Isnin, 4 Julai 2011

Kosmo Online - Urban


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Urban


Pendapatan lumayan tarikan kerja di laut

Posted:

Pendapatan lumayan tarikan kerja di laut

Pendapatan lumayan tarikan kerja di laut

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periaswamy@kosmo.com.my



PENUNTUT diploma dalam bidang elektrik dan elektronik, Mohd. Nazrul Fahmi Mohd. Nasin, 25, antara calon yang menunggu giliran untuk ditemuduga oleh syarikat perkapalan swasta di Wisma Pelaut, Pelabuhan Klang, Klang, Selangor. Berada di Wisma Pelaut sejak pukul 10 pagi, Mohd. Nazrul tidak menunggu lama kerana temuduga yang dijalankan agak pantas. Dia hanya perlu sekadar mengisi borang maklumat diri, menghantar resume dan menduduki sesi temuduga.

"Kerja di laut dapat menjamin masa depan kerana gajinya sangat lumayan," kata Mohd. Nazrul sambil menjelaskan sebab dia menyertai temuduga terbuka itu. Temuduga itu diadakan sempena sambutan Hari Pelaut yang julung-julung kalinya disambut di Malaysia sekali gus menarik anak-anak muda untuk menyertai bidang perkapalan ini. "Rakan-rakan dan ahli keluarga menggalakkan saya menyertai pasukan pelaut. Ibu pun setuju walaupun terpaksa berpisah. Sebagai anak sulung, saya bertanggungjawab terhadap keluarga, jadi saya tidak kisah berlayar lama.


SEORANG pemohon ditemuramah oleh wakil syarikat perkapalan pada sambutan Hari Pelaut.


"Saya teruja untuk bekerja dalam bidang perkapalan. Mudah-mudahan permohonan saya diterima," tambahnya yang disaran untuk memohon jawatan juruelektrik oleh pihak penemuduga. "Awalnya saya mahu menjadi oiler tetapi mereka sarankan yang ini. Saya terima sahaja asalkan boleh dapat kerja," kata Nazrul anak yatim dari Rawang yang mempunyai dua orang adik. Seorang nahkoda atau ketua jurutera dalam kapal boleh menjana pendapatan purata di antara RM20,000 hingga RM30,00 sebulan tertakluk kepada sesebuah syarikat perkapalan. Malah bagi mereka yang baru menyertai pasukan perkapalan misalnya sebagai seorang pegawai, mereka akan dibayar gaji tidak kurang daripada RM5,000.

Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka perlu menghadiri kursus selama empat tahun. Pada usia 21 tahun ketika ramai yang bergelut untuk mendapatkan tempat di universiti, mereka yang menyertai industri perkapalan ini sudah pun mempunyai pendapatan yang hebat. Di Malaysia, berlaku kekurangan pelaut pada kadar 50 peratus yang kini diisi oleh pekerja warga asing. Saban hari, kemasukan kapal ke Malaysia kian bertambah dan pelaut pula semakin diperlukan di Malaysia.


KERJAYA dalam bidang perkapalan memerlukan banyak pengorbanan tetapi ia berbaloi kerana pendapatannya lumayan.


Buat masa kini Malaysia hanya membekalkan 20,000 orang pelaut dan selebihnya dimonopoli warga asing. "Selain pendapatan lumayan dan banyak faedah, kebanyakan mereka tidak menyedari pekerjaan ini juga dapat dikecualikan daripada cukai," kata Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Pelaut, Jabatan Laut Malaysia, Kapten Sukhbir Singh, 49. Meskipun tidak mempunyai sebarang pengalaman atau pengetahuan mengenai kerjaya di laut, namun berbekalkan pengalaman bekerja di bengkel mekanik, Jayaraj Vellayutham, 19, tidak kisah berpisah dengan keluarganya.

Bahkan bapanya sangat menyokong usahanya itu. Sementara itu, pada hari tersebut, 20 orang terpilih menerima biasiswa sebanyak RM20,000 seorang daripada Jabatan Laut Malaysia. Mereka yang terpilih adalah individu yang berpengalaman bekerja dalam bidang perkapalan. Pada masa yang sama, mereka juga berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang tersebut. Salah seorang penerima biasiswa tersebut, Muhd. Iqbal Mohd. Kutty, 36, sedikit pun tidak merasakan pekerjaan tersebut sesuatu yang sukar. "Saya mahu melanjutkan pelajaran yang memerlukan kos pengajian RM12,000. Jadi saya bersyukur apabila menerima biasiswa ini sempena sambutan Hari Pelaut," ujar Muhd. Iqbal.


BERJAUHAN daripada keluarga tidak menjadi halangan kepada sesetengah individu yang meminati bidang perkapalan.


Dua lagi rakannya, antara 20 orang yang menerima biasiswa melanjutkan pelajaran dalam bidang perkapalan, Helme Rusdey Che Ali, 34 dan Mohd. Hafizi Musripan, 27, menganggap kerjaya di laut yang kini dikongsi warga asing harus dikuasai oleh warga tempatan kerana bayaran gaji tinggi. "Walaupun tempoh berjauhan daripada keluarga agak panjang selama beberapa bulan, namun cutinya berbaloi bergantung kepada tempoh seseorang bertugas. Jadi, saya tidak merasakan kerja ini sebagai satu beban," kata Mohd. Hafizi dari Tanjung Karang, Selangor yang mahu melanjutkan pengajian kejuruteraan. Bagi Helme dari Ipoh, Perak cabaran sebagai seorang yang bekerja dalam bidang perkapalan bukan sekadar meninggalkan keluarga, bahkan pelbagai ketika di samudera. Antaranya cuaca tidak menentu, ombak kuat, angin kuat dan sebagainya. Tetapi itu semua satu cabaran yang menjadikan mereka lebih kuat dan kental.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ilham asas seni Surreallusion

Posted:

Ilham asas seni Surreallusion

Ilham asas seni Surreallusion

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periaswamy@kosmo.com.my


ELEMEN besi digunakan oleh Faiz sebagai simbolik perhubungan antara manusia dengan alam semula jadi.


ILUSI adalah sesuatu yang penuh dengan helah. Amnya ilusi tersebut hanya boleh dipamer melalui helah magis atau silap mata. Bagaimanakah jika ilusi itu dipapar dalam sehelai kanvas, replika, arca ataupun material asas yang mengalami proses helah? Itu adalah ilham asas yang cuba disampaikan melalui pameran seni Surreallusion yang bermula sejak 5 Jun lalu hingga 17 Julai 2011 di Galeri Core Design di Subang Jaya.

Memetik kata-kata pelukis surrealis terkenal Salvador Dali, "Surrealisme bersifat kritikal (pemusnah), tetapi ia hanya memusnahkan apa yang di percayai dibelenggu oleh penglihatan yang terhad, pameran ini menyangkal had-had yang selama ini dikongkong oleh pelbagai elemen tipikal. "Saya menggambarkan visual manusia secara mudah dalam cangkerang umang-umang. Ia adalah mesej bagaimana manusia sekarang mengambil hak orang lain dengan mudah atau bagaimana manusia menggunakan personaliti yang berbeza dengan diri sebenar semata-mata untuk mencapai sesuatu," kata artis, Jamil Zakaria, 26, bekas penuntut jurusan Seni Halus dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Dia yang menggunakan dawai untuk menghasilkan cangkerang dan rangka manusia berkata, penyampaiannya dalam bentuk arca tetapi seni 3D itu pasti akan memberi penampilan persembahan yang unik. "Mungkin kita boleh berfikir bagaimana posisi seseorang dalam cangkerang umang-umang tetapi melalui tema surrealism ini saya dapat menggunakan imaginasi tersebut digambarkan dalam arca," katanya yang gemar menggunakan dawai sebagai signatur seninya.


KREATIF. Manusia dalam cengkerang umang-umang membawa mesej yang mendalam dalam realiti kehidupan manusia.


Bagi Syam Asmawi, 38, yang sebelum ini pernah tampil dengan lukisan berasaskan wajah Dali, memberikan hasil tangan yang sama. Walaupun menggunakan wajah Dali, Syam mengakui ia menepati keperluan tema surrealisme yang menitikberatkan helah dalam ilusi. "Saya membayangkan banyak perkara dalam kerja seni itu. Wajah Dali dalam bingkai dipenuhi air. Bersebelahan bingkai itu, sebuah balang akuarium yang pecah dan ikan itu seakan-akan mencari sumber air. Pelbagai perkara yang boleh diterjemahkan tetapi semuanya hanya ilusi dan helah," kata Syam ketika ditemui di galeri Core Design di Subang Jaya baru-baru ini.

Syam menambah, dia mempersembahkan hasil seni yang bersifat eksperimental untuk menguji minda memahami dan mentafsirkan maksud di sebalik lukisan mengikut pemahaman masing-masing.

Ilusi optikal

Perancang pameran galeri itu, Scarlete Lee memberitahu, tujuan pameran tersebut diadakan ialah untuk mengembalikan surrealisme gaya Dali yang mementingkan ilusi optikal. "Dengan penglibatan kira-kira 13 artis, sebanyak 16 hasil seni diperagakan. Semuanya adalah ilusi dalam aspek masing-masing termasuk arca, replika dan lukisan. Kami cuma mahu memperaga apa yang dianggap sebagai surrealisme dalam konsep dan istilah masing-masing. Ia mendapat respons yang menarik daripada para artis," kata Scarlete. Pada majlis pelancaran pameran itu, Lai Fung Yen turut mempersembahkan tarian moden. Guru tarian berusia 27 tahun itu mengacarakan sebuah tarian kontemporari tentang ekspresi kebebasan melalui kepelbagaian emosi. Pergerakan-pergerakan yang tidak dapat dijangka itu sekali gus memberi nilai tambahan seni surrealisme pada pameran tersebut.


TARIAN penuh lemah gemalai yang mempunyai perkaitan dengan seni Surreallusion turut dipersembahkan.


"Kami bukan sekadar menggalakkan seni-seni yang unik, istimewa dan kontemporari tetapi di galeri Core Design, kami mengalu-alukan apa sahaja bentuk seni termasuk tarian yang khusus seperti tarian kontemporari ini," ujar Scarlete yang turut terpegun dengan lengguk tarian Fung Yen. Dalam pada itu, satu karya seni yang menarik perhatian ialah bingkai batu yang menyembunyikan sebelah kasut. Hasil karya milik Azli Wahid dengan tajuk, Fosil dalam Perjalanan. Sekarang! menggambarkan era zaman batu yang menjadikan manusia meneroka pelbagai perkara.

"Ia seperti bingkai dalam lukisan tetapi elemen yang dibingkaikan ialah batu sebenar dan tarikannya ialah kasut yang tersembunyi. Ia mempersoalkan keperluan manusia dari zaman awal terhadap sesuatu perkara yang mempersembahkan hasil seni dalam bentuk 3D. "Sebelum ini saya pernah mempamer sepasang kasut yang diukir menggunakan batu, tetapi karya ini seolah-olah menceritakan apa yang berlaku sebelum itu," katanya. Azli banyak bereksperimen dengan perjalanan masa dan keperluan atau nafsu manusia yang seiring dengannya. Azli mengambil masa enam bulan untuk menyiapkan karya yang menggunakan teknik assamblag iaitu satu seni baru yang menggabungkan pelbagai disiplin.

Penggiat baru


APAKAH yang cuba disampaikan oleh Azli di sebalik bingkai batu yang menyembunyikan sebelah kasut?


Galeri Core Design bukan sekadar dimanipulasi oleh hasil seni yang menggunakan kanvas, dawai, batu mahupun papan dan kayu, malah elemen besi. Eksperimen itu diambil alih oleh seorang penggiat seni muda dan baru, Faiz Yunus, yang juga bekas pelajar UiTM, Shah Alam. Anak kelahiran Negeri Sembilan itu membayangkan untuk menghubung kait perhubungan antara manusia dan alam semula jadi. Besi digunakan secara jelas untuk memisahkan elemen semula jadi, struktur, ruang dan format.

"Besi yang kelihatan berpusing-pusing ini sebenarnya kontras dengan sifatnya. Justeru ia seolah-olah mencabar jangkaan awam," katanya yang mengambil masa satu semester iaitu selama enam bulan untuk membuat penyelidikan dan seminggu untuk tampil dengan hasil kerja itu. Sebagai hasil kerja seni pertama, Faiz bercadang untuk mengekalkan pengunaan material besi sebagai signaturnya kelak. Bagi melengkapkan kerja tersebut, Faiz memberitahu, ia melalui lima jenis proses seperti menyambung, mengetuk dan mewarna.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pesona tali jut

Posted:

Pesona tali jut

Pesona tali jut

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID


JAM dinding yang direvolusikan dengan gentian jut yang dililit.


UNTUK menghidupkan konsep gaya tradisional di rumah, barangkali hiasan tali gentian jut boleh digunakan untuk menyerikan ruang kediaman. Jut bukan sekadar tali pengikat malah ia telah direvolusikan menjadi kraf unik seperti hiasan pada bingkai al-Quran, reben, penghias tepi cermin, pasu bunga, tulisan khat malah pada bola lampu rotan. Terbaharu, menurut pengusaha D'Jut Classic Craft yang juga pemilik syarikat Ferrovase Enterprise, Rosminy Zainol, 37, ada permintaan mengubah suai tali jut kepada bakul hantaran perkahwinan, bakul telur, dulang dan potpuri.

Tambahnya, tali jut itu tidak dipilin atau dianyam begitu saja tetapi dicat dengan warna emas bagi menaikkan seri kraf tangan itu. "Selari dengan kehendak masa kini, para peminat jut ada meminta kami mewarnakannya dengan warna putih dan pada masa yang sama, sesetengah orang menjadikan kraf ini sebagai hadiah kepada rakan atau sanak-saudara," katanya ketika ditemui di kedainya di Kampung Permatang, Kuala Selangor, Selangor baru-baru ini.

Tambah wanita yang menjalankan bisnes ini bersama suaminya, Azhar Tajudin, 40, dalam membuat hiasan seumpama itu, tali yang digunakan adalah mengikut saiz kraf yang hendak dibuat. Jut banyak terdapat di Brazil, India dan Bangladesh. Namun, Rosminy memberitahu, syarikatnya mendapatkan bekalan dari Filipina. Rosminy berkata, pihaknya menjual hasil seni yang juga sangat terkenal di Australia melalui kaedah borong. Bagaimanapun, para peminat kraf tangan itu boleh menempah barangan yang diperlukan mengikut cita rasa dan rekaan sendiri. Mengenai harga, setiap produk dijual serendah RM10 hingga RM2,000. Dalam pada itu, syarikat tersebut turut mencipta kelainan apabila turut menghasilkan kolam polisterin dan lampu buluh. Barangkali sentuhan kreatif pasangan suami isteri itu memenuhi impian anda untuk mengetengahkan gaya tradisional Melayu dengan sudut pandangan memukau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved