Ahad, 5 Jun 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Curi motosikal: Lima lelaki ditahan polis

Posted:

Curi motosikal: Lima lelaki ditahan polis

Curi motosikal: Lima lelaki ditahan polis

05/06/2011 8:35pm

ALOR SETAR – Lima lelaki termasuk tiga pelajar sekolah ditahan polis kerana mencuri motosikal di sekitar Alor Setar sejak Januari tahun ini.

Suspek pertama berumur 14 tahun ditahan polis pada 26 Mei lepas kira-kira pukul 3.15 pagi.

Suspek ditangkap oleh orang ramai ketika cuba mencuri sebuah motosikal di Anak Bukit di sini sebelum polis datang menahannya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata, setelah siasatan dilakukan terhadap suspek pertama, polis berjaya menahan empat lagi rakan suspek yang berumur 13 hingga 19 tahun.

"Semua suspek itu ditahan atas kesalahan yang sama dan hasil siasatan, polis berjaya menemui empat rangka motosikal iaitu dua rangka motosikal jenis Honda C70 dan dua lagi jenis Honda EX5.

"Kita turut menjumpai sebuah enjin motosikal EX5," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, rangka-rangka motosikal itu dijumpai di dalam semak di belakang rumah suspek-suspek dan sebuah rangka motosikal dijumpai di tali air di Anak Bukit. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tak pulang: Pelajar JPA kena bayar balik

Posted:

Tak pulang: Pelajar JPA kena bayar balik

Tak pulang: Pelajar JPA kena bayar balik

05/06/2011 6:48pm

JERANTUT – Pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di luar negara yang enggan kembali berkhidmat di negara ini selepas menamatkan pengajian mereka akan diminta membayar balik dengan nilai penuh biasiswa termasuk dikenakan faedah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Jemaah Menteri akan mengkaji berasaskan undang-undang sedia ada bagi melaksanakan tindakan itu.

"Jika Kabinet bersetuju, bekas pelajar tajaan JPA yang sudah bekerja di luar negara akan diwajibkan membayar balik semua perbelanjaan berkenaan termasuk faedah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Jerantut di sini, hari ini.

Mohamed Nazri berkata, kebanyakan pelajar tajaan JPA yang enggan pulang merupakan mereka yang menuntut di universiti di Eropah dan Amerika Syarikat yang menerima biasiswa berjumlah antara RM400,000 dan RM1.2 juta setiap seorang.

"Sewajarnya golongan berkenaan patut mengenang budi kerajaan yang memberi biasiswa dan menghantar mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang profesional tertentu di luar negara," katanya. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mekanik maut diserang sekumpulan lelaki

Posted:

Mekanik maut diserang sekumpulan lelaki

Mekanik maut diserang sekumpulan lelaki

05/06/2011 4:48pm

NIBONG TEBAL – Seorang mekanik maut selepas dipukul oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai membalas dendam di Tasek Mutiara, di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), DSP Sharifudin Abdullah berkata, dalam kejadian pukul 11.45 malam itu, S. Vijinran, 24, yang baru selesai minum bersama seorang rakan didatangi empat lelaki.

"Salah seorang lelaki berkenaan memarahi dan menuduh mangsa memukul sepupunya sehingga cedera dalam satu kejadian pagi semalam, bagaimanapun Vijinran menafikannya.

"Berang dengan penafian berkenaan, kumpulan lelaki yang bersenjatakan parang itu bertindak memukul mangsa sehingga cedera parah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sharifudin berkata, saksi yang melihat kejadian kemudian menghubungi polis, dan Vijinran dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun Vijinran yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala mati ketika menerima rawatan di hospital tersebut, katanya. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved