Isnin, 4 Julai 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Tuah tiga pelanggan Tesco

Posted:

Tuah tiga pelanggan Tesco

Tuah tiga pelanggan Tesco

Oleh BASIR ABU BAKAR


MOHD. ZULYADAIN (kanan) bersyukur di atas kemenangan yang diperolehnya.


TUAH ayam nampak di kaki, tuah orang siapa yang tahu. Begitulah rezeki tiga orang pelanggan bertuah Tesco Malaysia yang berjaya merangkul hadiah utama sekali gus membawa pulang sebuah kereta Chevrolet Cruze 1.8l sumbangan Naza Quest yang bernilai kira-kira RM100,000 setiap satu. Kemenangan tiga pelanggan bertuah Tesco Malaysia itu ekoran kesetiaan dan kesungguhan mereka menyertai satu peraduan yang dianjurkan Tesco melalui pertandingan Belanja dan Menang Tesco.

Antara pemenang tersebut ialah Mohd. Zulyadain Idris, Mohd. Zaki Ahmad dan Foong Kei Yeen. Peraduan tahunan yang berlangsung selama tiga bulan sejak bulan Disember tahun lalu itu telah menarik sebanyak 105,000 penyertaan. Peraduan itu juga menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti tiket penerbangan ke Shanghai, China, komputer riba, televisyen dan produk elektronik kepada 180 orang pemenang bertuah.

Pertandingan yang bermula akhir tahun lalu sehingga Februari 2011 hanya mensyaratkan setiap pelanggan berbelanja serendah RM50 di 36 rangkaian Tesco di seluruh negara. Mohd. Zulyadain, 46, berkata, dia sangat bersyukur atas kemenangan yang diperoleh dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengurusan Tesco. Kata guru dari Johor itu, setiap bulan dia membeli-belah di Tesco Bandar Seri Alam, Johor untuk mendapatkan barang keperluan harian dan dari situ dia mengambil kesempatan menyertai pertandingan yang dianjurkan Tesco.

"Saya suka menyertai pertandingan kuiz seperti yang dianjurkan Tesco. Jadi saya tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan Tesco. "Saya berpeluang mengisi enam borang penyertaan melalui enam resit pembelian. Pertandingan ini dipercayai telah dianjurkan sejak tiga tahun lalu. Tapi saya menyertai pada tahun ini dan menang hadiah utama," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah di pasar raya Tesco Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini. Menurut bapa kepada tiga orang anak itu, dia menjawab soalan kuiz di dalam sebuah bilik bacaan khas lewat tengah malam selepas anak-anaknya tidur.

Tuah keluarga

Bagi Mohd. Zaki, 45, pula yang berasal dari Kota Tinggi Johor berkata, dengan mengisi satu borang penyertaan dan satu resit belian pada bulan dua lalu dia bersyukur terpilih menjadi pemenang utama. "Saya sememangnya pelanggan setia Tesco dan kemenangan ini memang tidak disangka-sangka kerana saya hanya mengisi satu borang penyertaan. "Sememangnya kemenangan ini merupakan tuah saya sekeluarga. Saya hanya perlu jawab dua soalan dan mencipta logo Tesco dalam pertandingan kali ini," katanya.

Menurut Mohd. Zaki, untuk melukis logo dalam pertandingan itu saya terpaksa mengambil masa yang lama dan terpaksa melakukannya sebanyak 10 kali. "Saya pernah masuk banyak pertandingan, tetapi kali ini saya bertuah dan memenangi hadiah utama. "Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang memberi sokongan," kata ahli perniagaan dari Johor yang meminati kerja kreatif itu. Pengarah Tesco Stores (M) Sdn. Bhd., Vivian Yap berkata, peraduan ini memberi peluang kepada orang ramai untuk menghantar seberapa banyak borang penyertaan.

"Pertandingan itu cuma memerlukan pelanggan menjawab dua soalan mudah mengenai pasar raya Tesco. "Pertandingan ini juga tidak terhad kepada pembelian di Tesco sahaja malah ia turut melibatkan pembelian di premis yang sebumbung dengan Tesco," katanya. Lebih istimewa kata Vivian, pihaknya memberi peluang kepada setiap pemenang kereta Chevrolet Cruze memilih warna kegemaran mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tawaran hadiah di Euro Moda, Gulati’s

Posted:

Tawaran hadiah di Euro Moda, Gulati's

Tawaran hadiah di Euro Moda, Gulati's


PELBAGAI pilihan fabrik terbaik kini boleh didapati di Butik Aalia pada harga berpatutan.


HARI Raya Aidilfitri tahun ini bakal menjelang dalam masa dua bulan sahaja lagi. Mungkin ada yang sudah berkira-kira untuk membeli sama ada sebuah Proton Saga 1.3 atau Perodua Viva yang baru, motosikal Naza NZ125R, sebuah televisyen LCD atau menyarungkan baju raya fabrik eksklusif dan baju kurung jenama Aalia Donna.

Semua keinginan itu mungkin menjadi realiti bagi pelanggan yang menyertai promosi hebat Beli dan Menang anjuran Euro Moda dan Gulati's yang menawarkan hadiah-hadiah berkenaan kepada pelanggannya yang membuat pembelian RM150 ke atas di gedung-gedung mereka di seluruh negara.

Pengarah Eksekutif Kumpulan syarikat Euro Moda, Jasleen Kaur berkata, promosi Beli dan Menang diadakan untuk meraikan pelanggan-pelanggan setia yang memberikan sokongan kepada gedung fabrik nombor satu negara itu.

"Cabutan pertama akan diadakan pada bulan Ogos ini sebelum hari raya. Ia adalah salah satu cara Euro Moda dan Gulati's memberikan sumbangan kepada pelanggannya untuk memastikan sambutan hari raya tahun ini lebih bermakna," katanya.

Menurut beliau, sempena jualan hebat praraya itu, fabrik-fabrik bermutu dari luar negara boleh didapati pada diskaun sehingga 88 peratus.

"Pelbagai pilihan fabrik polos, bercorak dan renda yang direka khas daripada jenama terkemuka seperti Valentino, Ungaro, Roberto Cavalli, Solstiss dan Sophie Hallette ditawarkan di gedung-gedung Gulati's.

"Terdapat lebih 2,000 corak kain renda yang boleh dipilih dengan pelbagai pilihan warna yang menambat hati," kata Jasleen.

Kain kapas

Tambah Jasleen, penggemar kain kapas pula berpeluang mendapatkan fabrik Italian Viscose Cotton yang dahulunya dijual pada harga RM198 sepasang tetapi kini ditawarkan pada harga hanya RM148 melalui jualan hebat beli satu percuma satu.

"Selain itu, Italian Silks yang menjadi kegemaran pelanggan-pelanggan Euro Moda dan Gulati's boleh didapati pada harga serendah RM250 sepasang.

"Bersempena dengan jualan besar-besaran ini, Euro Moda dan Gulati's memperkenalkan Opal Brasso dan French Crepe Digital Prints yang merupakan koleksi terbaharu musim perayaan untuk tahun 2011 pada harga minimum sebanyak RM100 sahaja," katanya.

Sementara itu, terdapat banyak lagi fabrik-fabrik bersulam manik yang ditawarkan pada harga yang amat berpatutan di kesemua 17 cawangan Euro Moda dan Gulati's di seluruh negara.

Tidak ketinggalan adalah pilihan fabrik untuk lelaki yang menawarkan lebih daripada 1,000 pilihan warna yang menarik, manakala untuk fabrik batik dan baju Melayu, harga yang ditawarkan amat rendah.

Pelanggan juga boleh mendapatkan fabrik berjenama untuk baju Melayu seperti Valentizo dan Roberta Cavalli pada harga serendah RM33 semeter.

Penampilan itu dilengkapkan lagi dengan sampin songket pada harga serendah RM158 sehelai. Sampin songket Terengganu yang eksklusif juga ditawarkan pada harga yang berpatutan.

Bagi penggemar kain linen, dapatkan koleksi kain Linen Club dari Itali seperti linen polos yang sebelum ini dijual pada harga RM150 semeter tetap kini dijual hanya pada harga RM78 semeter.

Penggemar tudung dan selendang pula boleh berkunjung ke Butik Aalia, galeri muslimah yang menampilkan tudung dan selendang rekaan terbaharu yang boleh didapati pada harga RM100 sahaja untuk lima helai.

Pelanggan juga berpeluang untuk menikmati diskaun sehingga 20 peratus untuk tudung dan selendang eksklusif yang direka khas oleh Euro Moda dan Gulati's. Lebih menarik, tudung percuma turut diberikan dengan pembelian fabrik- fabrik terpilih.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved