Ahad, 5 Jun 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Tanggungjawab sosial Amway

Posted:

Tanggungjawab sosial Amway

Tanggungjawab sosial Amway


FONG FONG (kanan) menyampaikan sumbangan hamper produk Amway kepada Sapiah.


TANGGUNGJAWAB sosial Amway terhadap Rumah Tunas Harapan telah diusahakan sejak tahun 1986. Bermula dari detik tersebut, Amway menyumbangkan sebanyak RM500,000 bagi membina enam buah rumah di bawah projek perintis Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pembinaan rumah berkenaan bertujuan menempatkan kumpulan anak yatim dan anak yang terabai bersama penjaga rumah tersebut yang juga dipanggil ibu bapa pelihara.

Setiap pasangan ibu bapa pelihara dipertanggungjawab menjaga dan memelihara 10 orang anak yang kurang bernasib baik.

Konsep yang istimewa itu secara tidak langsung memberi peluang kepada kanak-kanak berkenaan membesar dan mengecapi kehidupan dalam suasana keluarga yang penyayang.

Justeru sempena sambutan acara Superweekend Amway, syarikat jualan langsung itu meraikan kehadiran 60 anak-anak dan ibu bapa pelihara dari Rumah Tunas Harapan, Kuala Selangor di ibu pejabat Amway, Petaling Jaya, Selangor.

Kanak-kanak dan ibu bapa pelihara dari Rumah Tunas Harapan itu dihiburkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti melawat persekitaran ibu pejabat Amway dan mengunjungi gudang berjentera yang membolehkan kanak-kanak bermain dengan bahan pameran interaktif.

"Amway dan Rumah Tunas Harapan sudah lama bersama dan acara ini sememangnya mengeratkan hubungan silaturahim kami," kata Ketua Komunikasi Korporat Amway, Ting Fong Fong.

Sementara itu, salah seorang ibu pelihara, Sapiah Romly, 62, menyifatkan acara seumpama itu menyuntik suasana kekeluargaan yang bahagia.

"Amway tidak pernah melupakan kebajikan anak-anak ini walaupun peranan mereka membina rumah kami telah selesai. Selain menerima kunjungan daripada pengedar Amway, syarikat ini juga memberikan kami geran tahunan bagi aktiviti kanak-kanak," tambah Sapiah yang sudah berkhidmat di Rumah Tunas Harapan selama dua dekad.

Pada acara kemuncak, pihak Amway menyerahkan produk Amway bernilai lebih RM7,500 yang terdiri daripada produk penjagaan diri dan penjagaan barangan rumah kepada setiap ibu bapa pelihara rumah kebajikan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved