Selasa, 18 Oktober 2011

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Sekadar gosip media Indonesia

Posted:

Sekadar gosip media Indonesia

Sekadar gosip media Indonesia

DUA figura ini merupakan tunjang utama filem Gerimis Mengundang.


KAMAL ADLI dan Olivia Lubes Jensen adalah nama yang cukup besar dalam industri seni di negara masing-masing. Dengan populariti yang diraih itu menyebabkan mereka telah digandingkan dalam sebuah filem berjudul Gerimis Mengundang yang diterbitkan oleh Erama Creative Sdn. Bhd.

Sebuah filem bercorak cinta, Gerimis Mengundang mengisahkan mengenai seorang juruterbang bernama Zamani (Kamal Adli) telah bertemu dengan seorang gadis dari Jakarta (Olivia) yang juga anak kepada Pak Harjo, wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia di Malaysia.

Dengan satu pertemuan yang tidak disengajakan ketika berada di Kota Kinabalu, Sabah dalam satu situasi salah faham sehingga membabitkan perasaan cinta di antara mereka berdua.

Bagaimanapun, di sebalik pembikinan filem yang kali pertama menggabungkan kedua-dua pelakon itu, terdapat satu kisah menarik yang dipaparkan tentang hubungan cinta yang terjalin di antara mereka berdua.

Dalam rancangan hiburan, Informasi Selebriti yang diterbitkan di negara tersebut dan pernah disiarkan di Malaysia melalui saluran Indopek Astro, mereka berdua digambarkan sebagai pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta.

Ketika ditemui ketika proses alih suara filem berkenaan di ibu negara minggu lalu, Kamal dengan bersungguh-sungguh menafikan menjalin hubungan istimewa dengan pelakon cantik dari negara seberang itu.

"Sebenarnya apa yang dipaparkan dalam rancangan berkenaan adalah gosip yang sengaja direka-reka oleh pihak produksi. Apa yang saya tahu, mereka sengaja berbuat demikian memandangkan Olivia bergandingan dengan saya dalam filem Gerimis Mengundang.

"Dalam rakaman rancangan itu, mereka memaparkan yang kami berdua pergi bercuti bersama-sama di Sabah, sedangkan ketika itu kami sedang menjalani penggambaran. Kalau ke mana-mana pun kami turut ditemani orang lain termasuk Ahmad Idham," jelasnya dengan bersungguh-sungguh.

Menurut Kamal, dia sendiri sangat terkejut ketika menonton rancangan tersebut, namun dia dengan tegas menyatakan kisah yang dipaparkan itu adalah sebahagian daripada permainan media Indonesia.

Ujarnya, ketika rakaman rancangan itu dilakukan dia beranggapan ia adalah sebuah rakaman biasa tanpa mengetahui bahawa 'percintaan' mereka di lokasi penggambaran Gerimis Mengundang cuba disensasikan.

"Sebenarnya saya tidak mahu kecoh mengenai perkara ini kerana merasakan tidak ramai yang tahu kecuali penonton di Indonesia. Namun, saya tidak sangka ia akan turut disiarkan di sini.

"Cuma saya terpaksa menerangkan situasi yang sebenar kepada ahli keluarga dan Intan supaya mereka tidak keliru. Saya berasa lega dan syukur kerana mereka faham dengan perkara tersebut," ujarnya.


KAMAL ADLI terkejut dikatakan bercinta dengan Olivia Lubes Jensen.


Sementara itu, Olivia yang turut ditemui pada masa yang sama turut memberitahu dia dan Kamal sememangnya tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dan menganggap hubungan mereka adalah sebagai rakan sesama artis.

Ujarnya, sebagai seorang artis baharu yang sedang meningkat naik, dia sudah biasa digosipkan dengan ramai artis lelaki popular di sana dan tidak berasa terlalu tertekan dengan gosip tersebut.

"Lagipun saya sendiri tahu yang Kamal sudah mempunyai kekasih di sini dan hubungan kami memang tidak lebih daripada teman biasa. Namun, saya agak sudah tentu dia kurang selesa dengan gosip sebegini.

"Secara jujurnya sangat senang berlakon dengannya kerana dia adalah seorang pelakon yang bagus. Walaupun perbezaan umur kami agak jauh, tetapi ia tidak menyukarkan kami untuk mencari keserasian bersama dalam filem ini," jelas pelakon yang baru menjangkau usia 18 tahun itu.

Belum bersedia

Di sebalik gosip hangat yang telah melanda dirinya itu, Kamal memberitahu perkara sebegitu sebenarnya ada membawa perkara positif kepada dirinya apabila semakin dikenali di Indonesia.

"Boleh dikatakan semenjak gosip tersebut tersebar memang semakin ramai yang sudah mengenali saya. Malah, terus terang saya katakan sudah ada beberapa produksi yang melamar saya untuk berlakon sinetron di Indonesia," ujarnya.

Biarpun sudah menerima tawaran untuk berlakon dalam sinetron di Indonesia, dia mengakui pintu hatinya buat masa ini masih belum terbuka untuk mengembangkan sayap di negara berkenaan.

Tidak menafikan sama sekali tawaran yang diterima sememangnya cukup lumayan, namun pelakon yang pernah popular menerusi drama bersiri Gemilang itu menyatakan dia masih lagi seronok dan gembira untuk terus berlakon di Malaysia.

"Kalau melihat dari satu sudut memang ia merupakan satu peluang yang tidak harus dilepaskan. Selain industri lakonan di sana yang lebih besar, bayaran yang diterima oleh pelakon sangat lumayan.


GELAGAT mesra Kamal dan Olivia pada sesi memasukkan suara filem Gerimis Mengundang di Kuala Lumpur baru-baru ini.


"Bagaimanapun, saya merasakan buat masa sekarang ini saya masih belum cukup bagus lagi untuk bersaing dengan pelakon-pelakon hebat di sana. Jadi, lebih baik kalau saya terus mencipta nama di negara sendiri," jelasnya.

Ditanya sama ada dia tidak menyesal kerana melepaskan peluang keemasan yang telah diberikan, pelakon itu memberitahu bahawa ia semuanya bergantung kepada rezeki dan akan memikirkan kembali sekiranya mendapat peluang yang sama pada masa akan datang.

Pilih filem

Jika kebanyakan pelakon di Indonesia dilihat berminat untuk berlakon dalam sinetron, tetapi Olivia mengambil pendekatan sebaliknya apabila dia lebih memilih filem dalam mengembangkan sayap lakonannya.

Semenjak muncul dalah filem pertama berjudul Bukan Cinta Biasa pada tahun 2009 ketika berusia 15 tahun, sehingga kini dia sudah membintangi sebanyak tujuh buah filem.

"Selama saya berkecimpung dalam dunia lakonan selama tiga tahun, saya lebih memilih untuk berlakon filem berbanding sinetron. Salah satu sebabnya filem tidak memerlukan tempoh yang lama untuk dihasilkan.

"Lagipun ketika sedang aktif sebagai pelakon, saya juga masih lagi bersekolah. Saya bimbang kalau tidak dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya kalau berlakon dalam sinetron," jelasnya yang telah pun menamatkan alam persekolahan.

Antara filem-filem lakonannya adalah Kembang Perawan, Cinta 2 Hati, The Tarix Jabrix 3, Milli & Nathan dan Masih Bukan Cinta Biasa, manakala satu-satunya sinetron yang pernah dibintanginya iaitu Hafizah.

Ditanya pengalaman sepanjang berlakon dengan pelakon dan tenaga produksi dari Malaysia, Olivia menjelaskan ia adalah satu pengalaman yang cukup menarik dan gembira dapat berlakon dalam filem tersebut.

"Ternyata banyak yang saya pelajari terutamanya mengenai cara pembikinan sesebuah filem di Malaysia. Jika diberi peluang untuk berlakon lagi di sini, sudah tentu saya tidak akan menolak," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Aishwarya tarik minat kaki judi

Posted:

Aishwarya tarik minat kaki judi

Aishwarya tarik minat kaki judi


AISHWARYA kelihatan berisi dalam foto yang dirakam di Mumbai pada 9 Oktober lalu.


AISHWARYA RAI yang dijadual melahirkan anaknya menjelang bulan November ini bukan sahaja mengujakan kaum keluarga, sahabat dan para peminatnya tetapi juga golongan kaki judi.

Ini kerana aktres jelita itu kini semakin hampir kepada tarikh untuk melahirkan anak sulungnya hasil perkahwinannya dengan aktor Abhishek Bachchan yang dijangka sekitar minggu kedua bulan November nanti.

Sumber berkata: "Kaki judi kini sedang sibuk untuk bertaruh bahawa Aishwarya akan melahirkan anak sulungnya itu menjelang 11 November ini kerana taksub dengan tarikh yang boleh ditulis sebagai 11.11.11 itu."

"Satu lagi tarikh yang menjadi pilihan kaki judi dalam bertaruh untuk kelahiran anak sulung Asihwarya adalah pada tarikh yang jatuh pada Hari Kanak-Kanak iaitu pada 14 November ini."

Full content generated by Get Full RSS.

Badai Semalam ke Singapura

Posted:

Badai Semalam ke Singapura

Badai Semalam ke Singapura

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


UMIE, Aaron dan Erra bakal menyuntik aura masing-masing dalam pementasan teater Badai Semalam.


TIDAK keterlaluan jika dikatakan novel berjudul Badai Semalam hasil nukilan novelis Khadijah Hashim sememangnya adalah antara novel Melayu terbaik yang pernah dihasilkan setakat ini.

Ketika dihasilkan kira-kira tiga dekad yang lalu, watak-watak dalam novel berkenaan seperti Mazni, Karim dan Zaki dilihat sangat dekat kehidupan masyarakat pada masa itu.

Maka, tidak hairanlah novel tersebut sudah banyak kali diulang cetak apabila ia terus diminati generasi hari ini lantaran jalan ceritanya yang dilihat masih lagi relevan dengan keadaan masyarakat sekarang.

Bermula dengan sebuah novel yang turut dijadikan teks kesusasteraan Melayu di sekolah-sekolah, kemudian ia diadaptasi menjadi sebuah drama radio dan selepas itu drama televisyen, kali ini ia diangkat pula ke pentas teater.

Menariknya, teater yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada 11 hingga 20 November 2011 nanti turut dijayakan dengan nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Aaron Aziz, Erra Fazira, Datin Paduka Umie Aida, Fizz Fairuz dan Ziela Jalil.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani berkata, biarpun Badai Semalam baru kali pertama dipentaskan di situ, namun sambutan yang diterima daripada orang ramai sangat menggalakkan.

"Apa yang boleh saya maklumkan, jualan tiket untuk teater ini sangat laris apabila 50 peratus daripadanya sudah pun terjual dalam tempoh sebulan semenjak ia mula dijual pada bulan lalu.

"Sehinggakan pihak kami terpaksa menyimpan tiket-tiket untuk tayangan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad semata-mata mahu memberi peluang kepada penonton dari Kuala Lumpur untuk menonton teater ini," jelasnya pada satu majlis sidang akhbar baru-baru ini.

Pada majlis yang sama, turut diadakan acara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara IB dan Frensis Sdn. Bhd. dengan Kumpulan Utusan dan Sinar FM yang bertindak sebagai rakan media rasmi yang dihadiri Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Pengurus Saluran Sinar FM, Rostam Said.

Penghormatan

Menurut Juhari, biarpun teater ini masih lagi belum dipentaskan kepada orang ramai, namun pihaknya sudah mendapat undangan untuk dipentaskan di Esplanade, Singapura pada tahun hadapan.


DARI KIRI: Rostam, Aziz, Mohamed Juhari dan Erra pada sidang akhbar pementasan teater Badai Semalam di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.


"Bagi kami ia merupakan satu penghormatan yang cukup besar apabila pihak Esplanade Theatre telah membuat permintaan untuk mementaskan teater Badai Semalam di situ. Cuma buat masa ini kami masih lagi belum memberi kata putus kepada mereka," jelasnya.

Sementara itu, penulis asal novel ini, Khadijah Hashim yang turut hadir pada majlis tersebut berkata, dia sebenarnya merasa sangat gembira apabila novelnya itu diangkat ke pentas teater selepas drama radio dan televisyen.

Ujarnya, dia sendiri pada mulanya tidak menyangka Badai Semalam akan dipentaskan di IB dan mengakui langsung tidak keberatan untuk membenarkan ia dibawa ke pentas teater pula.

"Lagipun novel saya ini sudah mendapat sambutan yang baik sejak dahulu lagi di Malaysia dan Singapura. Malah, saya juga akan memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak yang mahu membuat filem berdasarkan novel saya ini pada masa akan datang," ujarnya.

Selain menampilkan nama-nama hebat dalam industri seni tanah air, teater tersebut bakal diarahkan oleh Khairunazwan Rodzy, manakala skripnya pula dihasilkan oleh Erma Fatima, Aminah Rhapor dan Rahimidin Zahiri.

Tiket-tiket untuk menyaksikan teater tersebut masih lagi dijual dengan harga RM30, RM50, RM70, RM100, RM150 dan RM300 yang boleh dibeli menerusi laman sesawang www.ticket2u.biz atau membelinya terus di Istana Budaya.

Dengan pemilihan beberapa pelakon hebat seperti Aaron Aziz dan Erra Fazira selaku tunjang utama untuk membawakan watak Karim dan Mazni, ternyata Juhari mempunyai cerita tersendiri tentang pemilihan pelakon-pelakon tersebut.

Ujarnya, sebahagian besar pelakon yang diundang untuk menjayakan teater Badai Semalam pada asalnya adalah pelakon-pelakon yang akan berlakon dalam teater berjudul Salina.

"Memandangkan pementasan teater Salina terpaksa ditangguhkan, maka pihak Istana Budaya terpaksa mencari naskhah yang lain dan akhirnya kami telah memilih Badai Semalam untuk dipentaskan," jelasnya.

Bagi Aaron Aziz yang pernah tampil dalam pementasan teater Natrah sebelum ini mengakui bahawa dia sebenarnya sangat risau apabila bakal membawakan satu watak yang cukup mencabar untuk teater ini.

Jelasnya, ia merupakan satu cabaran yang besar buat dirinya sebagai pelakon memandangkan kurang berpengalaman di pentas teater serta gaya bahasa yang digunakan nanti lebih mendalam.

"Walaupun terpaksa memikul tanggungjawab yang besar dalam teater ini, saya akan tetap cuba sebaik mungkin. Asalkan tiada sebarang babak menari dan menyanyi memandangkan saya tiada bakat dalam kedua-dua bidang itu," jelasnya.

Sementara itu, Erra Fazira selaku Pengarah Urusan Frensis Sdn. Bhd. meluahkan rasa gembiranya apabila dipilih oleh pihak Istana Budaya untuk menjadi penerbit bersama teater tersebut.

"Sudah tentu saya berasa sangat gembira dengan peluang yang diberikan, meskipun tanggungjawab yang diberikan kepada pihak kami agak berat iaitu mencari penaja dan saya sendiri turut turun padang untuk berjumpa dengan badan-badan korporat yang berminat untuk menaja," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved