Kosmo Online - Negara |
- Eksekutif muda ditipu pencari bakat
- Tarif elektrik kekal hingga Jun tahun depan
- 10,000 orang sudah sertai seminar perangi LGBT
Eksekutif muda ditipu pencari bakat Posted: Eksekutif muda ditipu pencari bakatOleh NOOR HASLIZA NUSI
GEORGE TOWN – Hasrat 100 peserta uji bakat untuk bergelar penyanyi dan model bagi sebuah majalah baharu terkubur apabila mereka mendakwa menjadi mangsa penipuan penganjur pencarian bakat di sini. Mereka yang terdiri daripada pelajar sekolah dan kolej swasta, peragawati sambilan dan eksekutif muda itu merupakan pemenang program Idol Search dan Cover Guy n Gurls bagi majalah tersebut. Program pencarian bakat baharu itu diadakan di sebuah pusat beli-belah di sini pada Jun hingga Julai lalu oleh penganjurnya, seorang lelaki yang berasal dari Kuala Lumpur. Kesemua peserta berusia lapan hingga 28 tahun itu dikenakan bayaran pendaftaran RM50 hingga RM500 dan dijanjikan hadiah lumayan wang tunai RM2,000 dan telefon bimbit. Pemenang turut ditawarkan sebagai penghias muka kulit majalah terbabit serta berpeluang merakamkan album di luar negara seperti Taiwan, Korea Selatan dan China. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Tarif elektrik kekal hingga Jun tahun depan Posted: Tarif elektrik kekal hingga Jun tahun depanKUALA LUMPUR – Kadar tarif elektrik kekal pada paras semasa sehingga Jun tahun depan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui (gambar). Beliau berkata, kerajaan pada awalnya merancang menyemak semula tarif setiap enam bulan, namun Kabinet, yang merupakan pihak berkuasa akhir, menolak pelan itu. Chin berkata, kementerian berkenaan membentangkan kertas mengenai tarif itu baru-baru ini kepada Majlis Ekonomi Negara. "Kabinet tidak meluluskannya. Oleh itu saya menjangkakan semakan semula tidak akan dibuat dan tarif kekal pada tahap semasa," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Seminar Amalan Terbaik Antarabangsa di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
10,000 orang sudah sertai seminar perangi LGBT Posted: 10,000 orang sudah sertai seminar perangi LGBTKANGAR – Seramai 10,000 peserta telah menyertai 13 siri ceramah bagi memerangi gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di seluruh negara setakat ini. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kesemua mereka yang terdiri daripada kepimpinan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), guru kaunseling dan guru penolong kanan hal ehwal murid begitu komited mahu memerangi gejala LBGT habis-habisan. Seminar sama akan berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada 16 Oktober ini. Beliau berkata, gejala LGBT di negara ini semakin membimbangkan dan ia antara cabaran yang perlu ditangani secara bersama oleh kerajaan dan rakyat. "Gejala LGBT yang turut disokong dan diperjuang oleh pihak tertentu di negara ini merupakan ancaman kepada budaya murni rakyat dan boleh mencetuskan suasana tidak sihat dalam negara," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan