Selasa, 13 September 2011

Kosmo Online - Urban


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Urban


Cara Rosyam lepaskan tekanan

Posted:

Cara Rosyam lepaskan tekanan

Cara Rosyam lepaskan tekanan

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID

AKTOR terkenal tanah air, Rosyam Nor berkata, sewaktu zaman kanak-kanaknya, dia mendambakan untuk memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi. "Impian saya sama seperti kanak-kanak lelaki lain, saya minat motor sejak kecil," katanya menceritakan tentang keghairahannya terhadap motosikal kepada Kosmo! baru-baru ini.

Petang itu, bertempat di Pusat Naza Autoworld, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Damansara, Rosyam, 43, bersemangat menceritakan tentang minatnya itu.

Ujarnya, dia mula-mula memiliki motosikal sewaktu dia berumur 16 tahun. Ketika menjengah usia matang, aktor filem Di Kala Bulan Mengambang itu berpeluang merasai kehebatan motor Virago 1100, Honda Shadow 1100, Kawasaki 21000 dan beberapa model lagi.

Kecenderungannya selepas itu terarah pula dengan motor jenis vintaj. Ujar Rosyam, vintaj mutunya lebih terserlah. Atas dorongan itu, pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Asia Pasifik (2006) menerusi filem Bilut tidak melepaskan peluang membeli skuter Lambretta.

Lambretta adalah antara model paling terkemuka dunia dalam segmen motosikal jenis skuter yang berpangkalan di Milan, Itali.

Adakah status sebagai individu yang dikenali membuatkan cita rasa Rosyam semakin tinggi? Barangkali itu bukan persoalan kerana yang pastinya rezeki yang diraih hasil kudrat sendiri harus dilaburkan untuk kepuasan sendiri.

Begitu juga dengan Rosyam. Kehadiran model baharu motosikal jenama Ducati iaitu Diavel yang penuh dengan gaya Itali serta mempesonakan telah menambat hati hero filem merangkap produser dan ahli perniagaan berjaya itu.

Keterujaan Rosyam sangat terserlah ketika sesi fotografi bersama motosikal Ducati Diavel.

Dia yang mengenakan set pakaian termasuk topi dan jaket khas untuk pemanduan model Ducati turut memberi beberapa gaya menarik ketika lensa jurufoto, Izham Jaafar diarahkan kepadanya.

Pesona Ducati Diavel

Ada cerita di sebalik pembelian motosikal Ducati Diavel. Cerita Rosyam, pada peringkat awal, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Syarikat-syarikat Naza, Datuk SM Zulkifli SM Amin memujuknya untuk membeli motosikal berkuasa tinggi berjenama Harley Davidson.

"Namun, saya maklumkan bahawa saya lebih meminati Ducati Diavel. Motosikal itu pada pandangan peribadi saya sangat seksi, menarik dan senang diselia. Saya juga percaya kalau kita menunggang dan berhenti di lampu isyarat, pasti akan banyak mata memandang dan teruja dengannya," kata Rosyam sepenuh hati.

Tambahnya lagi, Ducati Diavel yang direka dengan gabungan teknologi masa depan dan reka bentuk yang menawan mewakili konsep motosikal bergaya sporty.

"Terus terang saya katakan ia memberikan keseronokan dan keselesaan ketika saya menunggangnya," ujarnya lagi. Bagaimana Rosyam menyelenggara sebuah motosikal berkuasa tinggi? Kata aktor itu, soal penyelenggaraan sangat mudah bagi dirinya.


KELAB Ducati Malaysia antara yang memainkan peranan penting dalam mempopularkan jenama Ducati di Malaysia.


"Saya bukan jenis yang suka mengubahsuai kenderaan kerana kemungkinan untuk enjin rosak dengan kadar cepat memang ada, lebih baik saya kekalkan yang sedia ada. Jika sudah tiba masanya untuk servis, saya tak akan lengah-lengahkan. Itu boleh menjamin ketahanan kenderaan kita," katanya memberi panduan.

Usia 40-an Rosyam juga bukan penghalang bagi diri lelaki itu untuk terus menunggang motosikal berkelajuan tinggi. Katanya, menunggang motosikal sebenarnya satu sukan dan senaman diri yang baik untuk tubuh badan.

Seperkara lagi, sememangnya memegang portfolio yang pelbagai menyebabkan masa Rosyam sangat terhad untuk membawa motosikal kesayangannya ke destinasi dalam radius beratus kilometer (km).

Akuinya, seusai kerja atau pada waktu lapang sahaja dia berkesempatan membawa motosikal kesayangannya meredah lebuh raya.

Kelab Ducati

Ternyata minat terhadap motosikal berkuasa tinggi kini dikongsi oleh semakin ramai peminat jentera tersebut.

Kerana itu jenama motosikal Ducati turut mengumpulkan peminatnya tersendiri. Melihat perkembangan positif itu, maka wujudlah Kelab Ducati Malaysia. Setakat ini menurut setiausahanya, Mohd. Faizul Aziz Mohd. Yusof, 28, keahlian kelab itu sudah mencecah 180 orang dan kesemuanya adalah pemilik Ducati pelbagai model.

Antara ratusan ahli, terdapat lima orang wanita yang menunjukkan minat terhadap motosikal berkuasa tinggi itu, kata Mohd. Faizul yang memiliki Ducati Hypermotard 1100S.

Menyentuh tentang objektif penubuhannya, lelaki itu memberitahu, antaranya bertujuan untuk mempopularkan lagi jenama Ducati di negara ini.

"Kalau kereta, orang akan pandang Ferrari, kalau motosikal orang akan cenderung melihat Ducati. Jadi tidak keterlaluan untuk saya kata, Ducati yang didatangkan dari Itali ada prestijnya tersendiri," katanya sambil memberitahu selebriti Jaclyn Victor dan Linda Onn antara yang meminati motosikal Ducati.

Bagaimana pendekatan Kelab Ducati Malaysia dalam mengetengahkan jenama itu? Ujar Mohd. Faizul yang juga Pengarah Syarikat Mayteknik Sdn. Bhd., kelab tersebut akan menganjurkan acara konvoi dan sesi latihan kepada pengguna Ducati baru di trek terpilih seperti di Sepang.

Malah, mereka turut menjelajah dengan Ducati ke Cameron Highlands, Phuket, Thailand dan beberapa tempat lain.

Rosyam yang juga salah seorang ahli Kelab Ducati Malays memberitahu, selain beriadah dan bertukar-tukar pandangan sesama ahli, kelab itu juga merupakan platform terbaik untuk mencari kenalan dalam perniagaan.

"Bagaimanapun, setakat ini saya belum berkesempatan berkonvoi dengan mereka kerana kekangan masa, satu hari nanti, insya-Allah saya akan menyertai mereka," ujar Rosyam.

Kagumi historiografi hebat Naza

Posted:

Kagumi historiografi hebat Naza

Kagumi historiografi hebat Naza


TONGGAK. SM Zulkifli (berbaju putih) dan Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin mahu terus mengukuhkan jenama Ducati di negara ini.


SEBAGAI salah seorang pencinta jenama Ducati bahkan, akrab dengan peneraju Kumpulan Naza, Rosyam Noor mengakui dia sangat mengagumi dengan reputasi syarikat Naza yang berjaya memacu syarikat itu menduduki kedudukan penting dan teratas dalam hierarki syarikat-syarikat milik bumiputera.

Untuk rekod, Kumpulan Naza memiliki pelbagai jenama kenderaan terkenal antarabangsa di bawah sayapnya seperti KIA, CBU Mercedes Benz, CBU Peugeot, Ferrari, Maserati dan lain-lain lagi.

Dalam pada itu, Kumpulan Naza turut terlibat dalam industri pembuatan motosikal melalui anak syarikatnya, Naza Bikes Sdn. Bhd.

Siri motosikalnya yang dihasilkan menerusi kerjasama dengan rakan-rakan dari luar negara telah berjaya menguasai kepentingan pasaran Malaysia secara ketara.

Siri kejayaan itu menyebabkan Rosyam menaruh hormat dan teruja dengan historiografi hebat Naza yang disifatkannya bukan sahaja memuaskan pengendali tetapi, telah mengangkat martabat negara.

"Saya ingin berkongsi sesuatu yang positif di sini. Antara syarikat saya, Suhan Movies Sdn. Bhd. dan Naza, kami saling berkerjasama. Naza banyak sokong bisnes perfileman negara. Sebagai contoh, untuk filem aksi saya, Castello, Naza menaja beberapa model kereta untuk menjayakan filem ini," ujarnya.

Sememangnya, hubungan Rosyam dengan Naza bukan setakat di situ sahaja. Wajah aktor versatil turut pernah menghiasi iklan Naza pada tahun 2005.

"Sukar untuk menolak, kami saling bekerjasama dalam membangunkan dunia automotif dan dunia seni perfileman negara," katanya yang menyimpan impian untuk memiliki sebuah kereta Ferari yang dikira bakal menjadi pelengkap impian hidupnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved