Isnin, 4 Julai 2011

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Dua bulan berpantang nasi

Posted:

Dua bulan berpantang nasi

Dua bulan berpantang nasi



LUMRAH dunia! Yang kurus mahu berisi, yang sudah berisi mahu pula dikurangkan isinya. Namun, lain pula al-kisahnya bagi pemilik nama Ahmad Kamal Ahmad Adli, figura yang sudah berjaya mendirikan tapak utuh dalam dunia seni lakon.

Kamal, 25, kini dikatakan sedang dalam proses berpantang demi mendapatkan sosok tubuh idamannya seberat 75 kilogram.

Bukan kerana alasan klise perlu memiliki badan yang ideal untuk bergelar selebriti popular, sebaliknya Kamal yang berketinggian 180 sentimeter itu memaksa diri mengurangkan jisim badannya yang terkini seberat 80 kilogram demi menggalas watak utama dalam filem Gerimis Mengundang yang bakal memulakan sesi penggambarannya tidak lama lagi.

Ketika ditemui ketika sesi pelancaran filem Gerimis Mengundang di Hotel Legend, Kuala Lumpur baru-baru ini, dia berkata, usaha untuk menurunkan berat badannya bermula sejak dua bulan lalu.

"Saya tidak makan nasi selama lebih dua bulan untuk mendapatkan berat lama saya iaitu 75 kilogram.

"Alhamdulillah kini berat badan saya sudah turun sebanyak dua kilogram dan saya masih lagi berusaha untuk menurunkan sebanyak tiga kilogram lagi," jelas anak kelahiran Pahang itu.

Tambahnya, diet luar biasanya itu sudah diamalkannya sebelum mendapat tawaran berlakon dalam filem Gerimis Mengundang lagi iaitu selepas tamatnya pembikinan drama bersiri Gemilang yang ditayangkan di TV3 sebelum ini.

"Saya menolak untuk berlakon dalam filem ini pada awalnya kerana mempunyai komitmen dengan filem 3 Temujanji bersama Pierre Andre dan Liyana Samsudin. Nasib baik babak saya dalam filem itu tidak banyak maka dapatlah saya memberikan lebih fokus kepada filem ini," tuturnya.

Menggalas watak utama sebagai Zamani dalam filem yang diarahkan oleh Ahmad Idham itu cukup memberi tamparan hebat buat Kamal.

"Watak ini bukan calang-calang, ia (watak Zamani) adalah yang paling berat yang perlu saya lakonkan, malah demi watak ini saya mahukan bentuk badan yang ideal dan tidak terlalu gempal.


DALAM filem Gerimis Mengundang, Kamal Adli berganding dengan bintang Indonesia, Olivia Jensen.


"Takut memang ada tapi ini umpama satu penghargaan besar buat saya apabila nama saya tersenarai untuk menggalas peranan ini," katanya yang gagal membawakan watak Zamani ketika sesi uji bakat kali pertama.

Filem yang bakal menjalani penggambaran di sekitar Kota Kinabalu, Sabah dan Jakarta, Indonesia itu dijangka bakal disiarkan di pawagam seluruh Malaysia dan Indonesia pada bulan Februari tahun depan.

Panas baran

Bercerita mengenai karakternya dalam filem Gerimis Mengundang yang diangkat daripada lagu dendangan kumpulan Slam sekitar tahun 1990-an itu, Kamal perlu membawa watak seorang juruterbang helikopter yang panas baran.

"Cabaran untuk membawakan filem kisah cinta dua buah negara antara Malaysia dan Indonesia ini bukan sekadar penjiwaan wataknya yang memerlukan saya menjadi seorang yang cepat marah dan egoistik.

"Tapi juga perbezaan dari segi pertuturan bahasa antara saya dan heroin filem ini yang bercakap dalam dua lenggok bahasa berbeza," ujarnya tatkala ditebak berkenaan cabaran menjadi pendukung utama karya nostalgia itu.

Dalam filem itu, kisah cinta antara Zamani dan Mikha (heroin utama) yang digalas oleh pelakon remaja dari Indonesia, Olivia Jensen, bermula menerusi satu pertemuan antara mereka di Sabah.

Ubah cara pakai


KAMAL harus menurunkan tiga kilogram lagi berat badannya untuk mencapai sasaran.


Menurut Olivia yang tidak mempunyai masalah untuk mengikat hubungan lebih mendalam dengan Kamal menerusi filem itu, cara berpakaian menjadi taruhannya.

"Saya perlu menukar cara berpakaian termasuk potongan rambut untuk kelihatan lebih matang dan bukan seperti usia sebenar saya," ujar pelakon itu yang pertama kali membikin filem dengan produksi luar negara.

Bagi figura yang melakar namanya menerusi lima buah filem lakonannya di Indonesia itu, kerjasama dua buah negara untuk penghasilan filem Gerimis Mengundang adalah satu langkah proaktif mencari lebih banyak prospek pada masa depan.

"Ini kali pertama saya mendukung watak yang besar sebagai heroin sebuah filem, seharusnya saya perlu berlakon dengan lebih serius dan profesional sesuai dengan watak Mikha yang diberikan kepada saya," getus pelakon berusia 18 tahun itu yang bernaung di bawah syarikat WannaB Pictures.

Olivia yang baru selesai penggambaran filem Bukan Cinta Biasa 2 bersama penyanyi bersuara lunak merdu, Afgan, turut menjalankan kajian tersendiri berkenaan latar belakang Kamal dan produksi filem Malaysia.

"Sejujurnya saya kurang mengetahui aktor Kamal Adli, sehingga saya membuat kajian sendiri melalui Internet, akhirnya kami dipertemukan di Jakarta baru-baru ini dan saya rasa tidak akan ada masalah untuk kami bersama dalam filem ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cinta sejati Tomok, Ayu

Posted:

Cinta sejati Tomok, Ayu

Cinta sejati Tomok, Ayu

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


TOMOK dan Ayu dinikahkan oleh Pegawai Pentadbir Agama/Pendaftar Kanan Pejabat Agama Islam daerah Gombak, Abas Mohd. Saidon.


PERTEMUAN di sebuah kedai makan dan bertukar-tukar nombor telefon ketika menjalani penggambaran sebuah telefilem kira-kira lapan tahun lalu, akhirnya membawa penyanyi Shah Indrawan Ismail atau Tomok dengan wanita pilihan hatinya, Siti Rahayu Abas ke jenjang pelamin.

Penyanyi yang merupakan bekas juara rancangan realiti One In A Million (OIAM) itu meluahkan rasa syukurnya apabila impian untuk menikahi wanita yang sangat dicintainya itu terlaksana.

"Hubungan kami sebagai pasangan kekasih berlanjutan selama lapan tahun. Memang tidak dinafikan pelbagai halangan yang terpaksa ditempuhi sepanjang kami bersama.

"Namun, apa yang diimpikan selama ini iaitu untuk menjadikan Ayu sebagai isteri telah pun menjadi realiti dan tentunya saya sangat berharap agar ikatan ini akan kekal sampai bila-bila," ujarnya selepas selesai upacara pernikahan.

Ditanya tentang tempoh yang cukup lama diambil oleh mereka berdua untuk mendirikan rumah tangga, Tomok menjelaskan semuanya bergantung kepada jodoh yang telah ditentukan.

Jelasnya lagi, kesibukan mengurus kerjaya masing-masing juga adalah salah satu sebab mereka jarang membicarakan soal perkahwinan, di samping mahu mencari keserasian bersama.

"Sebenarnya kami menjalinkan hubungan sebagai kawan biasa dalam tempoh setahun sahaja. Selepas itu, saya ambil keputusan untuk menjadikannya sebagai kekasih dan tidak sangka Ayu menerimanya.

"Kemudian saya telah melamarnya untuk dijadikan isteri kira-kira dua tahun lalu selepas saya menjuarai OIAM. Malah, kami berdua telah sepakat untuk terus berkahwin tanpa mengikat tali pertunangan," ujarnya.

Mengenai ciri-ciri yang membuatkannya tertarik dengan Ayu, beritahu Tomok, isterinya itu adalah seorang wanita yang sangat penyabar dan pandai memasak makanan kegemarannya itu masakan asam pedas.

Tentang lokasi bulan madu pula, setakat ini mereka masih belum membuat keputusan yang muktamad memandangkan pada 18 Julai ini, Tomok akan mula menjalani sebuah penggambaran telefilem berjudul Diari Kampus Biru di Bandung, Indonesia.

"Memang jadual saya begitu padat dan isteri pula sangat memahami. Insya-Allah, kalau masing-masing ada masa terluang, kami akan tetap berbulan madu di pulau yang menarik memandangkan isteri suka dengan lokasi sebegitu," ujarnya.


WALAUPUN usia Tomok lima tahun lebih muda daripadanya, Ayu menyifatkan suaminya itu sebagai seorang yang matang dan penyabar.


Sementara itu, Ayu pula menjelaskan walaupun terdapat perbezaan umur yang ketara di antara mereka berdua, namun ia bukanlah satu penghalang besar untuk menjadi pasangan yang serasi.

"Mulanya memang agak sukar kerana usia suami yang lima tahun lebih muda, tetapi saya sangat bersyukur kerana memiliki seorang lelaki yang mempunyai sifat penyabar dan sering mengambil berat terhadap diri saya.

"Malah, kini saya juga sudah bersedia untuk menjadi isteri kepada seorang selebriti dan yang lebih menggembirakan lagi apabila suami tidak menghalang saya meneruskan kerjaya sebagai seorang pramugari," jelasnya.

Menariknya, usia Tomok baru 27 tahun, manakala isterinya pula yang merupakan seorang pramugari di syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) sudah berusia 32 tahun.

Kedua-duanya selamat menjadi pasangan suami isteri setelah dinikahkan dalam satu majlis yang cukup meriah bertempat di Dewan Serbaguna Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur pada malam Jumaat lalu.

Dilihat cukup segak dan anggun dengan sepersalinan berwarna kuning keemasan, Tomok dan Ayu telah dinikahkan oleh Pegawai Pentadbir Agama/Pendaftar Kanan Pejabat Agama Islam daerah Gombak, Abas Mohd. Saidon.

Pada majlis tersebut, pengantin perempuan menerima wang hantaran RM12,697.11 serta sembilan dulang hantaran, antaranya telekung, beg, minyak wangi, cincin, jam, al-Quran, kek dan sirih junjung.

Ia dibalas pula dengan 11 dulang kepada pengantin lelaki seperti jam, coklat, minyak wangi, kasut, al-Quran, baju Melayu, sejadah dan beg duit.

Selain majlis resepsi pihak perempuan yang diadakan di tempat yang sama pada Sabtu lalu, Tomok dan Ayu juga akan diraikan dalam satu majlis istimewa bersama peminat dan pihak media pada 6 Julai ini di Saloma Bistro.

Majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki pula akan berlangsung pada 9 Julai di rumah pengantin lelaki di Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nilai air liur Elijah Wood

Posted:

Nilai air liur Elijah Wood

Nilai air liur Elijah Wood


ELIJAH WOOD


BUNYINYA memang pelik dan menjijikkan. Namun tidak ada yang mustahil apabila ia dinilai oleh seniman sejati.

Itulah yang terjadi apabila air liur aktor Elijah Wood digunakan sebagai satu karya seni!

Walau masih belum dapat dijelaskan seperti apa bentuk karya seni yang akan menggunakan air liur bintang Lord of The Rings itu, tetapi satu yang pasti adalah dia memang akan 'menderma' air liurnya untuk sebuah projek seni.

Tidak hanya sekadar menyumbangkan air liurnya untuk projek itu, karya seni yang dihasilkan daripada air liur Elijah itu sekarang sedang dipertontonkan dalam sebuah pameran yang dianjurkan oleh perusahaan seni yang bernama DNA 11.

"Ada sebuah perusahaan bernama DNA 11 dan mereka membuat karya seni daripada DNA kita semua," jelas Elijah kepada contactmusic.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved