Jumaat, 7 Oktober 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Xplorace KL gegar ibu kota

Posted:

Xplorace KL gegar ibu kota

Xplorace KL gegar ibu kota

KERJASAMA yang berkesan antara ahli kumpulan dalam menyelesaikan sesuatu cabaran atau teka-teki bakal melayakkan mereka menerima hadiah menarik.


WALAUPUN Kuala Lumpur sudah dikenali seantero dunia, namun pelbagai usaha masih dan akan dilakukan demi menyaksikan ibu negara Malaysia ini terus mengungguli carta destinasi pilihan pelancong domestik dan antarabangsa.

Menyedari itu, Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya bakal menganjurkan program Santai Tourism Xplorace KL.

Program berbentuk cabaran perlumbaan yang diadakan dengan kerjasama Red Adventure, Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia (TRAM), AMR dan majalah Santai itu akan diadakan di sekitar Kuala Lumpur pada 15 Oktober ini.

Menurut Pengarah Urusan Red Adventure, Narimah Samat, 37, Santai Tourism Xplorace KL itu diilhamkan untuk merancakkan lagi usaha mempromosikan Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan pilihan pelancong domestik dan antarabangsa.


SAMBIL berpeluang melawat lokasi pelancongan, perlumbaan Xplorace KL bakal menduga para peserta dengan pelbagai ujian fizikal yang menyeronokkan.


"Beberapa lokasi tertentu di Kuala Lumpur mempunyai tarikan dan keistimewaan tersendiri dan ia perlu diketengahkan supaya lebih dikenali dan berupaya menjadi produk pelancongan berkualiti terutama sekali di taman-taman awam yang setiap satu daripadanya memiliki tarikan tersendiri," katanya.

Acara berbentuk cabaran perlumbaan itu mensasarkan penggiat industri pelancongan tanah air khususnya pihak media, agensi pelancongan, hotel, pengangkutan dan orang awam termasuk syarikat swasta, persatuan-persatuan sukan, individu dan lain-lain.

Mengulas lanjut, katanya, perlumbaan yang menyaksikan satu pasukan mengandungi tiga anggota lelaki dan wanita itu akan bermula di Pasar Seni (Central Market) pada kira-kira pukul 1 petang dan dijangka berakhir sekitar pukul 9 malam.

"Para peserta akan bergerak ke arah destinasi yang telah ditetapkan di sekitar bandar raya dengan menaiki pengangkutan awam, dan mereka perlu menyelesaikan beberapa tugasan di enam lokasi sebelum menuju ke garisan penamat di Taman Tasik Titiwangsa," tambahnya.

Sementara itu, katanya, cabaran perlumbaan itu terbuka kepada penyertaan orang ramai termasuk penggiat industri pelancongan, syarikat korporat dan persatuan sukan.


SETIAP kumpulan yang menyertai perlumbaan ini perlu terdiri daripada tiga orang ahli termasuk wanita.


Setiap pasukan hendaklah mengandungi tiga orang termasuk wanita dengan hadiah wang tunai ditawarkan kepada pemenang tempat pertama sehingga tempat ke-30 termasuk sijil.

Tempat pertama bakal membawa pulang wang tunai RM1,500; tempat kedua RM1,000; tempat ketiga RM700; tempat keempat RM500; tempat kelima RM300; tempat keenam hingga ke-10 RM200; tempat ke-11 hingga ke-20 RM100' tempat ke-21 hingga ke-30 RM50, manakala tempat ke-31 hingga ke-40 bakal menerima hamper dan sijil.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, hubungi e-mel red.adventure@yahoo.com atau sistem pesanan ringkas (SMS) ke talian 013-2229020.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved