) berbual dengan rombongan Pemuda UMNO selepas mereka mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Insolvensi di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Pemuda UMNO akan menggunakan media sosial untuk mendapat respons masyarakat mengenai isu muflis menerusi platform Muflis Peluang Kedua yang akan dilancar minggu depan.

Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, melalui ruang yang disediakan menerusi blog, Facebook dan Twitter itu, orang ramai boleh menyalurkan idea dan pandangan mengenai kajian semula Akta Bankrap 1967.

"Selain itu, satu forum mengenai isu muflis juga akan diadakan pada Januari ini," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Insolvensi, Rohana Abd. Malek di sini semalam.

Menurutnya, langkah itu diambil memandangkan ramai golongan muda yang muflis enggan tampil bagi mencari penyelesaian dan akhirnya menyusahkan diri sendiri.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved