Kosmo Online - Negara |
- JD diculik sebab dendam, marah
- Virus korona tidak jejas jemaah haji di Mekah
- Galakkan wanita sertai pasaran kerja – Najib
JD diculik sebab dendam, marah Posted: JD diculik sebab dendam, marahOleh MAZLINA ABDUL MAJID
JOHOR BAHRU – Lima lagi suspek yang disyaki terbabit dalam kes menculik juruhebah (DJ) stesen radio Best 104, Johor pada Sabtu lalu selepas mangsa dikatakan menolak cinta seseorang Ahad lalu diberkas semalam menjadikan penculik yang ditahan setakat ini meningkat kepada tujuh orang. Pada Ahad lalu, polis memberkas dua suspek termasuk bekas kekasih juruhebah yang popular dengan panggilan JD itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dr. Hashim Haron berkata, kelima-lima suspek yang berumur 15 hingga 21 tahun itu ditahan di sekitar negeri ini pada pukul 2 pagi. Kelima-lima suspek itu direman bermula semalam hingga 8 Oktober depan manakala bekas kekasih JD dan seorang lagi suspek direman sehingga 7 Oktober ini. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Virus korona tidak jejas jemaah haji di Mekah Posted: Virus korona tidak jejas jemaah haji di MekahBERJUTA umat Islam termasuk dari Malaysia kini berada di Mekah untuk mengerjakan ibadah haji. KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr. Abdullah Abdul Aziz Ar-Rabeeah berkata, virus korona yang dikesan di negara itu adalah terkawal dan tidak membahayakan jemaah haji yang berada di Tanah Suci. Setakat ini, dua orang maut termasuk seorang warga Arab Saudi kerana virus itu tetapi pihak berkuasa negara itu mengesahkan tiada seorang pun daripada jemaah yang tiba di negara itu dijangkiti sebarang virus atau penyakit. Jangkitan virus korona menyebabkan sindrom pernafasan akut teruk (SARS) yang menjejaskan sistem pernafasan dan boleh membawa maut. Abdullah yang dipetik oleh Emirates News Agency pada Isnin berkata, jangkitan virus korona yang mencatatkan dua kes baru-baru ini masih terkawal dan tidak perlu dibimbangkan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Galakkan wanita sertai pasaran kerja – Najib Posted: Galakkan wanita sertai pasaran kerja – NajibNAJIB dan Rosmah (lima dari kiri) bergambar bersama Sukumari (kiri) dan Bhupalan (dua dari kiri) pada sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2012 di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR – Pelbagai usaha akan terus dilaksana untuk membolehkan lebih ramai golongan wanita kembali ke pasaran kerja di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata, walaupun lebih 60 peratus penuntut universiti di negara ini adalah wanita, jumlah itu tidak dicerminkan dalam pasaran kerja dan ia merupakan satu kerugian kepada negara. Perdana Menteri berkata, hanya 46 peratus tenaga kerja dalam pasaran pada masa kini adalah wanita kerana kebanyakan mereka memilih untuk memberi fokus kepada pengurusan rumah tangga. "Rugi wanita kita belanja besar, hantar belajar tinggi-tinggi di universiti tetapi lepas itu berhenti kerja," katanya pada majlis sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2012 yang bertemakan Wanita Pencetus Ekonomi Baru di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan