Kosmo Online |
- Pekerja pecah amanah 32 ekor ayam, daging
- Geng Sek Taw aktif curi kenderaan tumpas
- Pelajar bakal duduki STPM ditemui lemas
Pekerja pecah amanah 32 ekor ayam, daging Posted: Pekerja pecah amanah 32 ekor ayam, daging09/10/2012 6:37pm SHAH ALAM — Seorang pekerja sebuah pasar raya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan melakukan pecah amanah 32 ekor ayam dan 20 kilogram daging bernilai RM633.40, dua bulan lepas. Noor Shamser Noor Shah, 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Asmadi Hussin. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pasaraya Segi, Jalan Sri Batu Caves, Taman Sri Batu Caves dekat sini, pada 12 tengah malam, 29 Ogos lepas. Noor Shamser didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan. Hakim Asmadi membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM3,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 9 November ini untuk sebutan semula kes.— BERNAMA |
Geng Sek Taw aktif curi kenderaan tumpas Posted: Geng Sek Taw aktif curi kenderaan tumpas09/10/2012 6:19pm KUALA LUMPUR — Polis menumpaskan Geng Sek Taw yang aktif mencuri kenderaan di sekitar Lembah sejak tiga bulan lepas dengan tertangkapnya dua lelaki anggota kumpulan itu di Cheras dan Pandan Perdana di sini, Selasa lepas. Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata, susulan penangkapan lelaki warga tempatan itu, polis menemui semula sembilan kenderaan pelbagai jenis dan peralatan pertukangan dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah. "Suspek berumur lingkungan 38 tahun itu kemudiannya membawa polis ke beberapa lokasi di kawasan tersebut, sekaligus membawa kepada penemuan kenderaan terbabityang diletakkan di tepi jalan, parkir awam dan kawasan perumahan, dipercayai untuk dijual. "Siasatan mendapati lapan jenis kenderaan terbabit dicuri di kawasan Lembah Klang dan sebuah di Pahang, dengan rampasan dianggarkan bernilai RM400,000," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini. Beliau berkata, kenderaan terbabit ialah dua buah Proton Waja serta masing-masing sebuah Proton Wira Aeroback, Kia Optima, Kia Caren, Naza Citra, Hyundai, Toyota Hillux dan Mitsubishi Lancer.— BERNAMA |
Pelajar bakal duduki STPM ditemui lemas Posted: Pelajar bakal duduki STPM ditemui lemas09/10/2012 5:47pm BESUT — Seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bulan depan ditemui lemas hari ini di kawasan perkelahan Air Terjun, Lata Tembakah, Hulu Besut di sini. Ketua Polis Daerah Besut, Supt. Kamaruddin Zakaria berkata, Muhammad Hafiz Azuan Ghazali, 19, tiba di kawasan itu kira-kira 9.30 pagi bersama tiga rakan belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa, Kelantan. "Sejam kemudian mereka naik ke kawasan air di tingkat tiga dan 15 minit kemudian mangsa yang sememangnya tidak tahu berenang didapati hilang dari pandangan rakan-rakannya. "Pada mulanya rakannya menyangka mangsa telah naik ke tebing dan pergi ke kawasan hutan berdekatan tetapi setelah puas mencari tidak menemuinya dan mereka melaporkan kejadian itu kepada petugas dari Jabatan Perhutanan di situ," katanya kepada pemberita.— BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan