Jumaat, 16 November 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Polis bantuan ditahan disyaki curi telefon bimbit

Posted:

Polis bantuan ditahan disyaki curi telefon bimbit

Polis bantuan ditahan disyaki curi telefon bimbit

16/11/2012 10:21pm

SHAH ALAM – Seorang polis bantuan yang bertugas di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Dengkil ditahan kerana disyaki mencuri telefon bimbit di beberapa kedai di sekitar Dengkil, Kajang dan Negeri Sembilan.

Kes dilaporkan berlaku dari 5 Oktober hingga 3 November lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata, suspek yang berusia 25 tahun itu ditahan di Kampung Lengkong, Karak, Pahang dua hari lepas.

"Suspek dipercayai terlibat dalam tujuh kes mencuri telefon bimbit dengan berpura-pura hendak membeli telefon bimbit dan melarikan telefon yang diberikan oleh penjual kepadanya untuk diperiksa," katanya pada sidang media di sini.

Mohd Adnan berkata, polis turut merampas empat telefon pintar dari suspek iaitu sebuah Galaxy SIII, sebuah Galaxy Note II dan dua buah Galaxy Note yang mempunyai nilai pasaran RM5,000.

Suspek ditahan reman sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri di dalam bangunan. – BERNAMA

Pos lancar setem hobi kanak-kanak Boboi Boy

Posted:

Pos lancar setem hobi kanak-kanak Boboi Boy

Pos lancar setem hobi kanak-kanak Boboi Boy

16/11/2012 10:19pm

KUALA LUMPUR – Aksi enam wira watak animasi popular Boboi Boy melakukan hobi masing-masing diabadikan Pos Malaysia Berhad dalam bentuk setem dan sampul surat hari pertama yang akan mula dijual di semua cawangan Pos Besar seluruh negara, Isnin ini.

Watak utama animasi itu, Boboi Boy dipaparkan sedang bermain bola sepak, manakala robot miliknya Ocobot melakukan riadah memancing, Gopal aksi merakam gambar (fotografi), Yaya (membakar biskut), Ying (mengumpul setem) dan Fang bermain muzik.

Ketua Pegawai Penyeliaan dan Pengawalan Industri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Jailani Johari berkata, pemilihan animasi keluaran Animosta Studios Sdn Bhd (Animosta) itu dibuat berdasarkan populariti kartun itu dalam kalangan kanak-kanak.

"Koleksi bertemakan hobi kanak-kanak diharap dapat menarik minat mereka untuk mengumpul setem dan menjadi lebih aktif, berdaya saing dan inovatif dalam pergaulan dan menjalani kehidupan seharian," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran koleksi setem itu, di Ibu Pejabat Pos Malaysia di sini, hari ini.

Jailani berkata, pengeluaran setem Boboi Boy itu bersempena Minggu Setem 2012 merupakan kesinambungan berikutan sambutan baik daripada kalangan peminat setem dan sampul surat hari pertama terhadap dua siri animasi terdahulu.

Pada 2010, Pos Malaysia mengeluarkan setem bertemakan animasi Kampung Boy karya kartunis Lat atau Datuk Mohd Nor Khalid, manakala animasi kembar popular Upin dan Ipin keluaran Les" Copaque Production Sdn Bhd dipilih sebagai tema 2011. – BERNAMA

Pembantu perubatan maut dalam nahas motosikal

Posted:

Pembantu perubatan maut dalam nahas motosikal

Pembantu perubatan maut dalam nahas motosikal

16/11/2012 7:42pm

SEREMBAN – Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah van yang terbabas dari arah bertentangan di Kilometer 14 Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat Bukit Putus, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 1 tengah hari itu, mangsa Yusahizam Mohd. Yusof, 40, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di badan dan kepala.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang bekerja sebagai pembantu perubatan di Hospital Tuanku Ja"afar (HTJ) di sini sedang dalam perjalanan dari Kuala Pilah menuju ke Seremban sebelum terlibat dalam nahas berkenaan.

"Sebaik sahaja mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 tiba di lokasi kejadian, sebuah van jenis Toyota Hiace yang dipandu seorang lelaki dikatakan hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh motosikal mangsa.

"Akibat daripada rempuhan itu, motosikal mangsa terperosok di bawah van berkenaan mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian," katanya di sini hari ini.

Katanya, pemandu van berkenaan yang turut cedera di dada dikejarkan ke HTJ untuk rawatan.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, ASP Abdul Halil Hamzah ketika dihubungi berkata, punca kejadian masih disiasat dan mayat mangsa dihantar ke HTJ untuk bedah siasat. – BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved