Ahad, 14 Ogos 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Dua maut dalam kemalangan di Lebuh AMJ

Posted:

Dua maut dalam kemalangan di Lebuh AMJ

Dua maut dalam kemalangan di Lebuh AMJ

14/08/2011 8:18pm



KEADAAN kereta Cynthia Lim Chin Gek, 24 dan kereta Ismail Zainol Abidin,45, yang maut dalam satu kemalangan jalan raya di lampu isyarat simpang tiga Jalan Datuk Md. Zin, Lebuh AMJ, Cheng di Melaka, semalam. Utusan/GAIE UCHEL


MELAKA — Seorang jururawat dan seorang lelaki maut apabila kereta yang mereka pandu bertembung di persimpangan lampu isyarat, Jalan Datuk Md. Zin, Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ), Cheng di sini, awal hari ini.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Melaka Tengah ASP V.Gunasegaran berkata kemalangan kira-kira 4 pagi itu menyebabkan Cynthia Lim Ching Gek, 24, yang bertugas di Pusat Perubatan Mahkota dan pemandu teksi Ismail Zainol Abidin, 45, mati di tempat kejadian.

"Ismail yang datang dari arah Alor Gajah menghala ke Bandar Melaka berlanggar dengan kereta yang dipandu Cynthia dari arah bertentangan," katanya yang menambah kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing.

Sementara itu, isteri Ismail, Shuraini Md. Derani, 40, berkata Allahyarham sempat memberikan wang sebagai tambang bas anak sulung mereka yang akan pulang ke asrama di Batu Berendam petang ini.

"Allahyarham sempat bersahur hidangan nasi ayam bersama saya dan empat orang anak sebelum keluar dari rumah di Taman Sri Kelemak, Alor Gajah untuk bekerja di Melaka Sentral, kira-kira jam 3.30 pagi," katanya ketika ditemui di Hospital Melaka. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Polis tembak mati suspek kes dadah

Posted:

Polis tembak mati suspek kes dadah

Polis tembak mati suspek kes dadah

14/08/2011 8:18pm



Polis memeriksa kereta yang terlibat dalam Kes tembak dan tangkapan dalam serbuan di sebuah apartment di Balakong. Seorang penjenayah mati dan enam ditahan. Utusan


KAJANG — Polis menembak mati seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di Taman Impian, Balakong, dekat sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, lapan anggota termasuk seorang pegawai polis membuat serbuan di sebuah rumah kira-kira pukul 1 pagi selepas menerima maklumat tentang kegiatan pengedaran dadah di kawasan perumahan berkenaan.

"Ketika serbuan dibuat, lima suspek termasuk seorang wanita yang berada di perkarangan rumah tidak sempat melarikan diri dan berjaya diberkas polis, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dua lagi suspek, seorang lelaki dan seorang wanita, sempat lari dan bersembunyi dalam sebuah bilik di rumah berkenaan," katanya, dan menambah polis kemudian membolos masuk ke dalam rumah sebelum mengarahkan mereka menyerah diri.

"Setelah hampir tiga jam kami memujuk mereka, hanya suspek wanita yang keluar menyerah diri manakala suspek lelaki enggan berbuat demikian, malah telah melepaskan tembakan ke arah anggota kami," kata Abdul Rashid.

Abdul Rashid berkata, ia disusuli kejadian berbalas tembakan, dengan dua das tembakan mengenai tubuh suspek manakala tujuh das tembakan yang dilepaskan suspek ke arah anggota polis tersasar.

Lelaki berusia 34 tahun itu mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat, manakala enam yang lain berumur lingkungan 22 dan 47 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

Abdul Rashid berkata, polis menemui sepucuk pistol jenis Revolver .22mm, sepucuk Glock serta sepucuk pistol mainan yang disorok dalam bilik.

"Turut ditemui beberapa paket dadah jenis syabu, ganja dan heroin dengan anggaran berat lebih 200gm bernilai kira-kira RM5,000. Kami percaya ia untuk dijual di sekitar Kajang," katanya.

Turut dirampas ialah sebuah kereta Mercedes, sebuah kereta Mitsubishi Evo, beberapa bilah parang, beberapa kad pengenalan individu lain dan empat komputer riba. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Terminal Sejahtera pertama di PPR Sri Pahang

Posted:

Terminal Sejahtera pertama di PPR Sri Pahang

Terminal Sejahtera pertama di PPR Sri Pahang

14/08/2011 4:34pm

KUALA LUMPUR — Pusat ulang kaji pelajaran, yang dikenali sebagai Terminal Sejahtera, akan diwujudkan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pahang, Bangsar di sini untuk kemudahan pelajar sekolah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin di sekitar ibu kota.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata peruntukan bagi pusat itu telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

"Terminal Sejahtera perlu diwujudkan di setiap kawasan perumahan PPR dan Perumahan Awam di sekitar Lembah Klang kerana persekitaran rumah yang kurang selesa dapat menjejaskan penumpuan pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah terhadap pelajaran mereka," katanya.

Beliau berkata, idea penubuhan Pusat Terminal Sejahtera itu timbul apabila melihat pusat serupa diwujudkan di Lembah Pantai di bawah kendalian pihak swasta. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved