Ahad, 5 Jun 2011

Kosmo Online - Stailo


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Futuristik dalam elemen tradisional

Posted:

Futuristik dalam elemen tradisional

Futuristik dalam elemen tradisional

Oleh ROSMALINA ABD. KADIR
rosmalina.kadir@kosmo.com.my



MEREKA bukan pertama kali menyertai persembahan fesyen dan memperkenalkan hasil rekaan pelbagai tema, tetapi kegusaran tetap timbul saat kaki melangkah ke dewan persembahan fesyen yang berlangsung di Harris Hotel and Conventions Kelapa Gading, Jakarta minggu lalu.

Berbekalkan pengalaman yang ada, tiga pereka Malaysia, iaitu John Paris, Khalik Mustafa dan Lorenzo Peh kemudian segera melupakan debaran tersebut untuk menjayakan misi mereka di Jakarta. Pengalaman menyertai banyak persembahan fesyen, menghasilkan rangkaian busana dan memiliki signatur tersendiri berjaya mengangkat nama mereka sebaris dengan kalangan 17 pereka muda yang beraksi di pentas fesyen itu.

Biarpun dikelilingi kumpulan pereka muda Indonesia yang tidak kurang hebatnya, peserta Malaysia bukan sahaja dapat memperkenalkan rekaan mereka dengan penuh yakin tetapi dalam masa sama memukau kalangan pencinta fesyen di Jakarta.

Tiga pereka, tiga tema

John Paris yang kini memiliki butik fesyen Conteng di Amcorp Mall, Petaling Jaya sudah dikenali dan menjadi fenomena dalam kalangan penggemar fesyen batik di Malaysia. Pada Festival Fesyen dan Makanan Jakarta 2011 (JFFF2011) beliau mempersembahkan karya futuristik batik yang merupakan interpretasi romantisisme abad ke-19.

Khalik Mustafa pula yang merupakan pensyarah fesyen di Universiti Teknologi Mara (UiTM) mempersembahkan koleksi Melayu kontemporari bertemakan identiti yang menggabungkan elemen sarung tradisional Melayu, songket dan ikat.

Lorenzo Peh pula tidak perlu diperkenalkan lagi dalam kalangan penggemar fesyen di Malaysia. Dia begitu diminati melalui hasil karya kreatif yang telah melayakkannya menerima pelbagai anugerah fesyen dalam pelbagai pertandingan fesyen bagi pereka muda di Malaysia.

Pada JFFF2011, Lorenzo Peh mempertaruhkan koleksi terbarunya iaitu Urban Tribe yang merupakan inspirasi kostum tarian suku kaum di Timur Malaysia.

Dia menggabungkan cetakan, ton warna asas bumi dan motif lukisan tangan yang diinterpretasi melalui rekaan moden dan savvy untuk mencipta rupa urban tribal dalam rekaannya.

John Paris ketika ditemui memberitahu, dia berpeluang menyertai JFFF2011 selepas bernaung di bawah Yoda bermula tahun lalu.

Walaupun tidak mempunyai pendidikan khas dalam bidang fesyen, lulusan jurusan Teknologi Maklumat Kolej Sal di bawah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu bertekad untuk bergelumang dalam bidang fesyen secara serius.

"Saya gemar memberikan sentuhan futuristik kepada koleksi rekaan saya yang banyak dihasilkan menggunakan fabrik tradisional terutama batik. Justeru, saya mahu memperkenalkan keunikan rekaan ini ke pentas JFFF2011.


BARISAN pereka Malaysia dan Indonesia yang mempersembahkan karya mereka pada Festival Fesyen dan Makanan Jakarta 2011 minggu lalu.


"Pada JFFF2011, saya mempersembahkan 12 karya futuristik batik," katanya.

Tambah John Paris, selain dapat memperluaskan minda dan mempelajari rentak industri fesyen Indonesia, dia gembira kerana dapat mengenali ramai pereka fesyen Indonesia sekali gus dapat bertukar-tukar fikiran mengenai fesyen.

"Saya mendapat banyak tip untuk mencipta rekaan-rekaan baru sepanjang menyertai JFFF2011, tetapi mestilah disesuaikan dengan atmosfera Malaysia," katanya.

Khalik Mustafa yang menyertai Yoda pada tahun 2009 pula berkata, dia mahu menyampaikan budaya Melayu melalui rekaan-rekaan bertemakan identiti yang dibawakan khas untuk pentas JFFF2011.

"Saya mempertaruhkan 10 karya yang disiapkan hanya beberapa minggu sebelum menyertai JFFF2011. Tetapi, penyertaan saya bukan semata-mata memperkenalkan rekaan tetapi mencari idea baru daripada industri fesyen luar yang jauh berbeza dengan Malaysia.

"Saya mengagumi rekaan Indonesia yang kaya dengan perincian, teknik jahitan yang bagus, kualiti fabrik dan rekaan busana mereka yang sukar dibandingkan dengan industri fesyen negara lain," katanya yang turut berpeluang menyertai minggu fesyen di Bangkok.

Lorenzo Peh pula memberitahu, dia lega kerana usahanya menghasilkan rekaan bertemakan Urban Tribe berjaya menarik minat pihak penganjur JFFF2011 dan berpeluang ditemu bual wartawan fesyen Indonesia.

"Selain berpuas hati dengan koleksi Urban Tribe ini, saya begitu tertarik dengan warna dan perincian yang ditampilkan pereka muda Indonesia.

"Ia memberikan saya banyak inspirasi untuk lebih maju dalam bidang fesyen dan rekaan kreatif serta telah mendedahkan saya dengan dunia fesyen luar yang masih banyak perlu saya pelajari," katanya.

Pengasas Yoda Malaysia, Baizura Tazri memberitahu, penyertaan peserta Malaysia ke JFFF2011 bukan bertujuan menandingi rekaan fesyen Jakarta pada pentas persembahan berkenaan tetapi bagi membuka mata mereka kepada karya-karya luar dan mempelajari selok belok bidang fesyen yang tidak terbatas.

Kolaborasi

"Tujuan kolaborasi ini adalah bagi mencipta platform kepada pereka-pereka muda ini untuk memperkenalkan bakat mereka kepada industri fesyen Jakarta dan mencipta hubungan dua hala di antara kedua-dua negara.


LORENZO Peh bersama busana rekaannya yang dipamerkan di ruang pameran.


"Ini adalah peluang yang baik untuk mereka mempromosikan label mereka di peringkat antarabangsa," katanya.

Tambah Baizura, Yoda Malaysia telah melebarkan sayapnya ke Thailand, Vietnam dan kini Indonesia. Sokongan yang diterima dari ketiga-tiga negara tersebut sangat luar biasa dan Yoda bertekad untuk terus melebarkan sayapnya ke seluruh negara Asia Pasifik sebelum menembusi peringkat dunia.

Sementara itu, 14 pereka Indonesia yang berentap pada pentas visionaire JFFF2011 termasuklah Ivan Gunawan, Ichwan Thoha, Ina Thomas, Erdan, Yudhistira, Yoyo Prasetyo, Andy Salleh dan Rena Laksita.

Pengasas Yoda Indonesia, Andy Salleh berkata, dia mengagumi hasil rekaan pereka Malaysia tetapi masih ada beberapa kekurangan yang perlu diperbaiki untuk lebih maju sebelum mereka menyertai lebih banyak pentas minggu fesyen.

"Setiap rekaan yang dihasilkan untuk tujuan komersial dan persembahan harus ada pemisahan kerana untuk persembahan, perlu ada elemen dramatik dan glamor tetapi tidak keterlaluan.

"Pereka juga mesti memastikan ukuran rekaan menepati standard persembahan fesyen supaya ia kelihatan cantik dan selesa di tubuh model kerana rekaan yang tidak selesa akan menjejaskan mood mereka," katanya.

Tambahnya, persediaan yang cukup perlu bukan sahaja daripada segi rekaan tetapi pemilihan aksesori yang bersesuaian dan praktikal untuk persembahan supaya tidak mengganggu masa dan jadual persembahan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pernyataan fesyen MODA-Sunsilk

Posted:

Pernyataan fesyen MODA-Sunsilk

Pernyataan fesyen MODA-Sunsilk


ALVIN TAY (empat dari kanan), Yuko (lima dari kanan), Amir Luqman (enam dari kanan) dan Thomas (tujuh dari kanan) bersama-sama menjayakan pentas Pertunjukan Fesyen Sunsilk-MODA di Kuala Lumpur.


BAGAIKAN menghadiri pertunjukan fesyen yang gah di kota fesyen Paris, tidak hairanlah lensa kamera jurugambar tidak berhenti-henti merakam foto para tetamu yang tampil bergaya dan anggun pada Pertunjukan Fesyen Sunsilk-MODA 2011 di Hotel Gardens, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Biarpun pintu gerbang masih lagi belum tertutup rapat, namun ruang legar dewan sudah pun sesak dengan kehadiran selebriti, kelompok pencinta fesyen dan barisan pereka fesyen tempatan popular.

Jelas terpancar wajah teruja dan ceria apabila mereka berpeluang memeriahkan acara gemilang itu.

Mengangkat tema Kesempurnaan pada tahun ini dan menyifatkan kecantikan serta fesyen sentiasa bergerak seiring, maka buat julung-julung kalinya jenama penjagaan rambut terkenal Sunsilk bekerjasama dengan Malaysian Official Designers Association (MODA).

Kombinasi tersebut secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada golongan wanita bahawa kesempurnaan kecantikan peribadi mampu dikecapi sekiranya wanita menggabungkan aspek fesyen dan tata rias diri.

Menurut Presiden MODA, Gillian Hung, dunia fesyen bukan sekadar pemilihan pakaian yang ideal semata-mata. Sebaliknya, ia turut melibatkan elemen penjagaan wajah, solekan, cara berjalan dan dandanan rambut. Jika salah satu elemen diabaikan, maka penampilan harian wanita gagal mencapai kesempurnaan tersebut.

"Bayangkan corak pemakaian anda tampak cantik dan menepati destinasi yang dikunjungi. Namun, malangnya ia masih kelihatan cacat cela apabila helaian rambut tidak disempurnakan dengan baik.

"Membiarkan rambut berminyak ataupun gugur tanpa mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini sebenarnya memperlihatkan wanita itu malas dan mengambil sikap sambil lewa pada penjagaan diri," ujar Gillian ketika ditemui Stailo pada sidang akhbar di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Secara ringkasnya, MODA yang diasaskan pada tahun 1990 merupakan sebuah badan yang menyediakan platform terbaik kepada pereka fesyen tempatan menempa nama di dalam mahupun di luar negara. MODA kini dikenali sebagai badan terulung dalam bidang rekaan fesyen di Malaysia dan bermatlamat membentuk dan memupuk pertumbuhan industri fesyen negara.

Justeru, bagi menyuntik kelainan di pentas peraga Sunsilk-MODA, pihak penganjur telah menjemput dua pakar rambut antarabangsa dan pencipta produk Sunsilk, Thomas Taw dan Yuko Yamashita bergandingan bersama dua pereka tempatan terhebat, Amir Luqman dan Alvin Tay. Berbekalkan kreativiti yang dimiliki kedua-dua pereka berjaya mereka koleksi busana yang indah dan glamor.

Pemilihan fabrik ideal dan hiasan kristal berkilau menyerlahkan busana rekaan yang kebanyakannya hadir dalam palet warna terang dan ceria.

Perjalanan acara fesyen semakin menarik sebaik saja selebriti remaja, Diana Danielle muncul di pentas peragaan. Dia yang memiliki potongan badan yang langsing mengatur langkah memperaga dres tanpa lengan rekaan Alvin Tay dengan dandanan rambut hasil sentuhan Yuko Yamashita.

Selain Amir Luqman dan Alvin Tay, pertunjukan fesyen Sunsilk-MODA 2011, turut dimeriahkan dengan barisan model profesional yang menggayakan busana hasil rekaan 33 pereka tempatan. Selain dres meleret dan kembang, para hadirin disajikan persembahan busana konsep santai, kasual, kaftan serta futuristik. – IZYAN LIYANA MOHD. DARIF

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mencerahkan kulit wajah

Posted:

Mencerahkan kulit wajah

Mencerahkan kulit wajah


AKTIVITI riadah yang mengeluarkan peluh membantu mencantikkan kulit wajah dan tubuh badan.


SEDAR atau tidak, majoriti wanita di Asia mengimpikan kulit wajah cerah dan berseri. Rata-rata wanita menyifatkan kulit gelap dan sawo matang menyebabkan penampilan kurang menyerlah serta tidak menawan. Atas faktor tersebut, satu kajian yang dijalankan mendapati sebanyak 40 peratus wanita Asia sanggup membelanjakan sejumlah wang bagi menjalani rawatan pencerahan kulit wajah.

Malah, tinjauan Asia Market Intelligence pada tahun 2002 mendapati 74 peratus lelaki Malaysia lebih gemarkan wanita atau pasangan mereka berkulit cerah.

Selain suntikan vitamin C, rawatan laser antara rawatan kecantikan paling popular meskipun ia ditawarkan pada harga yang tinggi.

Namun tahukah anda, proses memiliki kulit wajah yang cerah juga boleh didapati pada harga yang murah tanpa perlu berhadapan dengan risiko yang membahayakan kulit. Antara caranya ialah:

Formula semula jadi

Kulit buah oren mengandungi minyak pati dan vitamin yang efektif untuk proses mencerahkan kulit. Caranya, keringkan kulit oren di bawah sinaran matahari. Kemudian, kisar kulit oren tersebut sehingga ia menjadi serbuk dan gaul ia bersama susu untuk membentuk seperti pes. Lalu, sapukan pada wajah dan biarkan ia kering sebelum dicuci dengan bersih menggunakan air.

Selain itu, kentang juga membantu mencerahkan kulit wajah kerana mengandungi kandungan peluntur di dalamnya. Sapukan jus kentang di sekitar wajah setiap hari bagi mengurangkan pigmentasi dan mencerahkan wajah.

Kepentingan air putih

Tahukah pengambilan air putih sekurang-kurangnya empat hingga lima liter sehari membantu mencerahkan kulit wajah. Kekerapan meminum air putih mempermudahkan proses pengeluaran toksin dalam badan. Justeru, kulit menjadi semakin berseri dan cerah.

Menurut pakar perubatan Naturopathic, Dr. Dave Carpenter, kekurangan air bukan saja menyebabkan tubuh badan dihidrat malah turut menjadikan kulit kering, kehadiran garis-garis sebelum waktunya dan kulit bertambah gelap serta kusam.

Senaman mengeluarkan toksin

Dalam pada itu, salah satu cara ideal memiliki kulit cerah adalah mengamalkan cara hidup yang sihat dengan bersenam atau sebarang kegiatan riadah yang mengeluarkan peluh. Ini bermakna bersenam bukan sekadar mencergaskan malah mengeluarkan toksin pada wajah dan tubuh badan sekali gus memudahkan proses pencerahan kulit tersebut.

Produk pencerahan Skinz

Sehubungan itu, selain mengamalkan petua kecantikan dan gaya hidup yang sihat, kecerahan kulit wajah mampu dimiliki dengan penggunaan produk pemutih yang berkualiti dan diakui keberkesanannya.

Jenama Skinz UV White UV, salah satu produk pencerahan yang membantu wanita Asia memiliki kulit wajah yang cerah dan berseri. Formulasi kandungan ekstrak sakura dan lipo-vitamin C yang mengaktifkan proses pencerahan sel kulit dari dalam ternyata memberi dimensi baru pada amalan penjagaan dan pencerahan kulit.

Skinz UV White menghimpunkan sembilan produk pencerahan yang membantu mencerahkan, tona kulit lebih sekata, melembap dan menganjalkan kulit wajah. Salah satunya ialah serum pencerah intensif yang perlu diaplikasi pada sebelah siang dan malam.

Diperkaya dengan teknologi Radiant-Gene Activator, ia bertindak mencerahkan kulit pada tiga tahap utama seperti meresap ke dalam kulit untuk menghalang kesan melanin, menjadikan ton kulit sekata dan melindungi sel-sel kulit daripada kerosakan akibat sinaran Ultra Violet-A (UVA) dan Ultra Violet-B (UVB).

Serum tersebut juga dipertingkatkan dengan Hesperidin atau lebih dikenali vitamin P untuk meningkatkan proses pencerahan kulit dan mengurangkan pigmentasi serta bintik gelap dengan berkesan.

Selain serum, aplikasi krim pelembap siang Skinz UV White yang berasaskan air pula pantas meresap ke dalam kulit untuk mencerah dan bertindak sebagai penapis UV yang terbaik. Sementara itu, penggunaan skrab antara satu atau tiga kali seminggu turut membaiki tekstur kulit yang kasar dan kusam. Ini termasuklah menanggalkan sel kulit mati dan jeragat dengan bantuan manik mikro yang terdapat dalam skrab berkenaan.

Skinz UV White yang hadir dalam pembungkusan putih tulisan rona perak dan merah jambu turut menawarkan pembersih, penyegar, krim malam, esen pencerah mata dan topeng wajah yang dijual pada harga antara RM8.90 hingga RM39.90.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved