Selasa, 13 September 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Mayat wanita ditemui di pasar raya

Posted:

Mayat wanita ditemui di pasar raya

Mayat wanita ditemui di pasar raya

13/09/2011 5:34pm

IPOH - Pengunjung sebuah pusat membeli belah di bandar raya ini terkejut apabila menemui mayat seorang wanita terbaring di hadapan pasar raya tersebut hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, mayat tanpa dokumen pengenalan diri itu ditemui orang ramai berhampiran laluan utama ke pasar raya tersebut kira-kira 2.30 petang tadi yang kemudian melaporkan kepada polis.

Wanita itu dianggar berusia dalam lingkungan 20-an dan lengkap berpakaian ketika ditemui, katanya kepada pemberita, di sini.

Katanya, mayat itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Setakat ini polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut, namun kami akan membuka kertas siasatan jika bedah siasat mendapati kematian wanita tersebut mempunyai unsur jenayah, katanya. - Bernama

Bayar dan menang dapat sambutan

Posted:

Bayar dan menang dapat sambutan

Bayar dan menang dapat sambutan

13/09/2011 4:19pm

SEREMBAN - Program bayar bil di kaunter Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) dan menangi pelbagai hadiah lebih RM100,000 yang julung kali dianjurkan bermula Mac lepas telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan Sains di seluruh Negeri Sembilan.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Sains Azlan Abdul Aziz berkata, pada sesi pertama cabutan Mac hingga Mei lepas, kira-kira 20,000 borang penyertaan telah diterima dan angka ini telah meningkat pada sesi kedua ini.

"Hampir 34,000 borang penyertaan telah diterima sepanjang tempoh Jun hingga Ogos lepas," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah program bayar dan menang sesi kedua dan majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Sains di sini, hari ini.

Katanya, program ini diadakan untuk memberi insentif dan ganjaran kepada para pelanggan untuk membayar bil air mereka dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menggalakkan pembayaran bil air dan mengelak daripada pemotongan perkhidmatan ke atas akaun tertunggak.

Cabutan diadakan setiap tiga bulan dan hadiah utama menanti pelanggan bertuah yang membayar bil air mereka secara konsisten selama 12 bulan di kaunter Sains.

Lebih 100 hadiah disediakan seperti barangan elektrik, laptop, kamera digital dan baucer bernilai RM50, turut ditawarkan hadiah utama sebuah kereta Proton Saga BLM 1.3. - Bernama

Pelajar ditahan, kes remaja dibunuh

Posted:

Pelajar ditahan, kes remaja dibunuh

Pelajar ditahan, kes remaja dibunuh

13/09/2011 3:49pm

SHAH ALAM - Polis menahan seorang pelajar lelaki institut pengajian tinggi di Perak semalam bagi membantu siasatan kes penemuan mayat remaja wanita yang tubuhnya 80 peratus terbakar di Lembah Jaya Ampang pada 5 September lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pelajar berusia 19 tahun itu menuntut di tahun dua program Sarjana Muda Juru Ukur Bahan di Sri Iskandar.

Pihaknya turut merampas telefon bimbit mangsa dan sebuah kereta Perodua Kancil milik keluarga pelajar lelaki itu yang di dalamnya terdapat helaian rambut yang belum dikenal pasti, katanya pada sidang berita di sini.

Tun Hisan berkata, polis juga mengenal pasti dua stesen minyak di Ampang di mana petrol, yang dikatakan dibeli untuk membakar mayat remaja itu.

Pelajar lelaki itu, yang ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam di luar kampusnya, direman tujuh hari.

Tun Hisan berkata, hasil siasatan awal polis mendapati pelajar lelaki itu, yang berasal dari Taman Ukay Perdana, Hulu Kelang, mengenali mangsa yang menetap di Selayang.

Norul Awatif Mohd Shakir, 19, penuntut Maahad Tahfiz At-Tijarah, Selayang, ditemui mati pada 5 September selepas keluar dari rumahnya untuk bertemu rakannya pada 4 September.

Mayat mangsa dicam oleh bapanya berdasarkan kepada maklumat mengenai rantai tangan dan subang emas serta cebisan baju kurung yang dipakai mangsa. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved