Isnin, 24 Oktober 2011

Kosmo Online - Urban


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Urban


Kenali produk halal negara

Posted:

Kenali produk halal negara

Kenali produk halal negara

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID

DI CELAH-CELAH lautan manusia yang membanjiri Dewan 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini, ramai pengunjung tertawan dengan seni kaligrafi seorang jurukhat antarabangsa yang dikenali sebagai Imam Soleh Yu Jin Xue, 41.

Jin Xue yang berasal dari Gansu, China memberitahu, dia teruja melibatkan diri dalam Halal Fiesta Malaysia (Halfest) yang diadakan di ibu kota pada 12 hingga 16 Oktober lalu.

"Halal tidak terhad kepada makanan dan minuman saja, tapi ia mempunyai makna yang lebih luas meliputi setiap tindakan yang dilakukan manusia. Kerana melihat halal secara lebih luas, maka saya ke sini dalam mempromosikan seni khat yang menjadi darah daging umat Islam serata dunia," katanya seperti yang diterjemah oleh pengurusnya, Ihsan Chew dalam bahasa Inggeris.

Tulisan khat yang dipetik dari al-Quran nukilan Jin Xue yang juga merupakan ahli kepada Persatuan Jurukhat Kebangsaan China penuh pesona.

Kreativitinya membentuk rangkaian ayat suci menjadi bunga-bungaan, pasu, daun dan beberapa motif lain berjaya menunjukkan sisi unik seni kaligrafi negara China.

Rata-rata hasil khatnya dijual bermula pada harga RM80 hingga RM150.


INISIATIF syarikat Hyper Food Industries Sdn. Bhd. membolehkan orang Islam merasai kepingan daging salai yang istimewa ini.


Kaligrafi adalah sebahagian daripada isi Halfest. Namun, ekspo yang disifatkan sebagai pesta makanan dan minuman itu, tidak lengkap tanpa kehadiran lebih 600 pempamer lain yang membawa produk-produk yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Halfest, Mohd. Shukri Abdullah, objektif penganjuran acara itu adalah untuk memberi kesedaran kepada pengguna tentang peri pentingnya memiliki barangan yang diiktiraf halal dalam kehidupan seharian.

"Pada masa yang sama, kita turut menonjolkan produk-produk buatan syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan," ujar Mohd. Shukri.

Antara banyak 500 syarikat tempatan yang menyertai Halfest, keunikan kuih bakar yang dihasilkan oleh Perusahaan As-Nur yang bertapak di Kampung Pasir, Semenyih, Selangor begitu menggamit perhatian ramai.

"Meskipun ia makanan sejuk beku, kami masih mengekalkan adunan asli. Cuma kami tak membakarnya secara tradisional, sebaliknya menggunakan ketuhar," kata Pengurus Pemasarannya, Riduan Kamarudin.

Menariknya, kuih bakar yang berjenama Nura ini mempunyai pelbagai rasa seperti labu, pandan, jagung, keladi dan kuih bakar berlauk. Ia dijual antara RM3.99 hingga RM4.99 sebiji.

Kepingan daging salai


PENGGUNA perlu berhati-hati kerana bukan semua kosmetik halal.


Masih lagi bercerita tentang makanan halal. Biasanya, makanan berupa daging salai panggang kering cukup terkenal dalam kalangan masyarakat Cina.

Namun, inisiatif sebuah syarikat usahawan Melayu iaitu Hyper Food Industries Sdn. Bhd. telah menjadikan hasrat orang Islam merasainya menjadi kenyataan.

Difahamkan, produk ini dikomersialkan dengan teknologi terkini menggunakan ketuhar salai khas berkapasiti tinggi bagi menjamin mutu dan kualitinya. Selain daging salai, turut dipromosikan ialah ayam salai dan sate salai.

Hyper Food berikrar untuk menjadikan sajian itu sebagai makanan diet popular dalam kalangan keluarga Muslim di dalam dan di luar negara.

Selain itu, kita selalu terdengar mengenai kek lapis Sarawak. Tetapi kini, wujud pula kek lapis Johor yang dibawa oleh usahawan wanita bernama Zaveen Lee.

Mungkin ada sedikit persamaan rasa dengan kek lapis Sarawak, namun kek lapis cempedak yang diilhamkan olehnya menjadikan produknya lain daripada lain.

"Saya adun sendiri kek-kek ini dan ia mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan di Johor dan Singapura," katanya yang berpangkalan di Taman Perling, Johor Bahru.

Di sudut lain pameran, pengunjung akan menemui produk lilin diperbuat daripada sarang lebah. Walau kedengaran pelik, ia berjaya dihasilkan oleh Syarikat TLH Product Industries Sdn. Bhd.

Pengurusnya, Wan Azila Wan Ismail memberitahu, bau lilin tersebut memberi kebaikan kepada penghidap asma.

Selain itu, demi merangsang kanak-kanak mahupun orang dewasa menikmati madu yang baik untuk kesihatan, syarikat ini memperkenalkan Honey Sticks.

"Cara menikmati Honey Sticks ini tidak ubah seperti makan aiskrim. Pembungkusan ini dikira sangat praktikal terutama dalam menggalakkan kanak-kanak makan madu yang bagus untuk tubuh badan mereka," kata Wan Azila.

50,000 pengunjung


LILIN lebah dikatakan mampu merawat sinus.


Berbanding ekspo-ekspo lain yang pernah dikunjungi warga kota, Halfest merupakan ekspo halal terbesar di Malaysia.

Selain aktiviti jual beli, pengunjung Halfest juga berpeluang menyaksikan demonstrasi masakan oleh tukang masak terkemuka negara seperti Chef Zam, Chef Noordin Ahmad dan Chef Ricky.

Mereka menunjukkan secara langsung kepada tetamu tentang cara menyediakan kek yang lazat, biskut termasuk variasi masakan tradisional.

Bagi menghargai produk yang dikeluarkan oleh para peserta Halfest, para tukang masak itu menggunakan produk dan ramuan usahawan-usahawan tersebut.

Kepada pengunjung bertuah yang mempunyai kad Touch n' Go pula, mereka turut dijemput untuk memasak bersama selebriti yang hadir.

Halfest kali ini tidak ketinggalan membawa ikon-ikon Malaysia yang mempunyai jenama produk sendiri. Antara yang paling mencuri tumpuan semestinya produk kosmetik SimplySiti hasil inovasi penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.


ORANG ramai menjadikan karnival ini sebagai platform mengenali produk halal yang terdapat di pasaran.


Selain artis popular, pengunjung-pengunjung cilik dihiburkan dengan watak kartun kegemaran ramai, Upin & Ipin.

Aktiviti-aktiviti lain yang menggamatkan suasana di Halfest ialah seperti Pertunjukan Fesyen Muslimah oleh Young Designers Arena (Yoda), demonstrasi kecantikan, cabutan bertuah dan banyak lagi acara untuk disertai pengunjung.

Halfest dibawakan khas oleh CIMB Islamic Bank Bhd., dihoskan oleh Halal Industry Development Corporation (HDC). Antara penganjur lain ialah Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Ekspo selama lima hari itu berjaya menarik kehadiran kira-kira 50,000 pengunjung berbilang bangsa dan agama.

Dalam pada itu, tinjauan Kosmo! mendapati rata-rata pengunjung berpuas hati lantaran berpeluang mengenali lebih banyak barangan halal di negara ini.

"Sekarang ini, ke mana saja kita pergi, orang bercakap pasal halal dan ekspo ini telah memberi pendedahan yang sewajarnya kepada saya," kata Suria Al-Ehsan, 32.

Bagi Tan Su Lin, 23, tawaran harga murah yang ditawarkan pada ekspo itu sangat menarik perhatiannya.

"Biasanya, pada orang akan menantikan saat-saat akhir kerana harga akan menjadi semakin murah," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Halfest lonjak industri halal negara

Posted:

Halfest lonjak industri halal negara

Halfest lonjak industri halal negara


ANDA boleh beurusan dengan bisnes kek lapis Zaveen di http://lapissarawak.blogspot.com.


KATA Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Halal Fiesta Malaysia (Halfest) merupakan inisiatif khusus yang dirangka untuk membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengembangkan perniagaan di peringkat global.

"Ia merupakan landasan kepada usahawan PKS yang terlibat dengan industri halal untuk mempromosikan produk mereka.

"Menerusi Halfest, kami berharap akan dapat menambah jumlah pengusaha tempatan dalam industri ini dan juga mengenal pasti usahawan yang berpotensi untuk diketengahkan," katanya.

Halfest merupakan pameran khusus untuk produk serta perkhidmatan yang mendapat pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ia berlangsung selama lima hari bermula 12 hingga 16 Oktober lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Menurut Mustapa, negara mencatatkan jumlah eksport sebanyak RM8.2 bilion tahun lalu bagi produk halal meliputi makanan dan minuman serta berhasrat untuk meningkatkan aktiviti eksport tersebut.

Ujarnya lagi, negara bukan sekadar mempunyai produk makanan dan minuman halal, malah mempunyai produk halal lain untuk keperluan bidang farmaseutikal dan kosmetik.

Selain itu, Malaysia juga menawarkan perkhidmatan seperti sistem perbankan Islam.

Dalam pada itu, untuk rekod, sebanyak 4,787 sijil halal telah dikeluarkan oleh Jakim kepada syarikat tempatan.

Full content generated by Get Full RSS.

Aura oasis di Hotel Hilton PJ

Posted:

Aura oasis di Hotel Hilton PJ

Aura oasis di Hotel Hilton PJ

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID


DEWAN besar yang diberi nafas baharu ini dijangka menarik lebih ramai pelanggan untuk melangsungkan upacara perkahwinan atau majlis-majlis korporat berskala besar.


HOTEL Hilton yang terletak di Petaling Jaya (PJ) merupakan sebuah hotel yang berada di liganya tersendiri. Usianya yang menjangkau 27 tahun pada tahun ini melambangkan betapa kukuhnya jenama Hilton di Malaysia.

Selepas hampir tiga dekad beroperasi, mungkin pihak pengurusan hotel berpendapat, sudah tiba masanya hotel tersebut dihias semula dengan konsep yang lebih mengagumkan.

Rentetan daripada itu, Hotel Hilton PJ melakukan pengubahsuaian secara besar-besaran terhadap 100 buah bilik penginapannya, dewan besar, bilik mesyuarat termasuk ruang istirehat eksekutifnya.

Menurut Pengurus Besar Hotel Hilton PJ, Chris Ehmann, pihaknya telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta demi memberi nafas baharu terhadap hotel pilihan ramai itu.

"Kerja-kerja mengubah suai mula dilaksanakan pada Mei lalu.


TANGGA lekuk dengan simbahan warna bumi ini seolah-olah menyambut kehadiran tetamu yang datang bertandang.


"Ia dilakukan secara berperingkat dan kita jangkakan proses (pengubahsuaian) ini akan berakhir pada penghujung tahun ini," katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman pengubahsuaian Hotel Hilton, PJ kepada pihak media dan pelanggan-pelanggan setianya baru-baru ini.

Konsep oasis

Kepada mereka yang sudah biasa menginap di hotel tersebut, pastinya akan terpukau dengan perubahan drastik yang dilakukan. Dapat disimpulkan, perbezaan yang dibawa penuh elegan dan ia berbaloi dengan nilai yang dibayar untuk hospitaliti sebuah hotel.

Paling menonjol ialah konsep atau tema yang dipilih pada bilik-bilik tetamu. Sesungguhnya, adaptasi konsep oasis kontemporari berjaya menaikkan aura dan seri setiap bilik tidak mengira kategori.


PENGURUSAN hotel percaya bahawa pembaharuan yang dilaksanakan bakal menggamit lebih ramai pengunjung ke sana.


Menerusi tema itu, pereka dalaman yang dilantik, Bluwa ter Design Studio, bermain dengan rangkaian warna-warna seperti hitam, coklat, putih gading lembut dan khaki yang menjadi latar setiap bilik.

Tidak terkecuali dengan perabot-perabot yang diilhamkan dengan warna yang sama dan berpadanan.

Sesuai dengan status hotel lima bintang, kesemua bilik juga dilengkapi tilam mewah, meja tulis yang boleh diubah suai dan kerusi yang ergonomik.

Selain itu, semua ruang bilik turut dilengkapi dengan teknologi moden bagi keselesaan maksimum baik untuk pengunjung yang datang bersantai ataupun bisnes.


BAGI para eksekutif atau ahli perniagaan yang berurusan atau bermesyuarat dengan dengan klien, hotel ini merupakan lokasi pertemuan paling terbaik di ibu kota.


Antaranya termasuklah akses talian telefon IDD, televisyen LCD berukuran 42 inci, bar mini dan sebagainya.

Pihak pengurusan juga dilihat sangat menitikberatkan suasana di ruang bilik mandi yang dilihat lebih terbuka dan bebas. Setiap bilik mandi di bilik penginapan pengunjung didominasi dengan kemasan cermin.

Kemasan jubin dan lantai terazo yang berwarna coklat perang turut membangkitkan keterujaan. Barangkali, tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa ramai akan suka memasuki tempat tersebut semata-mata kerana kebersihan dan keselesaan yang ditampilkan.

Dewan luas

Beralih kepada dewan besar yang biasa dijadikan lokasi meraikan perkahwinan atau majlis-majlis korporat yang lain.

Melangkah masuk ke dewan yang baharu diubahsuai itu, pengunjung pasti melihat enam buah lampu yang berbentuk gegelung.

Keindahan kepada ruang itu ditambah lagi dengan deretan lampu-lampu pijar yang memancarkan cahaya yang minimum.

Pastinya, dewan yang boleh memuatkan antara 500 hingga 600 orang tetamu itu berupaya menyuntik kenangan indah untuk hiasan sebuah majlis perkahwinan.

Bagaimanakah pula penataan untuk bilik mesyuarat?


MEMUKAU. Konsep baharu Hotel Hilton PJ yang menerapkan konsep oasis berjaya menaikkan seri dan sisi eksklusif hotel lima bintang ini.


Ya, ia masih berteraskan konsep oasis. Namun, para tetamu mempunyai pilihan sama ada warna merah atau warna bumi pada dekorasi kerusi dan meja.

Itu semua dilakukan demi memberi kepuasan kepada para tetamu korporat yang lazimnya berkehendakkan suasana yang merangsangkan ketika mengadakan sesi perbincangan bersama klien.

Menurut Chris, tempahan untuk semua kemudahan yang telah diberi nafas baharu itu sudah mula dibuka pada 1 Oktober lalu.

Berhubung soal harga, beliau memaklumkan terdapat sedikit peningkatan. Bagaimanapun, Chris menegaskan, harga yang ditetapkan itu sesuai dengan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved