Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Sultan Terengganu rasmi persidangan lebah Asia ke-11
- 52 kontinjen sertai Hari Malaysia peringkat Kelantan
- Major UPSI anjur program integrasi
Sultan Terengganu rasmi persidangan lebah Asia ke-11 Posted: Sultan Terengganu rasmi persidangan lebah Asia ke-11SULTAN MIZAN (tengah) bersama Ahmad Said (baju merah) melihat madu lebah dari Korea selepas merasmikan Persidangan Persatuan Pelebahan Asia dan Apiexpo Ke-11 di Kuala Terengganu baru-baru ini. KHASIAT. Sebanyak 27 buah negara menyertai Persidangan Persatuan Pelebahan Asia dan Apiexpo Ke-11 di Kuala Terengganu, Terengganu baru-baru ini. Majlis perasmian persidangan disempurnakan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Presiden Persatuan Pelebahan Asia, Siriwat Wong Seri. Pengerusi persidangan, Datuk Dr. Makhdzir Mardan berkata, persidangan dan ekspo selama lima hari itu dianjurkan oleh kerajaan negeri dan Yayasan Diraja Sultan Mizan yang menyaksikan Terengganu dipilih menjadi tuan rumah selepas Busan, Korea. Katanya, tujuan persidangan adalah untuk menjalin kerjasama dan pertukaran ilmu mengenai industri pelebahan dunia. Antara negara yang menyertai persidangan itu adalah Kanada, Jepun, Iran, Venezuela, Australia, China, Indonesia dan New Zealand. |
52 kontinjen sertai Hari Malaysia peringkat Kelantan Posted: 52 kontinjen sertai Hari Malaysia peringkat KelantanANTARA anggota beruniform yang terlibat dalam perbarisan sempena Majlis Sambutan Hari Malaysia ke-49 tahun 2012 Peringkat Negeri Kelantan di padang KTMB, Tumpat baru-baru ini. MERIAH. Sebanyak 52 kontinjen yang mewakili jabatan masing-masing memeriahkan perbarisan sempena sambutan Hari Malaysia yang diadakan di padang Keretapi Tanah Melayu (KTMB) Tumpat, Kelantan baru-baru ini. Pelbagai persembahan diadakan bagi memeriahkan majlis antaranya T-Baton, permainan gendang Gedombak Panjang, seni mempertahankan diri daripada Angkatan Tentera Malaysia dan deklamasi sajak. Selain itu, orang ramai juga dijamu dengan pelbagai juadah menarik. |
Major UPSI anjur program integrasi Posted: Major UPSI anjur program integrasiSEBAHAGIAN ahli-ahli Major dan penduduk Orang Asli di SK Sayong Pinang, Kota Tinggi baru-baru ini. PROGRAM. Majlis Perwakilan Pelajar Mahasiswa Anak-Anak Johor (Major) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan Program Pengintegrasian Pendidikan Bersama Masyarakat Orang Asli di Sekolah Kebangsaan (SK) Sayong Pinang, Kota Tinggi, Johor baru-baru ini. Seramai 40 orang termasuk 19 wakil penganjur terdiri daripada mahasiswa UPSI khususnya anak-anak Johor melibatkan masyarakat Orang Asli di tiga kampung penduduk pribumi itu iaitu Kampung Orang Asli Sayong Pinang, Kampung Orang Asli Pasir Intan dan Kampung Orang Asli Kempas Menang. Program selama tiga hari tersebut dipenuhi dengan pelbagai aktiviti termasuk ujian personaliti, motivasi, mentor mentee, menghias sekolah dan latihan dalam kumpulan. Ia dirasmikan oleh Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique. Pengarah program, Muhammad Faisal Samsudin memberitahu, program itu dapat mendedahkan mahasiswa tentang pengurusan sesuatu program yang hendak dijalankan. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan