Selasa, 18 Oktober 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Penalti naik 5 kali ganda

Posted:

Penalti naik 5 kali ganda

Penalti naik 5 kali ganda

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my

MEREKA yang didapati bersalah membuang sisa toksik seperti dalam kes di Batu Pahat, Johor ini bakal dikenakan hukuman lima kali ganda lebih berat tahun depan. – Gambar hiasan


KUALA TERENGGANU – Kerajaan akan meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi memperkukuhkan lagi penguatkuasaan terhadap masalah pencemaran di negara ini dengan mengenakan penalti jauh lebih berat kepada pesalah baik individu atau syarikat.

Di bawah cadangan pindaan itu, penalti terhadap pelanggaran Seksyen 2 akta tersebut akan dinaikkan daripada RM100,000 kepada RM500,000.

Antara kesalahan di bawah seksyen tersebut ialah pelupusan sisa toksik, pencemaran air dan sungai, pembakaran terbuka, pengeluaran asap berlebihan, tumpahan minyak di laut dan pembukaan tanah secara haram.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, pindaan itu akan dibentang ke Kabinet minggu depan sebelum dibawa ke Parlimen pada Mac 2012.

Katanya, ia akan memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling untuk memberhentikan projek yang melanggar peraturan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

"Ini bukti kita serius dan mencegah sebarang bentuk kemusnahan yang berpunca daripada pencemaran alam," tegas beliau selepas merasmikan Majlis Pelancaran Minggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat Kebangsaan 2011 di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Kad kredit palsu serendah RM15

Posted:

Kad kredit palsu serendah RM15

Kad kredit palsu serendah RM15

Oleh NOR SHAFAWATI YUP
shafawati.yup@kosmo.com.my


TAJUDIN (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian daripada barangan yang dirampas pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Keghairahan seorang pemilik perniagaan percetakan dan seorang pekerjanya mencetak kad-kad kredit palsu bagi kegunaan sindiket antarabangsa berakhir dengan mereka ditahan dalam serbuan di sebuah kilang di Bandar Puteri, Pelabuhan Klang di sini kelmarin.

Dalam serbuan pada pukul 6.30 petang itu, polis turut merampas 3,246 keping kad kredit palsu yang siap diproses. Turut dirampas beberapa mesin atau alat yang digunakan untuk memproses kad kredit.

Sindiket tersebut antara lain memalsukan kad-kad kredit milik City Bank, HSBC Bank, Standard Chartered Bank, American Express, Hua Nan Comercial Bank, China Merchants Bank, Axis Bank dan The Royal Bank of Scotland.

Jumlah semua rampasan tersebut dianggarkan bernilai lebih RM1 juta.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Tajudin Mohd. Isa berkata, dua suspek berusia 44 dan 21 tahun itu menyembunyikan kegiatan mereka dengan berselindung di sebalik syarikat percetakan yang diusahakan secara sah.

Syarikat percetakan itu telah beroperasi sejak tujuh tahun lalu.

"Syarikat itu mencetak pelbagai jenis kad seperti kad keahlian kelab, kad institusi pengajian tinggi dan kad-kad syarikat.

"Namun kerana tamak untuk mendapat untung lebih, tauke syarikat dan seorang pekerjanya turut mengambil tempahan untuk memproses kad-kad kredit palsu," kata beliau sambil memberitahu kegiatan salah itu dipercayai baru beroperasi lima bulan lalu.

Bercerita mengenai modus operandi dua suspek itu, Tajudin berkata, suspek dipercayai menerima tempahan daripada ahli sindiket pemalsuan kad kredit antarabangsa yang menyertakan jenis-jenis kad kredit palsu yang dikehendaki.

Kebanyakan ahli sindiket itu membabitkan warga asing.

"Setiap kad kredit yang siap diproses dijual pada harga serendah RM15 sekeping dan kualiti pada setiap kad menyerupai kad-kad kredit tulen," kata beliau.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Hujahan kes liwat Anwar November

Posted:

Hujahan kes liwat Anwar November

Hujahan kes liwat Anwar November

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini semalam menetapkan 23 dan 24 November depan untuk pendengaran hujah secara lisan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditutup kelmarin.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md. Diah memutuskan demikian selepas empat saksi pendakwaan yang dipanggil untuk menyangkal keterangan saksi terakhir pembelaan, Dr. Thomas Hoogland selesai memberi keterangan semalam.

Pakar ortopedik dari Jerman yang pernah mengetuai pembedahan tulang belakang Anwar sebelum ini memberitahu mahkamah, adalah mustahil untuk Anwar melakukan hubungan seks.

Terdahulu, empat saksi pendakwaan memberi keterangan di mahkamah. Mereka ialah Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Zaininah Mohd. Zin, pegawai penyiasat kes, Supritendan Jude Pereira dan pembantunya, Sarjan Ahmad Abdullah.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved