Isnin, 4 Julai 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Rais menang saman terhadap penulis blog

Posted:

Rais menang saman terhadap penulis blog

Rais menang saman terhadap penulis blog

04/07/2011 7:31pm

KUALA LUMPUR — Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini memenangi saman fitnah beliau terhadap seorang penulis blog berhubung artikel yang memfitnahnya yang dipaparkan dalam satu blog.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Zabariah Mohd Yusof memutuskan penulis blog, Amizudin Ahmat, 42, didapati bersalah bagi memfitnah.

"Selepas mendengar keterangan dan hujahan daripada peguam yang mewakili plaintif dan defendan, saya tidak mempunyai pilihan selain mendapati defendan bersalah melakukan fitnah," katanya.

Hakim Zabariah menetapkan esok untuk mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak berhubung nilai ganti rugi. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

700,000 dijangka saksi Floral Putrajaya

Posted:

700,000 dijangka saksi Floral Putrajaya

700,000 dijangka saksi Floral Putrajaya

04/07/2011 7:27pm

KUALA LUMPUR — Lebih 700,000 pelawat asing dan tempatan dijangka membanjiri Putrajaya untuk menyaksikan Perarakan Malam Pelancongan Floral Antarabangsa 1Malaysia Sabtu ini.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata dengan bertemakan 'Magic of the Night', acara itu akan memaparkan lampu berwarna-warni yang bergemerlapan yang menggambarkan pelbagai spesies floral.

"Ia telah menarik peserta peserta daripada kerajaan negeri, sektor swasta serta Brunei dan Kemboja.

"Perarakan itu akan diadakan di atas bot dengan dekorasi yang berwarna-warni yang mencerminkan flora dan fauna esotik dan berharap akan berjaya seperti acara lain Festival Jualanmega dan Kasut," katanya pada persidangan akhbar di sini hari ini. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bersih: Lagi laporan polis dibuat

Posted:

Bersih: Lagi laporan polis dibuat

Bersih: Lagi laporan polis dibuat

04/07/2011 7:24pm

SEREMBAN — Kira-kira 20 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Negeri Sembilan hari ini membuat laporan polis membantah perhimpunan haram yang dirancang diadakan Sabtu ini.

Setiausaha MCA Negeri Sembilan, Datuk Lim Fui Ming dan 20 wakil NGO berkenaan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di sini pada pukul 11 pagi.

"Tidak kira siapa yang menganjurkannya, kami mahu polis mengambil tindakan terhadap perhimpunan haram itu," katanya kepada pemberita di sini.

Lim berkata, perhimpunan seumpama itu perlu dihalang kerana ia boleh menggugar keselamatan negara, ekonomi dan sektor pelancongan.

Di JOHOR BAHRU, Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Johor membuat laporan polis yang sama.

Laporan polis itu dibuat oleh Yang Dipertuanya, Kamis Mohd Noor di Balai Polis Tampoi, di sini, pada pukul 10 pagi diiringi kira-kira 50 anggota dari 17 cawangan PBTM seluruh negeri.

Di TAWAU, 20 persatuan di sini, hari ini menyerahkan nota bantahan dan membuat laporan polis mengenai perkara sama di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved